Bersyukurlah BN telah menang dengan cemerlang mengaut undi majority lebih baik dari PRU12. Mohd Azahar  menagatasi Normala dengan majority 3707 undi. Tahniah diucapkan kepada seluruh jentera BN yang bekerja kuat mencapai kemenangan itu.

Terdapat tiga daerah mengundi diDUN Tenang majoritinya masyarakat Cina. Labis, Labis Tengah dan Labis Timur.  Berikut adalah keputusan ditiga daerah mengundi tersebut :

LABIS
Keluar mengundi          53.0 %    
BN            380 undi
Pas            337 undi
Majoriti      43 undi

LABIS TENGAH
Keluar mengundi          30.0 %
BN                  365 undi
Pas                  851 undi
Majority           486 undi

LABIS TIMUR
Keluar mengundi         51.4 % 
BN                   669 undi
Pas                   632 undi
Rosak               16
Majoriti             37 undi

CATATAN PINGGIR

Pertama, kehadiran mengundi hanya 30 ke 53 % sahaja.  Alasan hujan sepanjang hari. Ada lapuran mengatakan  tindakan boikot kerana kenaikan harga barang. Dan ada juga mengatakan tidak mahu menunjukan kemana aliran sokongan.

Kedua,  Peti  undi Labis dan  Labis Timur majority tipis  37 – 43 undi sahaja atas dasar kurangnya jumlah keluar mengundi.  Peti undi Labis Tengah keluar mengundi  30 %  BN kalah teruk dengan mendapat 365 undi sahaja daripada 1216 pengundi.  Bagaimana mungkin jika 70% keatas keluar mengundi ?. Peti undi itu dijangka kalah lebih besar lagi !.

Ketiga, jika dikira jumlah yang hadir mengundi dari tiga daerah mengundi itu adalah 3,250  BN mendapat 1,414 undi  Pas  1,836 undi. BN tewas ditiga peti undi itu  422 undi. Dengan andaian lebih 70% keluar mengundi maka BN  dijangka kalah sekitar 1000 undi di tiga daerah mengundi tersebut.

Keempat,  sebagai mana  kajian Merdeka Centre dan Ilham Centre bahawa  trend sokongan masyarakat Cina terhadap BN 50-50 adalah lebih berasas dan benar. Jika begitu keadaanya,  BN dalam kedudukan yang  masih lagi tidak setabil untuk menghadapi PRU 13. Peratusan itu terlalu sensitif jika bergerak kebelakang  iaitu kurang dari 50%.

Kelima, rumusnya,  keyakinan kepada MCA masih berbelah bagi. MCA tidak dapat meyakinkan masyarakat Cina  agar menambah sokongan kepada BN. Kedua, Masyarakat Cina juga sebahagiannya begitu percaya kepada janji-janji manis  Pakatan Pembangkang  jika mereka dapat mengambil alih Negara ini.

Terlalu kuat isu perkauman yang dihasut oleh pihak lawan dengan model kejayaan diSelangor, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan, dan Perak hingga menyebabkan pengundi Cina menjadi serba salah untuk keluar mengundi akhirnya sebilangan besar tidak mengundi.


Jika DUN Tenang tidak hujan, statistik pilihanraya di sini tentu berbeza dan bertambah sengit. Jika merujuk kepada kawasan-kawasan yang majoritinya kaum Cina seperti Labis, Bandar Labis Tengah dan Bandar Labis Timor, peratusan yang mengundi sangat rendah (Labis 53.0%, Labis Tengah 30.0%, Labis Timor 51.4%) jika dibandingkan dengan dengan peti-peti undi yang lain.

Beberapa andaian yang boleh dikemukakan. 1. Hujan 2. Kaum Cina boikot.

Jika tidak hujan, peratusan yang turun mengundi tentu lebih tinggi di kawasan-kawasan orang Cina ini. Dan jika merujuk kepada politik kaum Cina, parti BN kalah dek kaum Cina!

Apakah jawapan Chua Soi Lek selepas ini? Dan apakah strategi parti BN selepas ini apabila terbukti bahawa majoriti kaum Cina sudah menjauhi parti BN?

Alasan mereka mudah dan logik. Harga barang naik, minyak naik, semuanya naik! Pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan Teo 'aerobik' Nie Chin mengapi-apikan isu tersebut di dalam kempen mereka di sini. Apakah itu alasan mereka sebenarnya atau ada yang lain?

Realitnya, BN tidak bertindak populis seperti parti pembangkang. Memang benar kita perlu berdasarkan kepada fakta dan kenyataan tetapi apakah sehingga tahap menggugat kekuasaan politik di negara ini?

Pembangkang menjanjikan bulan dan bintang tetapi apakah rakyat peduli tentang detail bagaimana bulan dan bintang itu bolah didapati?


