Raja Petra Kamaruddin (RPK), blogger kaki penghasut nombor satu dan juga si pengecut, baru sahaja menjatuhkan sebutir lagi bom terus ke atas kepala dewa paling agungnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendedahkan surat daripada APCO di dalam blognya bagi menjawab tuduhan Anwar dan segala kekecohan mengenaikaitan slogan 1Malaysia dan One Israel.
Jelas, RPK sedang mencuba sedaya upaya untuk pulang dengan ‘selamatnya’. Dia sudah kemaruk untuk kembali tetapi terlalu takut untuk ke penjara.
Menurut sumber-sumber kami, RPK sedang menghampiri keadaan terdesak di mana dia sanggup melakukan apa saja untuk pulang dan tidak dipenjarakan. Apa yang paling ditakutinya ialah sikap, rahsia dan peribadinya kini berisiko untuk didedahkan kepada umum. Tidak mungkin dia digelar pengecut tanpa sebab.
RPK tidak sanggup membaca rahsia kotor hidupnya di dalam blog-blog lain. Dia merasakan yang dia perlu ‘berbaik’ dengan jurublog yang mendedahkan rahsianya agar mereka lebih berlembut dan mungkin didiamkan terus, jika perlu. Tetapi, sebelum itu dia perlu pulang ke Malaysia terlebih dahulu.
RPK berharap dengan menyerang Anwar dengan satu-satunya isu yang mampu dimainkan oleh Anwar iatu APCO, bagi pihak kerajaan, akan merupakan peluang terbaik baginya untuk mendapatkan tiket pulang sebagai manusia bebas.
Jika benar RPK adalah seorang yang bermaruah seperti mana yang disangkanya, satu-satunya cara untuk membuktikannya ialah dengan berhadapan di mahkamah.
Tidak ada ertinya maruah jika melarikan diri dari undang-undang.
Lebih mustahak ialah rakyat Malaysia berhak mengetahui apa yang diketahui oleh RPK mengenai pembunuhan Altantuya yang mahkamah mungkin terlepas pandang. Kita ingin melihat bagaimana dia membuat kesimpulan yang Rosmah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kes tersebut.
Kita juga perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku di belakang tabir drama Akuan Bersumpah yang tunggang terbalik dengan orang yang terlibat hilang tiba-tiba termasuk dirinya sendiri, dari ‘tempat kejadian’ dalam drama tragi kini.
Kelihatannya RPK adalah satu-satunya individu yang tahu segalanya dari mula sehingga akhir seolah-olah dia berada dalam setiap adegan hidup Altantuya dari hubungan sulitnya, urusan perniagaannya sehinggalah ke akhir hayatnya.Agak meragukan bila RPK mengetahui segala-galanya secara terperinci seolah-olah dia adalah pengarah atau penulis skrip drama ini.
Kebenaran perlu didedahkan, bukti perlu dikemukakan dan pesalah perlu dihukum. Bukankah itu yang konon didokong oleh RPK dalam Malaysia Today?
Dalam artikel terbaru ini juga, RPK telah menghulurkan tangan kepada sahabat blogger di Malaysia menyatakan yang dia tidak sabar ingin bertemu mereka. Kata orang mengenai ‘persahabatan’, “kita boleh menilai seseorang hanya melalui sahabatnya.”
RPK adalah seorang pengecut, pengkhianat, penipu yang menampung hidup dengan cara memusnahkan negara sendiri, berpenyakit jiwa (sumber juga ada menyatakan yang dia juga punya tabiat seks yang pelik) dan juga kaki mabuk yang tidak tahu di manakah kedudukannya di dunia ini. Sesiapa yang menjadi sahabat kepadanya, pasti mempunyai sekurang-kurangnya salah satu sifat di atas untuk benar-benar memahami satu sama lain.
Atas nama maruah, keadilan, ketelusan dan terutamanya, kecekapan yang mana kita telah diperlekehkan, RPK harus pulang dan dilayan seperti seorang pesalah.
Dia harus diheret ke mahkamah seperti mana-mana pelarian undang-undang yang lain. Dia perlu dihukum atas perbuatannya seperti mana pesalah jalanan yang lain.
Dia harus dikejutkan dari mimpinya konon dia seorang wira dan lelaki budiman yang berprinsip. Dia harus dibawa ke alam realiti dan menghadapi kebenaran mengenai dirinya yang kotor, hodoh dan busuk lagi memualkan itu.
RPK tidak pernah berfikir dua kali bila menulis pembohongan di blognya. Dan pastinya dia tidak punya rasa simpati kepada mereka yang telah disasarkan untuk dimusnahkan.Justeru, kita tidak harus bersimpati kepadanya juga; bukan kerana Malaysia membencinya tetapi kerana dia tidak pernah menyayangi Malaysia.
Malaysia adalah neraka di matanya, apakah yang membezakannya kini? Anwar adalah penyelamat baginya walaupun seorang gay, kenapa pula Anwar adalah penipu di matanya kini? Pakatan Rakyat adalah yang paling berkebolehan, cekap, telus dan bersih, kenapa mereka berbeza pula di matanya kini?
RPK tidak boleh memperbodohkan penulis. Bolehkah dia memperbodohkan anda?
Well...rasanya kita semua sudah dapat mengagak jawapan yang akan diberikan oleh Mursyidul AM PAS, Nik Abdul Aziz Nik Mat berhubung tindakan Ahli Parlimen Serdang Teo Ni Ching yang sekali lagi mempersendakan kesucian masjid.
Berikut kata Nik Aziz:
ISLAM TIDAK LARANG SENAMROBIK DI MASJID, KATA NIK ABDUL AZIZ
KOTA BAHARU, 31 Dis (Bernama) — Islam tidak melarang sebarang kegiatan termasuk senamrobik dilakukan dalam kawasan masjid asalkan kegiatan itu tidak bercanggah dengan syariat Islam, kata Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Menteri Besar Kelantan itu berkata tidak menjadi masalah untuk melakukan kegiatan di luar atau dalam masjid sama ada oleh orang Islam atau bukan Islam.
"Adalah tidak salah dalam Islam pihak tertentu mengadakan kegiatan dalam rumah ibadah orang Islam, kerana zaman Nabi Muhammad s.a.w dahulupun, ada orang kafir masuk (kawasan) masjid kerana ia menjadi pusat segala kegiatan termasuk politik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan kuliah Jumaat di Dataran Ilmu, di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Anggota Parlimen Serdang Teo Nie Ching yang masuk ke pekarangan Masjid Taman Cheras Jaya, Balakong, Selangor dengan memakai baju ketat semasa melakukan senamrobik bersama jemaah masjid itu, yang disifatkan tidak menghormati rumah suci itu, yang dilaporkan di muka depan Utusan Malaysia semalam.