BN perlu berbuat sesuatu. MCA mesti digerakkan dari tidur mereka. Mereka mesti buat sesuatu yang ajaib atau pun miracle. Bertindak populis tetapi logik!

Dan hati-hati kepada klinik-klinik di sekitar Labis dan Segamat. Ada orang yang akan mencari MC sehari dua ini!



Syabas bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Walaupun dikritik beliau tentu tidak akan marah dan pasti jawapan daripada beliau adalah “depa ada mulut biak pi (biarkan) apa depa nak kata”.

Tetapi warga Singapura tentu tersilap orang untuk dikritik. Mereka kritik negarawan ulung yang telah menaikkan nama Malaysia di persada antarabangsa. Pencetus idea Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Litar F1 Sepang, Menara Berkembar, Putrajaya, Cyberjaya, kereta nasional, LIMA Langkawi, Le Tour de Langkawi, hingga menjadikan Malaysia disegani khususnya oleh negara-negara Islam di Asia Barat. Itulah satu-satunya anak Melayu di dunia yang hanya ada di Malaysia.

Benar kata Dr. Mahathir bahawa ada Melayu yang mudah lupa, lebih-lebih lagi Melayu yang tidak tinggal di Malaysia. Mereka lupa bahawa ‘rumah’ yang mereka diami yang pada asalnya mereka punya tetapi akhirnya mereka jadi penyewa.

Tidak dinafikan bahawa memang rakyat Melayu Singapura hidup mewah, tetapi kesenangan dan kemewahan mereka adalah disebabkan pertama, nilai mata wang mereka tinggi. Kedua, mereka mempunyai jiran yang menjual komuniti dengan harga yang murah. Sekiranya nilai mata wang mereka sama dengan ringgit Malaysia, hidup mereka mungkin lebih papa daripada rakyat Malaysia.

Kebanyakan mereka seronok berbelanja di Johor Bahru dan Melaka. Ada juga sehingga ke Padang Besar, Langkawi atau Golok. Tidak ketinggalan ke Batam atau Jakarta. Lebih teruk lagi, mereka lupa yang mereka juga mendapat tempias daripada barangan bersubsidi yang sepatutnya hak rakyat Malaysia sahaja. Nak berbangga biarlah bertempat.

Mereka berani mengutuk Tun tetapi tidak berani mengutuk pemimpin mereka kerana mahkamah akan menunggu. Mereka tidak boleh buat silap dan perlu akur terhadap segala peraturan. Kadang-kala, ada peraturan yang tidak diredai tetapi terpaksa dipendamkan sahaja.

Sepatutnya mereka berbangga masih ada Melayu yang berjaya walaupun bukan warga negara mereka. Jika terdapat apa-apa teguran sepatutnya jadikanlah iktibar atau pembakar semangat untuk maju, bukannya menangkis dengan mengutuk yang akhirnya terpercik ke muka sendiri.

Rakyat Melayu Malaysia perlu bersyukur mempunyai ramai usahawan Melayu yang tidak hanya berniaga di pasar-pasar tetapi menjadi usahawan bertaraf dunia, di samping jawatan tertinggi dalam angkatan tentera dan jabatan kerajaan.

c

Orang nak bertanding, dia nak bertanding.  Orang bersedia berkhidmat tanpa halangan tetapi dia baru berkempen pun dah penuh dengan halangan.

Nak bersalam dengan lelaki tak boleh, nak meredah banjir tak boleh dan nak berenggang dengan suami pun tak boleh.  Ke hulu ke hilir si Normala Sudirman mengheret suaminya berkempen.

Tidak pasti sama ada suaminya yang cemburu atau Normala yang manja dan mengada-ngada ingin suami sentiasa bersama atau PAS yang menyuruh mereka berbuat begitu konon untuk menonjolkan imej wanita solehah yang sentiasa ditemani suami bimbang menjadi bahan fitnah.

Maklumlah, PAS memang suka memfitnah jadi mereka gusar kalau-kalau orang lain juga suka memfitnah seperti mereka.

Kemuncak kisah Normala tak boleh berenggang dengan suami ini ialah apabila suami sanggup menipu untuk mendapatkan cuti sakit semata-mata untuk  menemaninya berkempen.     Bukan tiga hari tetapi 21 hari sepanjang bulan ini sahaja!

Untung sisuami bekerja dengan kerajaan iaitu sebagai guru.   Kalau pekerja swasta harus sudah dibuang kerja kerana menipu.   Mana tidaknya, walaupun kononnya sakit, seluruh negara melihat bagaimana dia mengiringi isterinya ke sana sini.

Alasan yang tertulis di sijil cuti sakit pula ialah kemurungan.  Kemurungan adalah satu penyakit yang berkaitan dengan jiwa.  Jika benar suami Normala mengalami kemurungan, ini adalah petanda awal bahawa Normala tidak mungkin akan dapat memberi khidmat dengan baik kepada rakyat Tenang nanti kerana terpaksa menjaga suaminya.

Ini kerana kemurungan dikenalpasti sebagai penyakit yang mampu membawa kepada tragedi tidak diingini seperti bunuh diri atau bertukar menjadi ganas.   Akhir-akhir ini kita sering mendengar tragedi ngeri berlaku semata-mata kerana masyarakat dan ahli keluarga gagal mengenalpasti atau mengubati masalah kemurungan di peringkat awal.

Jika kemurungan suami Normala adalah berpunca dari cemburu yang keterlaluan maka kita bimbang andainya Normala ditakdirkan menang dan perlu ke sana ke mari menghadiri majlis atau menangani masalah rakyat seorang diri, suaminya tidak dapat menerima dan akan bertindak melakukan sesuatu yang diluar dugaan pula nanti.

Justeru, Normala harus tampil menjelaskan bagaimana dan kenapa suaminya mendapat cuti sakit.  Jika benar suaminya mengalami masalah jiwa, maka dia harus memikirkan dengan serius untuk menarik diri dari bertanding.

Tetapi jika ini tidak benar, maka suaminya dan juga doktor yang terlibat wajib dikenakan tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Walaubagaimanapun, mungkin juga cemburu suaminya itu berasas kerana sejarah perkahwinan mereka juga adalah bermula dari kecurangan Normala terhadap suami pertama.  Dia tahu Normala adalah seorang isteri yang mampu dan sanggup berlaku curang.  Perkahwinan mereka berdua adalah buktinya.

Suami Normala juga tahu bagaimana Normala sedia memberi lebih dari sekadar cinta andainya tersangkut dengan lelaki lain pula.  Dan dia sendiri menjadi saksinya.

Gara-gara ingin berpolitik melalui parti yang suka mengaibkan orang lain, maka kini Normala terpaksa menerima hakikat bila aibnya pula dibuka.  Tak fasal-fasal kisah hitam silam 13 tahun dahulu ketika di maktab perguruan kini timbul kembali.

Barulah kita faham kenapa si suami tidak berani melepaskan isteri sendirian.  Apatah lagi ramai di kalangan Ustaz-ustaz PAS sendiri terdiri dari tukang kebas isteri orang.

Melihat dari sikap suami isteri ini, kita tidak dapat membayangkan bagaimanakah agaknya Normala hendak berkhidmat kepada rakyat nanti?   Tidak mungkin setiap kali ada mesyuarat atau lawatan maka suaminya perlu mengambil cuti sakit?  Tidak mungkin juga segala masalah rakyat hanya boleh ditangani selepas suaminya pulang dari kerja?

Dan, kenapa PAS tak letak suami Normala saja sebagai calon?  Tentu hilang segala sakit jiwanya.

Tanggungjawab kerja bukanlah soal remeh apatah lagi sebagai guru yang sepatutnya memberi contoh terbaik kepada murid-muridnya.   Dan bagi Normala pula adalah lebih lagi iaitu sebagai ‘bakal’ wakil kepada rakyat yang sepatutnya menonjolkan sifat amanah dan tanggungjawab.

Semua ini hanya menguatkan lagi persepsi ramai bahawa PAS adalah parti hipokrit terulung dan guru-guru yang berpaksikan ajaran PAS kebanyakannya malas, sombong dan tidak amanah.

Menjadi guru saja sudah tidak layak, bagaimana untuk menjadi wakil rakyat?

  

Masyarakat di sekitar Labis tidak dapat menerima perbuatan suami calon parti PAS, Maarof Abd. Mutalib, yang merupakan seorang guru sanggup mengambil cuti sakit semata-mata untuk menemani isterinya, Normala Sudirman berkempen dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang.
Perbuatan Mutalib itu jelas sekali mencemarkan kredibiliti institusi perguruan dan hanya memberi teladan buruk kepada pelajar-pelajar untuk menipu dan lebih giat ponteng sekolah.

Masyarakat di kawasan ini kehairanan dan 'terpinga-pinga' memikirkan bagaimana guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen masih dapat menemani isterinya untuk berkempen di setiap pelosok DUN Tenang.

Menurut Ketua Kampung Felda Tenang, beliau kesal apabila seorang penjawat kerajaan sanggup menyalahi etika dengan berbohong untuk mendapatkan cuti sakit. "Cuti sakit tidak boleh disalah gunakan, ia memang sudah menyalahi etika, kalau dia benar-benar sakit, dia sepatutnya duduk di rumah dan bukannya berkempen untuk pilihan raya," katanya.