Menurut Nik Abdul Aziz, soal anggota Parlimen itu berpakaian tidak sopan atau tidak menutup aurat, adalah perkara kedua yang perlu diperbetulkan.
"Yang pasti kita kena beritahu mereka perkara-perkara yang ditegah agama ketika berada dalam masjid...kena beritahu kaedah dan pantang larang dari segi Islam sebelum seseorang itu memasuki masjid,” katanya.
Nie Ching sebelum ini pernah menimbulkan kontroversi kerana menyampaikan “ceramah” di dalam sebuah surau di Kajang Sentral, Kajang pada Ogos lalu.
Teringin nak tahu sikit la.....Zaman Nabi Muhammad SAW dulu, kafir yang masuk masjid tu adakah mereka Cina DAP yang berpolitik untuk mengaburi mata orang Islam supaya dapat undi ke siapa?
Nik Aziz sikit-sikit bagi contoh zaman dulu tanpa menjelaskan secara terperinci kejadian yang mana dan yang paling penting kafir yang datang ke masjid itu apa tujuannya?
Mungkin kafir itu berminat dengan Islam dan mahu mengetahui lebih lanjut membuatkan dia bertemu dengan Rasululah untuk mendapatkan penjelasan.....Teo Ni Ching ni datang dengan niat berpolitik...lepas tu dia balik rumah makan babi dan silap hari bantai main dengan balak dia tanpa ada ikatan perkahwinan.....
Orang macam ini Nik Aziz pertahankan berulang kali dengan contoh yang lemah......siap boleh kata cara berpakaian itu perkara kedua....
Apa nak jadi dengan Tuan Guru ini kan...apa yang dia gila sangat dengan DAP sehingga sanggup setuju puak itu pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri kalau pakatan syaitan pimpinan Anwar menang pilihan raya umum akan datang....
Apa sahaja yang mereka buat walaupun terang terangan salah tetap akan dipertahankan oleh puak-puak PAS terutama kepalanya iaitu Encik Nik Aziz ini...
Oh Nik Aziz.....dah sakit dan tak larat masih gila nak pegang kuasa....dulu kutuk Tun Dr Mahathir kerana lama sangat pegang kuasa....dia lagi teruk....ingat ada kopiah putih atas kepala dapat lesen untuk merasakan diri itu lebih alim dan hebat daripada orang lain?
Kopiah itu memberikan kuasa untuk bercakap apa sahaja mengenai Islam....membuat ijtihad ikut suka mulut?
Oh Nik Aziz...apakah anda hendak mati dalam pejabat Menteri Besar? Kalau tengok trend sekarang rasanya begitulah kan....
Saya cukup gembira malam tadi bila melihat rakan-rakan sebangsa saya yang sebelum ini bermasam muka boleh duduk semeja dan bergembira bersama.
Ternyata bolasepak telah menyatukan mereka semula.
Sebelum ini masing-masing tidak bertegur sapa dek hanya kerana pandangan politik yang berbeza.
Persoalannya sekarang, takkan kita hanya hendak bersatu bila ada perlawanan bolasepak?
Kita kena ingat, hari ini semangat kebangsaan orang Melayu semakin luntur dan kemampuan mereka menghadapi cabaran sudah menurun.
Kerana perpecahan, kuasa politik semakin susut.
Orang Melayu mencari perlindungan daripada kuasa politik, tetapi kerana perpecahan, kuasa politik Melayu mungkin tidak sekuat dahulu.
Jika tidak dibendung secara tegas, jika tidak dicegah secara berani, satu hari kuasa politik Melayu boleh luput sama sekali.
Sedarlah...masyarakat Melayu tidak mempunyai alternatif baik yang dapat menggantikan peranan UMNO dari segi pengalaman dan kematangan, memimpin sebuah kerajaan yang mendapat keyakinan rakyat pelbagai kaum, pelbagai agama, pelbagai budaya dan pelbagai bahasa.
Melaksanakan secara efektif formula perimbangan kuasa pentadbiran bukan boleh dicuba-cuba.
Negara menghadapi risiko besar jika mahu dijadikan satu makmal politik untuk membuat eksperimen formula kimia politik yang baru.
Ujian asid sedemikian mungkin membawa kepada satu `explosion', satu ledakan politik yang boleh membawa kemusnahan.
Sebarang kekacauan yang berlaku di bumi ini akan hanya membuka pintu, memberikan justifikasi, membolehkan campurtangan kuasa asing yang sedang bernafsu ghairah, bagai helang yang cepat mahu menyambar mangsa, maka direbut kesempatan untuk campurtangan dalam urusan negara lain.
Kita kena sedar yang orang Melayu belum cukup kuat. Melayu bukan terlalu ramai bilangannya.
Melayu masih belum berada di hadapan malah belumpun setanding dengan kaum-kaum lain dari segi penguasaan ilmu, perniagaan, perdagangan, ekonomi dan sebagainya.
Jangan leka semata-mata kerana pimpinan kerajaan dan perkhidmatan awam dikuasai oleh Melayu.
Jangan ingat kuasa Melayu dalam arena politik boleh kekal selama- lamanya.
Semoga perlawanan bola yang berakhir malam tadi bukanlah petanda berakhirnya kesatuan antara kita.
Ingat, kalau kita terus berpecah, jangan terkejut jika satu hari nanti kita merempat di bumi sendiri.
Tepuk dada tanya selera!
Satu pembaca Utusan Mohd Razlan Muhammad Rafii dari Seputeh ada bertanya persoalan kenapa Namewee dilayan begitu istimewa:
NAMEWEE, nama yang terkenal kerana gelagat budak jahat yang menghina negara dengan menggubal lagu Negarakuku pada suatu ketika dahulu.Rakyat biasa pun sedar ... Cerdik sangatkah Nazri?
Belum pun isu itu dilupakan oleh masyarakat, dia berkarya lagi dengan menghina TNB dan menghina Melayu dengan lirik Melayu Balik Hutan Jadi Sakai. Selepas itu, dia membuat satu lagi klip video yang menghina Guru Besar dengan perkataan-perkataan lucah.
Semua ini tidak terbukti perbuatannya suatu kesalahan kerana pihak kerajaan tidak mengambil tindakan terhadapnya. Terbaru, menteri yang menjaga undang-undang memaklumkan tidak ada kes terhadap Namewee.
Kelmarin (9 Disember 2010) dia telah datang berjumpa dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz di Parlimen. Budak ini telah dilayan istimewa sekali lagi apabila dapat melepasi pengawal Parlimen tanpa mengikut protokol berpakaian di Parlimen dengan hanya memakai baju T tanpa tali leher dan memakai tutup kepala.