Katanya, apa yang membuatkan beliau marah adalah parti PAS sering melaungkan syiar Islam namun mereka sanggup berbohong dan mengabaikan amanah sebagai seorang pendidik semata-mata mengejar kuasa politik.-Utusan

Teman bukan nak menempelak kreativiti pengarah filem Melayu sekarang. Makin hari makin bagus. Cuma teman benci dengan ekploitasi ayat-ayat Al-Quran di dalam filem hantu Melayu ni. Pendapat teman dipersetujui ramai dalam Facebook peribadi teman.

Bayangkanlah, dewasa ini, anak muda bukan Islam yang mengikuti filem Melayu, contohnya serani Melaka dan bumiputera Sabah dan Sarawak, yang mencari-cari rahsia kebenaran Islam, mula menganggap Al-Quran itu merupakan kitab yang hanya diguna untuk menghalau hantu!

Ini sudah salah! Malah mereka menyebut berasa seram sejuk apabila mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran di masjid-masjid. Astaghfirullahalazim. Salahkah mereka berasa demikian? Mereka bukan orang Islam. Mereka tidak salah. Yang salah ialah kita orang Islam yang sepatutnya mendidik dengan cara yang betul, tetapi memilih untuk mendidik dengan cara yang salah!

Hampir semua cerita hantu Melayu mengeksploitasi ayat Al-Quran. LPF buat apa? Bukankah itu juga unsur yang merosak pemikiran?

Andai kisahnya merupakan gangguan jin yang tidak terlihat riak hantunya kerana ditabir oleh Allah di dalam dunia ghaib, kisah-kisah kerasukan, maka ada ampun jugalah kalau ayat Al-Quran untuk diperlihatkan sebagai perubatan cara Islam. Itu pun bukan dengan bacaan terpekik terlolong!

Tapi kalau hantu yang ditonyoh mukanya oleh jurumekap sampai sehodoh mungkin, mencekik orang sampai mampus, apa kejadahnya tu? Ia sebuah rekaan. Atau kata lain, KEBOHONGAN.

Mengapa kita biarkan ayat Al-Quran dimain-mainkan dengan KEBOHONGAN? Mengapa kita biarkan pembuat filem menyekutukan ayat-ayat suci dengan pembohongan?

Jika hendak membuat cerita bohong, wujudkan pawang pembohong dengan membaca jampi serapah bohong juga. Itukan lebih bagus!

Al-Quran bukan kitab penghalau hantu. Ia adalah kitab panduan umat akhir zaman dalam meningkatkan keimanan dalam mengesakan Allah SWT. Bacaannya dilagukan, bukan dengan terjerit-jerit.

Sebaik-baik ayat untuk mengelak gangguan jin ialah ayat ke 255 Surah Al Baqarah yang dibaca dalam hati dengan iktikad bahawa makhluk tidak mempunyai kuasa. Hanya Allah empunya kekuasaan.

Kita jangan lupa bahawa pendakyah anti-Islam sejak dahulu memfitnah bahawa Rasulullah dirasuk syaitan semasa mendapat wahyu dan kononnya Al-Quran itu wahyu dari syaitan. Nauzubillah.

Mengeksploitasi ayat Al-Quran dalam cerita-cerita hantu hanya memburukkan lagi persepsi bukan Islam, malah satu hari nanti, mungkin anak-anak muda yang dilahirkan Islam yang tidak berpendidikan Islam akan berfikiran serupa.

Filem hantu Melayu hari ini benar-benar sesat lagi menyesatkan. Tidak berlebihan untuk menyebut, ia memang memalukan seluruh umat Islam di mata orang bukan Islam.


Sedih teman mendengar kisah pelajar tahfiz yang ke pusat pendidikan tersebut untuk tujuan murni, dikerah menjadi 'hamba' pihak institusi pendidikan tersebut untuk melakukan jualan amal sampai tengah malam.

Teman pernah didatangi pelajar tahfiz yang berada dalam keadaan dilema seperti ini menjual kitab-kitab dan ada yang menjual minyak angin. Dari riak wajah mereka, teman dapat lihat mereka keletihan, kerunsingan dan kebingungan dengan apa yang sedang mereka lakukan, sebelum datangnya sebuah van mengambil mereka untuk dibawa pulang sebelum dihantar lagi ke destinasi lain pada hari yang lain.

Teman tak faham mengapa pihak terbabit tergamak memperalatkan anak-anak yang seharusnya menghabiskan masa menumpukan perhatian ke atas proses pembelajaran ini untuk keuntungan mereka.