Peribadi yang suka mengutuk orang lain dan mengkritik kerajaan bukannya satu tiket membenarkan dia melanggar peraturan di Parlimen. Kenapa pihak yang bertanggungjawab boleh membenarkan dia memasuki Parlimen tanpa mengikut peraturan yang telah ditetapkan? Yang menerima kunjungan pula, seorang menteri yang menjaga hal ehwal Parlimen yang mahir dengan selok-belok tatacara dan etika Parlimen.
Kemungkinan selepas ini menteri berkenaan akan memberi alasan bahawa dia tidak memasuki Dewan. Tetapi umum tahu jika hendak memasuki bangunan Parlimen sudah tentu ada etika dan peraturan berpakaian seperti memakai tali leher dan berkemeja lengan panjang. Sebagai rakyat Malaysia, saya berasa pelik, apakah istimewanya orang bernama Namewee ini sehinggakan boleh berbuat apa sahaja di Malaysia tanpa ada undang-undang yang boleh menghalangnya.
Isu namewee bukan desak dia mohon maaf kepada orang Melayu tapi PERKASA desak kerajaan ambil tindakan terhadap dia. Dia hanya minta maaf untuk isu dahulu, iaitu isu lagu Negara Ku.
Apa langsung asyik nak tuntut dia maaf dan kita maafkan setiap kali dia ulang kebiadpaan nya. Naik lemaklah dia.
Isu Namewee adalah menuntut KDN ambil tindakan terhadapnya. Sengallah Menteri-Menteri macam ini ...
Dua orang kuat PKR tumbang dalam pemilihan jawatan utama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).
Syed Shahir Syed Mohamud (gambar) yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan PKR dan Ketua cabang Kelana Jaya parti itu gagal mempertahankan jawatan sebagai Presiden MTUC yang disandangnya selama dua penggal.
Timbalan beliau sebelum inim Mohd Khalid Atan yang mahu kongres tu bebas dari pengaruh politik menang jawatan itu.
Mohd Khalid mendapat 255 undi sementara Syed Shahrir 213 undi.
Sementara itu Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang merupakan regu Syed Shahrir tewas dalam pemilihan jawatan Setiausaha Agung MTUC.
Jawatan itu dimenangi oleh, Abdul Halim Mansur.Beliau mendapat 188 undi manakala Abdullah 165.
Seorang lagi calon J Soloman dapat 117 undi.
Syed Shahrir mengetuai MTUC pada tahun 2004 apabila beliau menewaskan Datuk Zainal Rampak.
Mohd Jaafar Abdul Majid mendapat 170 undi menewaskan dua calon lain P Maniam 157 undi dan Abdul Razak Md Hassan 140 undi.
MTUC mempunyai 500,000 ahli di seluruh negara.
Pemilihan MTUC dijalankan di Bangunan Ladang, Petaling Jaya
Ramai yang tertanya-tanya dengan perletakan jawatan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn Bhd, syarikat GLC kerajaan PAS Kedah. Penulis pun musykil terutamanya apabila Mahfuz Omar tidak menerangkan dengan terperinci tindakan drastik beliau itu dan membiarkan kita tercari-cari jawapannya!
Khabaran yang kita dengar ialah Mahfuz tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan. Persoalannya, kenapakah Mahfuz Omar sebagai Pengerusi syarikat tersebut tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk menidakkan penganugerahan tersebut?
Jawapan yang hampir kepada persoalan di atas ialah terdapat pihak lain yang lebih berkuasa serta dapatover ride kuasa eksekutif Mahfuz Omar. Siapakah mereka?
Mereka adalah pihak-pihak tertinggi di dalam syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB), syarikat induk yang mempunyai beberapa anak syarikat termasuk syarikat Kedah Sato S/B yang dipengerusikan oleh Mahfuz Omar!
Penulis tidak menuduh tetapi mahukan kepastian kerana artikel di bawah ini menghubungkaitkan kontroversi Mahfuz Omar dengan syarikat BDB. Rujuk di bawah :-
Diberitakan suhu panas yang memuncak disebabkan berlakunya pertembungan diantara Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Jahubar Sathik dengan Pengerusi Kedah Sato, YB Dato’ Haji Mahfuz Omar berhubung isu pelantikan IJM sebagai ‘Total Sub-Contractor’ kepada Kedah Sato untuk kerja-kerja membina dan menyiapkan kampus baru KUIN di Kuala Ketil.p/s :- So, YB Mahfuz Omar. Betulkah YB frust dan letak jawatan kerana tak dapat habuan dari kontraktor-kontraktor Cina di Kedah?
(nota: Kerajaan Negeri Kedah telah melantik Kedah Sato Sdn. Bhd. secara terus melalui konsep ‘Design n Build’, Kerajaan Negeri turut mengenalpasti dan menjamin pembiayaan kewangan dari institusi-institusi kewangan.)
Dato’ Jahubar Sathik berkeras untuk terus melantik IJM tanpa melalui proses tender atau sebut harga. YB Dato’ Mahfuz dikatakan tidak bersetuju sekiranya pelantikan IJM tidak melalui proses tersebut.
Beliau juga mahu diletakkan syarat agar kontraktor tempatan turut diberi peluang untuk terlibat dengan kerja-kerja pembinaan yang bersesuaian oleh ’Total Sub-Contractor’ yang bakal dilantik.
Perkembangan terbaru ini amat memeritkan untuk ditelan oleh Dato’ Jahubar Sathik n The Gang ( Din KoKo dan YB Din Anak Bukit ), manakan tidak perancangan yang telah disusun-atur berbulan-bulan lamanya dan sudah terlalu banyak yang dibelanjakan, tiba-tiba menghadapi halangan dan tentangan keras di saat akhir.
Banyak kepentingan akan tergadai. ” Bangkai yang cuba disembunyikan, terhidu jua akhirnya.”
Langkah terakhir yang mampu dilakukan ialah dengan memukul canang yang menyatakan bahawa YB Dato’ Mahfuz Omar menentang pelantikan IJM kerana didalangi oleh beberapa kontraktor Cina di belakangnya.