SHAH ALAM – Seorang bekas penuntut di pusat tahfiz, Ambang Kota, Lukut mendakwa, dia pernah dikerah seperti seorang hamba untuk menjalankan kegiatan jualan amal sehingga lewat malam setiap hari.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Naufal, 21, memberitahu, dia mula menuntut di pusat tahfiz tersebut ketika berusia 11 tahun sebelum berpindah ke pusat tahfiz yang sama di Yan, Kedah ketika berusia 13 tahun.
Menurut Naufal, sepanjang enam tahun berada di kedua-dua pusat tahfiz berkenaan, dia diperlakukan seperti seorang hamba dengan setiap pelajar mesti mencapai sasaran jualan sehingga RM300 sehari.
“Jika ia gagal dicapai, kami akan dimarahi dan dikenakan denda. Saya pernah didenda ketuk ketampi sampai lutut saya lembik serta tidak bermaya.
“Biasanya, kami yang tinggal di Yan ketika itu, akan dihantar sekitar Kuala Lumpur selama tiga hari untuk melakukan aktiviti jualan,” ceritanya sambil menyatakan dia meninggalkan pusat tahfiz berkenaan ketika di tingkatan 4 dan kembali ke pangkuan keluarga kerana tidak tahan diperlakukan seperti hamba.




Taktik Terkini Puak Celaka PAS! Mereka Mengedarkan surat palsu yang menggunakan Letter Head Majlis Daerah Labis meminta orang ramai hadir hadir ke Dewan Majlis Daerah esok untuk menerima sumbangan sebanyak RM 300 seorang.Laporan Polis telah dibuat sebentar tadi!


Gambar diatas adalah gambar mangsa surat palsu yang mengadu pada Datuk Ahmad Maslan berkenaan hal ini. Puak pas khawarij yang makin terdesak nampaknya untuk meraih undi. Mereaka menggunakan 1001 cara tak kira haram sekalipun demi untuk meraih undi. Sungguh celaka puak-puak PAS!


Kalau dah bukan Islam, jangan masing-masing nak tunjuk sapa lebih champion bercakap tentang Islam. Baik Chua Soi Lek, mahupun Teng Chang Kim, dua-duanya munafik. Dua-dua patut diam.

Chua Soi Lek menjadi tumpuan di Facebook apabila kenyataannya disebarkan. Dia menyebut "Apa yang bagusnya mengenali ajaran Islam sedangkan saya tak menganut agama itu." Agak celaka jugalah ayatnya.

Chua Soi Lek memang diketahui sejak menjawat jawatan Menteri Kesihatan sebagai Cina anti Melayu apabila menolak khidmat pemandu Melayu yang disediakan oleh pihak pengurusan kementerian dan mengambil pemandu India.

Di ruang Facebook, para pengguna yang dikenali menyokong BN juga mula menyelar Chua Soi Lek dan tidak diketahui itu mempengaruhi corak pengundian mereka atau tidak. Mereka menyebut, kerana tidak Islam lah Chua Soi Lek tanpa rasa malu naik jadi Presiden MCA walaupun satu negara melihat anu nya.

Teng Chang Kim, Speaker DUN Selangor pula dalam memberi reaksi kenyataan Chua Soi Lek menyebut "Inilah bukti rendahnya pemahaman yang ada diantara parti dalam Barisan Nasional yang kononnyatelah berjaya mengintegrasikan berbagai kaum."

Teman nak tanya, DAP dan PAS telah berjaya kah? Teresa Kok masuk masjid dengan keadaan yang tidak dibenarkan Islam menunjukkan pemahaman yang baik kah DAP ke atas Islam?

Ronnie Liu membantah larangan orang Islam bekerja di premis arak tu, pemahaman yang baik mengenai Islam kah?

Pokok pangkalnya, orang Cina lebih baik diam daripada menyanggah sesama sendiri berhubung siapa yang lebih memahami Islam.

Ini kerana mereka tidak kira dalam kerajaan mahupun pembangkang, hanya berdusta belaka.


Anwar dalam blognya tiba-tiba hendak menjadi hero tua ala Rajinikand dalam isu membabitkan Raja-raja Melayu. Dia menuduh UMNO yang mempelekeh raja-raja Melayu dengan peristiwa tahun 1993.

Jika hendak dibawa kisah tahun 1993, kenapa tak boleh berfikir bahawa dari tahun 1993 hingga 1998, dia yang menjadi orang kedua terpenting dalam kerajaan, tidak membawa apa-apa kebaikan ke atas institusi raja.

Malah, Anwar sebaik jadi TPM, telah mencetuskan pindaan perlembagaan 1993 ini dan umum mengetahui bahawa, sifat anti-feudal Anwar itulah yang membuatkan pindaan 1993 itu berlaku.

Sifatnya itu masih belum pudar hingga hari ini di mana dia masih berani menyebut idea republik sebagainya selepas PRU 12. Hanya setelah mendapati orang Melayu tidak suka perkara itu, Anwar mengambil langkah ke belakang.