SMS sedang berlegar-legar dari inbox ke inbox. Din KoKo perlu berkeras mematahkan tentangan dan halangan demi membuktikan kesetiaan dan menyelamatkan kepentingan yang bakal tergadai. - Helang Kedah
Isu Karpal Singh yang sebelum ini beria-ia mengatakan Anwar Ibrahim terbabit di dalam aktiviti homoseksual, bukan lagi satu perkara yang asing untuk kita. Pelbagai versi yang kita telah baca dan dengar. Tetapi fakta-faktanya konsisten dan tidak berubah. Apa la si Anuwar ni kelentong aku lagi ni? Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Karpal dalam pengakuan yang disiarkan menerusi laman web www.malaysia-instinct.com pada Selasa lalu menjelaskan, desakan yang dibuatnya pada 1997 adalah atas kedudukannya sebagai wakil rakyat pembangkang di Dewan Rakyat. "Saya sendiri telah mendedahkan di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa dalam satu ceramah DAP di Hotel Federal di Kuala Lumpur pada 1997, Karpal telah menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti Anwar terlibat dalam kegiatan liwat. "Akhirnya pendedahan saya disahkan sendiri oleh Karpal, jika tidak sudah pasti satu lagi saman fitnah akan difailkan beliau terhadap saya. Surat saman terbang di merata tempat. Ini adalah menakutkan," katanya dalam blog http://weechookeong. wordpress.com hari ini. Dalam perkembangan lain Choo Keong berkata, beliau masih menunggu penjelasan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berhubung tindakannya mengubah pendirian untuk terus menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang. "Pada 8 Februari 2009, Karpal telah membuat desakan supaya Anwar meletakkan jawatan sebagai ketua pakatan pembangkang. "Sebulan selepas itu iaitu pada 8 Mac (2009), beliau telah berpusing dengan menyatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh boleh kekal sebagai ketua pembangkang kerana mendapat sokongan semua Ahli Parlimen pembangkang," ujarnya - Utusan Malaysia.
Yang terbaru ialah kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. Rujuk versi beliau pula :-KUALA LUMPUR 28 Dis. - Selepas sekian lama berdiam diri, Pengerusi DAP, Karpal Singh akhirnya mengaku pernah mendesak supaya bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat kerana didakwa oleh beberapa pihak terlibat dengan perbuatan liwat.
Wahh... RM300,100 adalah harga tender untuk nombor plat 'MCA 1'! Harga tersebut belum dibida lagi dan berkemungkinan besar akan lebih daripada nilai tersebut!
Siapakah individu atau syarikat yang akan berjaya memiliki plat nombor yang dikaitkan dengan parti Malaysian Chinese Association (MCA) ?
Penulis mensyorkan kepada kepimpinan MCA supaya mengadakan kutipan atau pun tabung sesama ahli MCA untuk membeli plat nombor tersebut. Manakala, kutipan wang yang berlebihan boleh digunakan untuk menjalankan aktiviti-aktiviti kemasyarakatan tajaan parti MCA.
Bukan apa, manalah tahu, jika kita menjengok kereta yang bernombor 'MCA 1', di dalamnya ialah Lim Kit Siang DAP atau Lim Gua Eng DAP atau rakan-rakan mereka di dalam DAP dan Pakatan Rakyat. Nak diletak mana muka pemimpin-pemimpin MCA! Malukan!
So, ikthiarlah untuk memiliki plat nombor tersebut, wahai pemimpin-pemimpin MCA sekalian...apa ada ada nombor.
Nama tak disebut namun dipercayai jelas beliau merujuk kepada Ahli Parlimen PKR kawasan Padang Serai, Kedah, N. Gobalakrishnan yang beberapa hari kebelakangan guna medan Twitter untuk lepas geram pada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Azmin Ali.
Mengambil kira komentar Dr Syed Husin dan cara Anwar ‘bo layan’ Gobala – senang cakap tunggu masa sahaja Datuk Ibrahim Ali akan ada geng baru di galeri Ahli Parlimen Bebas di Dewan Rakyat.
Namun, jangan tolak kemungkinan Parti AKIM yang akan ditukar namanya pada KITA pimpinan Datuk Zaid Ibrahim tiba-tiba dapat kerusi free pertama di Dewan Rakyat.
Gobala memang kow team dengan Zaid semasa pemilihan jawatan PKR tempoh hari.
Cuma sekarang semua orang sedang perhati apa game Gobala dan apa pula game PKR.
Adakah beliau akan cabut atau tunggu dan terus main Twitter sampai dipecat.
Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution yang cuba downplay pemberontakan Golala cuma kata beliau menerima aduan dari kalangan akar umbi parti itu tentang gelagat Ahli Parlimen Padang Serai itu asyik balon parti dalam Twitter.
Katanya, hal berkenaan akan dibincangkan dalam Biro Politik PKR dalam masa terdekat.
Kes Gobala ini sebenarnya sudah sampai peringkat point of no return .
Tak cukup balon dalam Twitter, Rabu, Golala keluar kenyataan media kata Anwar yang patut dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin bukannya beliau.
Gobala pun tahu beliau kini langgar tembok lawan tauke begitu.
Siapa tak geram sudahlah aduannya mengenai kepincangan dalam pemilihan jawatan tidak dilayan kini orang yang tidak dikenali, peguam N Surendran dilantik sebagai salah seorang Naib Presiden.
Aduan tentang kepincangan pemilihan bukan sahaja menjadi jeritan Gobala malah juga Badrul Hisham Shahrin yang tewas jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).
Kemuncaknya Chegu Bard juga telah menolak perlantikan untuk ‘ tutup mulut’ sebagai Timbalan Setiausaha Agung PKR.
Mustapha Kamil Ayub, calon yang tewas jawatan Timbalan Presiden PKR nampaknya sudah gam mulut setelah dilantik ahli Biro Politik PKR.
Sumber-sumber PKR memberitahu Gobala dan Chegu Bard jawabnya cuma akan ‘menyalak bukit’ sajalah kalau nak terus komplen bab pemilihan.
Walaupun semua orang tengok bagaimana kerusi melayang dan macam-macam cacamarba lagi semasa pemilihan berlangsung...Anwar seboleh-bolehnya nak pendam semua itu macam tak ada hal.
‘Umpan’ bukan susah….sendiri mau ingat pilihanraya umum tak jauh lagi.
Tak puashati tolak sebelah...banyak cakap harapan nak jadi calon boleh melepas.
Dah tu semua sedang berangan-angan nak jadi itu ini kalau-kalau dapat tawan Putrajaya nanti.
Gobala dan Chegu Bard silalah terus ‘menyalak’ sampai ke tua…
Kelmarin kita dihidangkan dengan tindakan kebudak-budakkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia di Selangor.
Terdapat beberapa pihak yang telah membantah tindakan childish Khalid Ibrahim tersebut.
Satu lagi info terbaru yang penulis terima pula melibatkan sayap Kerajaan Khalid Ibrahim iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Ianya melibatkan developers yang membangunkan kawasan perumahan di Selangor.
Penulis difahamkan bahawa terdapat klaus yang mengatakan bahawa PKNS telah melarang pemaju perumahan untuk mengeluarkan iklan melalui media cetak Utusan Malaysia dan sekumpulan dengannya! Apakah benar dakwaan tersebut?
Jika benar, kerajaan negeri Selangor memang tidak profesional dan kebudak-budakkan terutamanya si Menteri Besar Selangor itu sendiri!
Persoalannya,
1. Apakah si Khalid Ibrahim tidak tahu bahawa Utusan Malaysia merupakan suratkhabar berbahasa Melayu yang tertinggi sekali pengedarannya di negara ini dan pembacanya terdiri daripada orang Melayu termasuk mereka yang tinggal di Selangor?
2. Apakah Khalid Ibrahim tidak sedar bahawa tindakan beliau itu sebenarnya telah menyekat hak kaum Melayu untuk membeli rumah di Selangor kerana projek tidak diketahui oleh lebih ramai orang Melayu?
3. Bukankah itu satu penindasan terhadap kaum sendiri namanya, wahai Khalid Ibrahim, MB Selangor?
p/s : Nak bukti surat pekeliling PKNS ? Tak lama lagi, Guan Eng pun buat yang sama kot?
Satu arahan telah dikeluarkan oleh Ronnie Liu, exco yang menjaga PBT supaya semua papan tanda yang ada 1Malaysia diturunkan. Alasannya ia melanggar undang2 kecil perbandaran dan daerah.
Baca komen blog Double Y yang memberi komen semalam:Kenapa mereka begitu 'trauma' dengan logo 1Malaysia yang cuba diterapkan oleh DS Najib ke dalam diri semua bangsa Malaysia walhal gagasan yang diilhamkan oleh DS Najib ini adalah gagasan yang bersandarkan kepada Perlembagaan Malaysia.
Gagasan 1Malaysia juga menekankan pendekatan di mana kerajaan membantu semua kaum dan golongan yang memerlukan bantuan agar tiada siapapun merasa bahawa mereka telah dipinggirkan dalam arus perdana pembangunan Negara..
Maka adalah menjadi tanggungjawab masyarakat tanpa mengira fahaman politik untuk membantu usaha meningkatkan perpaduan kaum dan mengajurkan gaya hidup yang harmoni di antara semua kaum di Malaysia.
Nampaknya Pakatan Haram sudah mula melihat kejayaan slogan atau gagasan 1Malaysia ini, maka dari sini bermulalah idea ala-ala gestapo yang cuba untuk MENGHARAMKAN sebarang penggunaan logo ini bermula di Selangor.
Sungguh aneh sekali, mereka melaung-laungkan demokrasi, kononnya mereka mengamalkan demokrasi yang sebenar tapi dalam masa yang sama mereka bertindak macam diktator, iaitu hanya mereka yang berhak mengeluarkan sebarang 'suara' tetapi tidak rakyat.
Selain itu, kami lihat Ronnie Liu cuba menunjukkan relevennya dengan membuat satu drastik bagi menyelamatkan kerjaya politik dan mengekalkan aliran kewangan haramnya.
Mungkinkah Ronnie Liu cuba mensabotaj DAP dan Pakatan Rakyat dengan tondakan luar tabii ini? Mungkinkah ini satu usaha untuk menimbulkan sesuatu sebagai sumbangan terakhirnya sebelum digugurkan dari jemaah exco?
Kalau ini semua tidak ada kemungkinan dan ia usaha yang disedari oleh kerajaan Selangor, ini bermakna mereka sudah terdesak dan hilang akal.
Sampai logo1 Malaysia pun dia orang takut!!!
Rupa-rupanya ada sebab mengapa Lim Guan Eng meroyan dan sensitif tak tentu pasal tentang 13 Mei. Di sini penulis ingin berkongsi artikel dengan pembaca RedSemut. Di antaranya:-
“Kenapakah Setiausaha Agung DAP yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang itu begitu mudah melenting dan melatah bila mendengar ungkapan 13 Mei itu?”
Lim Guan Eng seperti hendak mengharamkan ungkapan “13 Mei” untuk disebut dalam Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang sebelum ini. Seakan-akan ada yang hendak disembunyikannya (atau ada perkara dan peristiwa yang dia tidak mahu orang ramai mengingat) mengenai peristiwa 13 Mei itu.
Tentu dia ingin menyembunyikan (dia mahu orang ramai melupakan) bahawa sebab utama yang mencetuskan Peristiwa Berdarah 13 Mei 69 ialah provokasi penyokong-penyokong DAP dan Parti Gerakan yang sedang “mabuk kemenangan”, menari dan berarak sepanjang jalan raya merayakan kemenangan mereka dalam pilihan raya umum 1969 itu.
Satu perkara lagi yang barangkali Lim mahu supaya orang ramai lupa ialah bahawa berikutan dengan kerusuhan 13 Mei 1969 itu, pihak berkuasa telah mendapati bapaknya, Lim Kit Siang sebagai salah seorang pemimpin DAP pada masa itu, terlibat dalam ucapan-ucapan menghasut dan mengapi-apikan semangat perkauman.
Kerana itu telah ditahan di bawah Undang-Undang Keselamatan Dalam Negeri sehingga bulan Oktober 1970.
Akhirulkalam, saya catatkan kembali faktor-faktor yang mencetuskan kerusuhan kaum: keceluparan mulut, kesongsangan perbuatan dan kebiadapan hidup bermasyarakat serta provokasi kasar dan halus yang menyakitkan hati. Semuanya mestilah dijauhi.
* Senator Datuk Dr Firdaus Abdullah ialah Pakar Rujuk di Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya.
Anwar Ibrahim berada dalam satu situasi yang sangat tertekan. Yang terbaru, beliau di dapati berbohong mengenai APCO. KLIK SINI
Sebelum ini, beliau terperangkap di dalam wayang politik beliau sendiri apabila cuba menonjolkan diri beliau sebagai anti-zionis dan anti-Israel tetapi akhirnya beliau dikatakan terpaksa menjelajah negara asing untuk 'memujuk' pihak-pihak yang terasa dan kecewa dengan talam dua muka beliau.
Jika diperhalusi, di manakah Anwar Ibrahim mahu mengadu domba dan menagih simpati jika pemerhati dan wartawan politik Barat yang satu ketika dulu alat promosi beliau, sudah sangsi terhadap beliau?
Brad Jackson di dalam The New Ledger telah menulis dan menyindir Anwar Ibrahim mengalami keadaan mental yang tidak stabil. KLIK SINI. Bukan itu sahaja!
Artikel bertajuk : Secretary of State Clinton Should Steer Clear of Malaysia’s Anwar Ibrahim yang di tulis olehChuck De Vore pada 26hb Oktober yang lepas benar-benar telah menyerlahkan perasaan muak pemerhati-pemerhati politik Barat dan Amerika Syarikat terhadap Anwar Ibrahim.
Selain daripada melarang Hillary Clinton, Setiausaha Negara Amerika berjumpa Anwar dan komentar klasik beliau iaitu "Anwar Ibrahim is no Aung San Suu Kyi", Chuck De Vore secara terbuka menyatakan bahawa Anwar Ibrahim adalah manipulator yang pandai memperalatkan ahli politik dan media Barat.