Umum mengetahui bahawa pindaan 1993 berlaku akibat kejadian pada 1992 yang melibatkan jurulatih hoki bukan Melayu dikasari oleh seorang Raja. Jika itu berlaku hari ini, siapa yang akan menjuarai kes itu? UMNO atau PKR?

Anwar perlu berhenti dari memainkan isu 1993 kerana hari inipun dia tidak memberi sebarang komen mengenai perbuatan ADUN Sri Muda.

Seratus perkataan Anwar keluarkan, Seribu pembohongan tersingkap. Jangan cakap banyak lah.

“Pemimpin Umno seolah-olah memperkecil-kecilkan kebolehan Raja-raja Melayu untuk berfikir bagi diri mereka sendiri dan saya tidak fikir raja-raja perlu diheret begitu rupa.”
Ditanya, sama ada Pakatan akan mencuba sekali lagi untuk mengembalikan kuasa melantik setiausaha kerajaan negeri, pegawai kewangan dan penasihat undang-undang kepada sultan seperti yang diperuntukan oleh perlembagaan Selangor sebelum 1993, Anwar berkata: “Kedudukan kita… kita menghormati kedudukan (Raja-raja Melayu) seperti yang termaktub dan dijamin oleh perlembagaan monarki.
“Kuasa terletak di tangan rakyat, mandat diberikan oleh rakyat… (tetapi) apa perlunya raja-raja jika mereka tidak dirujuk seperti yang berlaku pada pindaan 1993.”
Yang menarik, pada 1993, Anwar mengakui ketika itu beliau mengetuai perwakilan Umno untuk berunding dengan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Azlan Shah yang mewakili Raja-raja Melayu berhubung perkara itu.
“Saya tahu apa yang berlaku dan saya tidak fikir Raja-raja Melayu sudah lupa pengalaman mereka, sejarah itu masih baru,” katanya. - Blog Anwar Ibrahim 

imej dari Malaysiakini

Dato Satim berjaya pada misi pertamanya mempimpin ADUN-ADUN BN untuk tidak menyokong usul pindaan perlembagaan Kerajaan Negeri Selangor. Ini kerana Khalid Ibrahim tidak memperoleh majoriti 2/3 ADUN untuk menyokong pindaan itu. Yang lebih teruk, sidang dewan tadi hanyalah tempat untuk ADUN-ADUN Pakatan Haram berkokok menyalahkan itu ini termasuk Tun Mahathir.

Terdapat beberapa kemusykilan hasil insiden ini.

1) Bukan kah Tan Sri Khalid sudah sedia maklum yang ADUN Pakatan Haram memang tak cukup 2/3 tetapi kenapa masih teruskan sidang? Bodoh kah?

2)  Tan Sri Khalid dan konco-konco Pakatan banyak menyalahkan UMNO dalam hal ini, tetapi di Dewan Undangan Negeri tetiba nak pulak undi mereka (ADUN BN) untuk pinda perlembagaan negeri sebab ADUN PR tak cukup 2/3? Ni politik cara apa?

3)Bagaimana pemikiran Tan Sri Khalid agaknya dengan cuba untuk mengenepikan Datuk Khusrin yang telah pon dilantik dan mendapat perkenan Sultan tetapi pada masa yang sama dia mengatakan ingin mengembalikan kuasa Sultan? Bukankah memberi perkenan itu juga adalah kuasa SUltan?

Tahniah Dato Satim atas sedia bertempur dengan si ganyut Azmin Ali. Macam-macam dia kutuk Tun M, padahal dulu dia anak angkat Tun M.

Tun  M siap tepung tawar
Azmin pengkhianat bersama Tun M

Tengoklah gambar-gambar ni, bukan main rapat Azmin dengan Tun M, tapi sekarang dia boleh kitai balik orang tua tu, tapi belakang-belakang berani la ko.

Berbalik kepada sidang tadi, ini bermakna sidang tadi hanya buang masa, padahal banyak lagi masalah boleh diselesaikan oleh wakil rakyat. Dato Satim juga membidas Pakatan hanya membazir wang rakyat apabila menggunakan 2 orang pakar undang-undang untuk membuat draf pindaan sedangkan Kerajaan Negeri Selangor boleh menggunakan penasihat undang-undang negeri sahaja. Ia juga satu pembaziran kerana, Khalid awal-awal sudah tahu yang Pakatan Haram memang tak cukup untuk dapat sokongan 2/3 dewan. The Sun melaporkan:

"In fact, it is a waste of the people’s money. How much was spent to employ the two legal experts to draft the bill when the task could have been relegated to the state legal adviser?" he asked."

Pakatan Haram memang tak tau tadbir, lembab dan gila kuasa.