Beliau menulis :-There’s no denying that Anwar Ibrahim knows how to manipulate Western press and politicians. Ibrahim has fashioned himself a sympathetic profile in the West by leveraging the sodomy charges the nominally Muslim government has twice maladroitly leveled against him while claiming to be two things he isn’t: a government reformer and a moderate Muslim.
Entri terakhir di dalam artikel tersebut lebih keras bunyinya. Jika Hillary Clinton masih mahu berjumpa dengan Anwar, maka demokrasi akan hancur. Rujuk di bawah :-If Ibrahim’s People’s Justice Party (run by his wife, Wan Azizah Wan Ismail) comes to power in 2011, it will likely mark another occurrence of democracy being used to destroy democracy. Secretary of State Clinton, if she meets with Ibrahim, will act to boost his destructive charade.
Chuck DeVore, seorang Ahli Dewan Undangan California seterusnya telah mengkritik Anwar Ibrahim di dalam artikel beliau yang bertajuk Human rights, international affairs and a reply to Thor Halvorssen regarding Anwar Ibrahim and Malaysia
Entri terakhir di dalam artikel itu Chuck DeVore memberi amaran tentang permainan politik Anwar Ibrahim. Beliau menulis :-In the case of Malaysia, I strike a note of caution, maintaining that, despite the ruling party’s flaws, Anwar Ibrahim’s coalition would likely turn back the clock on human liberty, while placing at risk the nation’s substantial non-Muslim population.
Dalam masa yang sama, terdapat artikel Barat yang mengaitkan Anwar Ibrahim dengan organisasi yang disiasat oleh FBI kerana aktiviti-aktiviti terorrist!
Portal media luar negeri, American Thinker melaporkan bahawa Anwar Ibrahim terlibat dengan organisasi The International Insitute Of Islamic Thougt yang berselindung di belakang agama Islam tetapi terlibat di dalam aktiviti terorrist.
Nampaknya, lebih ramai lagi pihak yang perlu di saman oleh Anwar Ibrahim, itu pun jika Anwar Ibrahim berani !
Datuk Seri Anwar Ibrahim pernah jadi Menteri Pertanian dan Menteri Pelajaran selain Menteri Kewangan dan Timbalan Perdana Menteri. "Setiap guru RM500, jumlah guru di negara ini hampir 400,000 guru, bermakna perbelanjaan sebulan RM200 juta, setahun RM2.4 bilion. "Tetapi dari segi implikasinya, naik gaji guru tetapi gaji kakitangan kerajaan seramai 1.2 juta, tidak naik. Adakah guru sahaja yang diberi tawaran, kenapa tidak ditawarkan kepada kakitangan kerajaan yang lain… boleh jadi bankrap kita," katanya. “Pakatan percaya tindakan utama yang perlu diambil untuk memulihkan kualiti pendidikan negara adalah dengan menjaga kebajikan guru secara berterusan dan bertanggungjawab. RedSemut : Selalu sangat berbohong lagi mau caya ke? Lu pikir ler sendiriiii!
Ada sesiapa ingat kalau-kalau ada sesuatu yang cukup istimewa yang dilaksanakan beliau sewaktu menjadi Menteri Pelajaran dari tahun 1986 hingga 1991 yang tetap dikenang dan disanjung sampai ke hari ini?
Kalau rasa tak terlintas apa-apa dalam ingatan maka jawabnya faham-faham sajalah.
Maka tak perlulah pergi jauh masuk bab Menteri Pertanian dan Menteri Kewangan.
Kata orang kalau belum pernah duduk menjadi decision maker di situ lain ceritalah.
Namun dalam mengejar impian nak tawan Putrajaya…Anwar kini nak tampil diri sebagai hero kepada mereka dalam perkhidmatan perguruan.
Ingat tak pada cadangan nak bagi imbuhan RM500 sebulan kepada semua guru dalam Program 100 hari jika dapat tawan Putrajaya yang diumum dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang Ahad lalu.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin menilai janji dalam program itu tidak lebih untuk memancing undi tanpa mengambil kira implikasinya.
Malah Timbalan Perdana Menteri berkata negara boleh bangkrap jika nak tunai janji imbuhan RM500 yang melibatkan anggaran kos RM2.4 billion setahun.
Itu baru bab imbuhan guru…apakah kakitangan awam dalam perkhidmatan lain nak melopong ‘ tumpang dengar’ saja.
Persoalan ini turut dibangkitkan oleh Muhyiddin.
Rumusan yang dapat dibuat ialah Anwar peduli apa…tabur janji bottom line menang pilihanraya.
Boleh ke tak boleh dilaksanakan…itu belakang kira.
Khamis,Anwar tampil menerusi kenyataan media mendakwa komentar Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran bahawa pemberian imbuhan akan menyebabkan negara bangkrap sebagai memperlekehkan peranan guru.
Hairan ke situ pula perginya.
Ini kerana Timbalan Perdana Menteri jelas menyatakan implikasi itu jika ia melibatkan seluruh kakitangan awam di negara ini.
Lojiknya tak kan imbuhan itu hanya nak diberi pada guru sahaja.Tentu kakitangan awam lain akan turut menuntutnya.
Anwar menghitung imbuhan RM500 sebulan untuk perkhidmatan perguruan akan melibatkan kos RM2.3 billion setahun.
Alasan retoriknya biasalah… jumlah ini adalah kecil jika dibandingkan dengan pembaziran lain yang kini berleluasa di bawah UMNO/BN dan blah…blah…blah..blah yang lain .
Beliau yang pernah menjadi Menteri Pelajaran mendakwa bidang pendidikan tidaklah berada di dalam senarai kepentingan UMNO/BN.
"Oleh itu, jumlah RM3.2 bilion setiap tahun bukanlah jumlah yang terlalu besar demi masa depan anak-anak Malaysia," katanya.
Dalam kenyataannya Anwar hanya mempertahankan imbuhan pada guru sahaja tanpa menyebut kakitangan perkhidmatan lain.
Apakah baginya perkhidmatan lain kurang penting dalam pembinaan negara?
Mungkin beliau pun sedar jika dicongak semua kakitangan awam angkanya yang berpuluh billion dengan sendiri akan menjadikan gembar gemburnya tentang imbuhan guru itu… satu cerita dongeng.
Apapun apa salahnya 'memancing'...mana tau ada ikan yang termakan umpan.
By Athi Shankar GEORGE TOWN: DAP's top leadership will investigate allegations of nepotism and cronism lodged by three party members against Deputy Chief Minister II P Ramasamy. National chairman Karpal Singh said the allegations raised by the trio in a letter dated Nov 25 were serious enough to warrant a thorough probe by the party leadership. “We cannot ignore the allegations. We must investigate them and clear the air once and for all. “Otherwise, it will tarnish the party's image and credibility,” he toldFMT.