Nampaknya PAS dah janji tak serang peribadi calon BN.tetapi ternyata PAS ini penipu dan akhirnya dibogelkan kerana calon BN telah menjawab kembali selepas itu.berani ker Normala jawab dengan kenyataan di bawah ini


SESUNGGUHNYA KALAU DAPAT LAH MAKAN AYAM KFC,SEDAPNYA SEHINGGA MENJILAT JARI 

saya dan beberapa blogger telah pergi ke satu tempat untuk bertanya kepada penduduk macam manakah perangai Nomala ini.ini lah jawapan dari penduduk.

HASIL TEMUBUAL PERTAMA :

"normala ni memang pandai berlakon.kononnya dia seorang yang prihatin dan mesra rakyat. hakikatnya dia ni sombong malah setiap kali ada rewang di tempatnya di felcra sekijang,muka dia payah nak jumpa.sekarang sibuk melawat orang konon.padahal dia ni jenis tak campur org kampung selama ni."

Kenyataan di atas merupakan satu kenyataan dari seorang Penduduk Felcra Sekijang apabila diajukan soalan mengenai keperibadian Normala Sudirman Calon PAS.Emmm Sombong dan Angkuh !!! memang tak dinafikan semua penduduk Tenang ini juga mengetahui Normala seorang yang Bongkak.

TEMUBUAL KEDUA :

"normala ni seorng guru yang pemalas dan ego.konon dia tu bagus sangat.dia bohong bila berkata ramai guru guru menyokong dia,padahal dia tak ada seorang kawan pun di sekolah.di sekolah dia ada 30 org cikgu,tapi seorang pun tak hingin berkawan dgn dia.dia ni dah macam kera sumbang kat sekolah."

Kenyataan di atas di perolehi dari Guru di sekolah yang Normala pernah jawat sebelum ini. Emmm kalau dah guru sendiri pun kata Normala ni Ego memang lekat sangatlah dengan Kenyataan penduduk Felcra Sekijang bahawa Normala ini seorang yang Bongkak.

HASIL TEMUBUAL KE TIGA :

"normala ni jenis tak kenang jasa.dia suka cari batu locatan utk dirinya.mula-mula dia akan buat baik dengan guru besar.bila guru besar dah ok dengan dia,dia tak peduli cikgu cikgu lain. lepas tu dia buat buat baik pula dengan orang pejabat pelajaran daerah (PPD). bila orang PPD dah ok dengan dia, dia tak peduli dengan guru besar pulak.lepas tu dia buat baik pulak dengan orang jabatan pelajaran negeri (jpn). lepas dah baik dengan orang jpn, dia tak peduli pula dengan orang ppd. dia boleh perlekehkan ppd & guru besar sebab kononnya dia baik dgn orang jpn. skrg bila dah terkenal sbb nak jadi adun, tengoklah macam mana dia perlekehkan pengarah pelajaran negeri johor!"

Ini juga merupakan kenyataan Seorang Guru dalam menceritakan Keperibadian Normala Sudirman kepada kita semua.

Emmm macam tu lah juga yang berlaku dengan Firdaus Masod antara Calon PAS bagi PRK Tenang ini. Sebelum ini bukan main berkerjasama mereka ini, banyak hal dalam kepimpinan PAS di jalankan oleh mereka malah siap ada Plan untuk mereka berdua ini membahagi Kerusi Dun bagi PRU 13 kelak.Namun bila Arwah Dato Sulaiman Taha meninggal Dunia mulalah si Normala Sudirman ni terus CANTAS Firdaus Masod sampaikan terpingga pinga Firdaus Masod ni.

sambil-sambil itu sila lihat video di bawah.ceramah yang nizar buat cara dia sama apa yang dia buat di tenang.


KALAU ADA LAGI TEMUBUAL KAMI AKAN DEDAHKAN LAGI.MINTA MAAF YER WAHAI PUAK PAS.ANDA TELAH MULAKAN DULU,KAMI AKAN SAMBUNG.



Oooppss...tak de orang pulak ! UMNO dah tolong pindahkan empunya rumah...

Alahai
 Normala Sudirman, calon PAS ! Kalau setakat nak berjalan-jalan berpegangan tangan dengan si suami yang dikhabarkan kuat cemburu itu, lebih baik tak usah datang langsung.


MiM respect jika Normala Sudirman boleh tiru usaha gigih Puteri atau pun 'Skuad Sayang' Wanita UMNO seperti di bawah. Barulah orang akan respect. Tapi kalau tiap kali banjir di Tenang dan suami outstation, susahlah rakyat sebab Normala perlu dipimpin oleh suami beliau!

Nampak lembik dan takut-takut pula si Normala tidak seperti wanita-wanita di bawah. Macam mana nak jadi YB ni !