DAP sama sekali tidak dapat lari daripada amalan nepotisme dan kronisme.Sekadar melaporkan tidak menjadi masaalah buat pemimpin atasan DAP.Semuanya bisa diatur dan dihalalkan. Inilah prinsip dan amalan demokrasi didalam parti parti pakatan haprak.
Pemimpin atasan mereka sememangnya menguruskan parti bagaikan syarikat anak beranak. Kit Siang,Karpal dan anak menantunya. Mereka mereka inilah yang dikatakan mengamalkan politik "bersih" .
Amalan nepotisme dan kronisme bukan saja didalam DAP. Nik Aziz bersama anak menantunya.Manakala lebih hebat PKR dengan 3 A yang terkenal dengan penuh taktik pembohongan dan penipuan.
" apa cerita dengan Penang Global Tourism Sdn. Bhd? "
Di sini disertakan artikel penulis yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia yang menyebabkan Lim Guan Eng melenting dan kemudian menuduh penulis pula yang menyebarkan fitnah terhadap beliau.
Respons Guan Eng begitu standard. Beliau cepat menuduh pihak lain membuat fitnah untuk menutup kesalahan beliau sendiri.
Seperkara lagi, portal pro-pembangkang telah spin isu ini seolah-olah Guan Eng adalah mangsa fitnah. Situasinya akan memihak kepada Guan Eng apabila olahan berita portal ditulis sekerat-kerat dan tidak menceritakan perkara yang sebenarnya.
Malah blog bapa Lim Guan Eng pun telah menyiarkan laporan berita yang sekerat-kerat itu. Apakah itu adil namanya?
Baca artikel 'kontroversi' di bawah yang menyebabkan Guan Eng terasa dan melenting :-
MUNGKIN Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak tahu atau tidak faham dengan peribahasa Cina iaitu Cónglái bu xie le yi feng xìn, ér ni shì shengqì (never write a letter while you are angry). Kerana itu Guan Eng telah dikecam hebat dek kenyataan beliau semasa konvensyen pembangkang baru-baru ini.
(Perhatian : Kenyataan penulis adalah berdasarkan kepada kenyataan Guan Eng yang berkata tentang 'siapa yang bukan Malaysia sebenarnya? Who are not the real Malaysian?'.
Dan Guan Eng dengan jelasnya telah mengatakan :- Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah). KLIK SINI )
Apakah pembaca 200,000 naskah sehari Utusan Malaysia boleh diperlekehkan sabagai bukan rakyat Malaysia seperti tuduhan Lim Guan Eng?
Inilah persoalan asas yang perlu direnungi oleh kita bersama apabila Lim Guan Eng menyatakan perkara tersebut semasa Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Kepala Batas baru-baru ini.
Kita tentu marah kerana Lim Guan Eng nampaknya telah membesarkan skop kebencian beliau yang kini bukan sahaja melibatkan parti BN dan UMNO tetapi rakyat Malaysia secara keseluruhannya.
Dan sudah tentu kita tidak dapat lari dari memikirkan bahawa Lim Guan Eng semakin benci dengan kaum Melayu kerana orang Melayu yang membaca Utusan Malaysia!
Adalah tidak adil apabila seorang cauvinis mempersoalkan kerakyatan seseorang warganegara hanya kerana membeli Utusan Malaysia. Ianya ternyata menyerlahkan lagi kebaculan dan keangkuhan Lim Guan Eng yang semakin tidak sedar diri tentang kepincangan dan ketidakupayaan beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama ini.
Realitinya, Lim Guan Eng adalah seorang diktator yang tidak mahu menerima sebarang kritikan walau pun kritikan itu bertujuan untuk memperbetulkan sikap beliau yang rasis dan berat sebelah.
Malah, tuduhan Lim Guan Eng yang mempertikaikan kerakyatan mana-mana pihak yang 'meraikan' tragedi 13 Mei juga merupakan satu tuduhan yang melulu dan tidak berasas.
Hakikatnya, tidak ada satu pihak pun yang mahu 'meraikan' tragedi 13 Mei tetapi pihak-pihak ini mahu jadikan tarikh tersebut sebagai satu peringatan tentang betapa rapuhnya keamanan di antara kaum-kaum di negara ini jika sensitiviti di antara kaum-kaum tidak dijaga dengan nyawa dan raga.
Adalah tidak salah malah patut digalakkan apabila ada pihak yang sentiasa prihatin dan saling ingat-mengingati sesama kita, rakyat Malaysia. Kelantangan Lim Guan Eng mempersoalkan isu 'meraikan' tragedi 13 Mei tentunya mendatangkan persoalan, kenapa Lim Guan Eng melenting?
Apakah kerana beliau tidak mahu rakyat lebih berminat untuk mengetahui sebab-sebab berlakunya tragedi tersebut atau tidak mahu rakyat tahu tentang penglibatan aktif parti DAP yang mencetuskan tragedi 13 Mei?
Jika Lim Guan Eng berfikiran rasional, beliau sepatutnya bersikap positif tentang tragedi tersebut kerana ianya telah lama berlaku dan kita boleh berubah demi kesejanteraan rakyat Malaysia.
DAP boleh berubah sama seperti sekarang di mana parti tersebut sudah bersekongkol dengan parti PAS walau pun parti tersebut tidak akan mungkin akan bersetuju dengan perjuangan 'islamik' parti PAS.
Seperkara lagi, Lim Guan Eng ternyata tersalah langkah apabila menimbulkan isu 3R (race, religion dan royal) yang dikononnya diperlatkan oleh BN dan UMNO. Tuduhan melulu beliau itu jelas menunjukkan seorang pemimpin DAP yang tidak pernah menghargai pencapaian dan kemakmuran yang telah dikecapi oleh negara Malaysia selama ini.
Apakah Guan Eng buta mata dan hati sehingga tidak nampak pencapaian ekonomi dan pendidikan bangsa beliau sendiri di negara ini?
Jika benar parti UMNO hanya mementingkan bangsa Melayu sahaja, tidak mungkin bangsa-bangsa lain yang menerajui ekonomi negara selain daripada bangsa Melayu. Tetapi tidak. Dan selama ini, tidak pula timbul cetusan dan perbandingan di antara kaum-kaum yang deskruktif dan sehebat ini tetapi ianya semakin menyerlah dan mendatangkan keresahan kita semua.
Ini semua adalah hasil daripada modus operandi parti DAP sendiri dan diberi lampu hijau oleh Anwar Ibrahim. Parti DAP dan Pakatan Rakyat yang berulang kali mengaitkan UMNO dengan 'ultra-Melayu' di setiap ceramah, perjumpaan dan sidang akhbar jelas menunjukkan ulangan kepada modus operandi parti pembangkang sebelum ini yang melabelkan UMNO/BN sebagai parti rasuah.
Modus operandi sebelum ini mungkin hampir berjaya menimbulkan persepsi negatif terhadap parti UMNO dan BN tetapi kali ini, Lim Guan Eng telah tersilap langkah. Hari ini beliau bukan sahaja berdepan dengan UMNO dan BN sahaja tetapi rakyat Malaysia terutamnya kaum Melayu.
Hari ini beliau bukan sahaja berdepan dengan UMNO dan BN sahaja tetapi rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu. Tetapi bak perpatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya!
Tunggu dan lihat.Apa pula Datuk Seri Anwar Ibrahim nak kelentong lagi pasal isu Apco yang menyebabkan beliau digantung enam bulan dari menghadiri sidang Dewan Rakyat Khamis lalu. Nazri membidas sikap Anwar yang dakwanya sengaja lari dan 'penakut' untuk berbahas dalam dewan padahal tarikh 16 Disember itu merupakan ruang yang cukup luas untuknya membela diri dan penyokongnya membahas bagi menyokong ketua mereka. "Saya berikan lima orang pembahas dari pembangkang termasuk Anwar dan saya sendiri bersama empat pembahas dari Barisan Nasional (BN), tapi dia lari...penakut," ,katanya. Dalam sidang medianya,Nazri tunjuk surat yang dihantar oleh firma perhubungan awam, APCO Worldwide kepada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen dijadikan asas untuk menggantung Anwar. Katanya dalam surat bertarikh 19 Ogos itu, firma berkenaan dengan jelas menafikan pembabitannya dalam mencipta slogan 1Malaysia, sekaligus menafikan kenyataan Anwar yang mengaitkan slogan itu dengan firma berkenaan. "Jadi jelaslah Anwar telah menipu di dalam Dewan, dan inilah bukti yang terpenting sekali untuk membuktikan Anwar menipu," katanya . Nazri berkata beliau menerima akuan bersumpah daripada Robert M. Shrum, seorang warga negara Amerika Syarikat yang merupakan pakar strategi dan perunding dalam banyak kempen politik di pelbagai peringkat termasuk sebagai penasihat kanan pada 1999 dalam kempen Perdana Menteri Israel Ehud Barak. Menurutnya dalam akuan bersumpah itu, Shrum yang terlibat dalam kempen One Israel pada masa itu, menafikan penglibatan APCO sekaligus mengukuhkan lagi penafian firma berkenaan dalam suratnya itu mengenai sebarang pembabitan dalam kempen "One Israel". "Anwar ada sebut Ehud Barak dan One Israel dalam ucapan dia, tapi di sini jelas menunjukkan orang yang bertanggungjawab itu (Robert M. Shrum) menafikan apa yang disebutkan oleh Anwar mengenai penglibatan APCO dengan One Israel," katanya. Nazri juga menafikan dakwaan kononnya Anwar tidak diberi hak untuk membela diri dan mengemukakan bukti bagi menyokong kenyataannya yang mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel. Katanya Anwar telah beberapa kali diberi peluang itu sejak mengeluarkan kenyataan berkenaan pada persidangan Dewan Rakyat pada Mac lepas, namun tidak menggunakan kesempatan itu, sebaliknya terus mengaitkan konsep 1Malaysia dengan One Israel. "Dia diberi hak untuk membela diri pada 22 April lalu, iaitu hari yang saya bentang usul untuk merujuk dia ke jawatankuasa, sebelum kita mahu luluskan usul itu dia telah diberi hak untuk bela diri. "Sebelum itu pun pada 17 Mac selepas dia buat kenyataan itu kita bagi dia seminggu untuk membela diri dan menarik balik kenyataan dia tapi dia pilih untuk serang kita lagi tanpa beri bukti-bukti. "Sebenarnya sampai hari ini pun dia tidak ada bukti sebab itu saya mengemukakan bukti yang jelas menunjukkan bahawa APCO tidak langsung ada kena mengena dengan 'One Israel'. Tambahnya, "dia tidak mahu perbahasan (dalam Dewan Rakyat) berlaku tapi sekarang pergi ke pasar malam bagitahu pada orangramai, dia tidak diberi kesempatan untuk bela diri, dia memang takut dengan saya pun, setiap kali berbahas soalan dalam dewan dia akan kena balik...saya memang tunggu, ini memang kerja saya." Ketika ditanya gesaannya pada rakyat mengenai hal berkenaan, Nazri dengan sinis berkata, "gesaan saya pada rakyat, kalau rasa macam susah hati dan memerlukan hiburan pergilah dengar Anwar berucap kerana seronok dan menghiburkan, tapi jangan percaya apa yang dia ucapkan sebab dia memang menipu." Ditanya pula samada perlu diadakan perbahasan khas di pentas, beliau berkata, "tak perlu berbahas kat pasar malam kerana kita sudah sediakan tempat yang paling baik, tertinggi sekali (Dewan Rakyat) dan kita tidak boleh menipu dalam dewan" "Agaknya dia tak mahu berbahas dalam dewan kerana dia tahu dia akan menipu...saya bersedia bila-bila masa, kalau dia ada motto 'lawan tetap lawan', saya juga ada motto 'kawan tetap kawan'," ujarnya. Menjawab satu soalan lain Nazri berkata, "eloklah saya bagi enam bulan berehat, dia boleh tumpu pada kesnya di mahkamah tak payah fikir parlimen, kes dia nak ON, kita bagi dia free enam bulan tak payah datang parlimen, betullah tu... go to the trial ."
Kalau mengambil kira bukti terbaru mengenainya yang Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dedah dalam sidang akhbar di bangunan Parlimen Rabu,Ketua Pembangkang tu tentu sudah knockout .
Sudah enam hari berlalu sejak Dewan Rakyat lulus usul gantung Anwar dan tiga Ahli Pembangkang lain – Azmin Ali,Karpal Singh dan R Sivarasa namun perang mengenainya masih panas.
Anwar mengunakan ceramah roadshownya dan twitter untuk mendakwa kononnya beliau dipihak yang benar sekalipun tanpa bukti kukuh.
Nazri selaku menteri yang jaga urusan parlimen dan bertanggongjawab membawa usul itu kerana mendapati Anwar cuba mengelirukan Dewan Rakyat dengan mendakwa 1 Malaysia tiru One Israel nampaknya sudah set tidak akan membiarkan Ketua Umum PKR itu terus bermaharajalela.
Selasa malam beliau tampil dalam rancangan khas di TV1 untuk menjelaskan secara terperinci mengapa tindakan gantung terpaksa diambil.
Bagi Nazri, Ahli Parlimen Permatang Pauh itu cuba ‘ putar-putar’ isu Apco ini seperti juga kes liwatnya vs Saiful Bukhari Azlan yang sedang dibicarakan di mahkamah.
Beliau juga menyifatkan usaha Anwar bagi ceramah tidak ubah seperti menjual ubat di pasar malam untuk menipu rakyat.