Luahan dari Penduduk Sungai Kechil, DUN Sungai Bakap, Nibong Tebal


Selepas tersiarnya rintihan penduduk sungai kechil berikutan banjir di TV3, Pihak pembangkang bangkit menyurakan tidak kepuasan hati didalam laman sosial facebook.Kononnya ketidak puasan hati kerana adun kesayangan mereka turun padang semasa banjir buruk melanda sungai kechil baru-baru ini dan juga ahli perlimen Nibong Tebal bekas calon Pilihan PKR yang kini sudah menjadi adun bebas.

Gambar diatas adalah bukti kehadiran adun PKR kononnya.Nak diceritakan disini.kepada pembaca.memang ada kelibat adun PKR dari Sungai Bakap hadir tapi hanya sekejap saja rata-rata penduduk tidak terlihat langsung wajah Adun yang datang berjumpa dengan mangsa banjir bertanya permasalahan. Mungkin takut nak hulur duit kot? Ialah sebab taknak sponser makan dan bantuan.haha.

Ada cerita yg paling menarik kecewa dan lucu apabila Adun PKR Sungai Bakap menyuruh wakil penduduk membeli makanan dengan mengunakan wang poket sendiri..hahah lawak,lucu campoq kecewa hal ini telah diceritakan oleh seorang penduduk kampung Teluk semasa kehadiran adun itu ke kampung mereka. Kampung teluk diantara kampung yg terjejas akibat banjir awal bulan lalu.

Penduduk kesal sikap Ahli Parlimen dan Adun PR yang tidak ambil endah dengan penduduk dibawah kawasan mereka. Ditambah pulak dengan tekanan penduduk selepas kawasan mereka dilanda banjir,banyak barang-barang rumah dan ternakan telah musnah dan terpaksa beli peralatan rumah yang baru,kini sudah seminggu berlalu selepas banjir besar melanda kampung Sungai Kecil batang hidung wakil rakyat pon tak nampak datang menjenguk.kemana perginya slogan pakatan kononnnya CAT?

Sepatutnya masa sebegini lah wakil rakyat dari PKR ini perlu mengambil kesempatan dekatkan diri dengan penduduk disini. Rata-rata masyarakat kampong sangat kesal dgn wakil rakyat yg diwakili oleh parti PKR ini. Pemerintahan sangat berbeza ketika kawasan ini diwakili oleh parti (UMNO)Barisan Nasional. Dulu jika ada sesuatu bencana yang melanda kampung.wakil rakyat barisan nasional yg banyak membantu dari mula hingga akhir. Banyak bantuan dihulurkan dari segi Makanan,wang ringgit dan berbagai-bagai bentuk lagi. Hanya tuhan yang tahu kesedihan yg dialami oleh penduduk kampong sungai kechil ketika ini.

Kini tiada lagi tempat penduduk mengadu selain dari wakil kadun yang dilantik daripada parti (UMNO)Barisan Nasional iaitu Tuan Haji Mohd Foad(Naib Ketua UMNO Bahagian NT dan juga Dato Zainal Abidin apabila mereka ada masa lapang mereka akan datang ke kampung bertemu dengan penduduk dengan dibantu oleh Pengerusi JKKKP iaitu Tuan Haji Edaruddin.

Jutaan terima kasih kami ucapkan kerana masih ada lagi pejuang yang sentiasa membela nasib rakyat khususnya bangsa melayu dikawasan Kampung Sungai Kechil ini. Kepada pihak yg masih dibuai mimpi pembangkang sedarlah tuhan telah tunjukkan kita pemimpin yg sebenar yg boleh meminpin kita.

Kempen pilihanraya PRK Tenang menjadi lebih panas apabila jentera BN mendedahkan dalil-dalil yang diperkatakan sendiri oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Isu yang samar-samar dan kurang difahami oleh rakyat bukan Islam terserlah dan efektif apabila risalah-risalah yang disebarkan telah menyebabkan ramai penduduk bukan Islam tersedar daripada lakonan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Mereka begitu risau apabila kata-kata yang diucapkan sendiri oleh Nik Aziz Nik Mat "Saya tidak bantah DAP jadi timbalan perdana menteri saya, tetapi hanya jika awak seorang Muslim.” telah berjaya membuka hati penduduk bukan Islam di sini.


Satu lagi risalah lain adalah paparan keratan akhbar Cina yang melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pilihan Pakatan Rakyat jika mereka berkuasa kerana beliau lebih layak daripada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Kenyataan Hadi Awang itu adalah kenyataan beliau sendiri dan perlu diketahui umum. Ianya merupakan nawaitu politik parti-parti politik pembangkang yang sudah kedengaran tetapi kurang difahami dek kemahiran jentera pembangkang mengembar-gemburkan isu-isu lain untuk menutup isu-isu panas yang mereka sendiri katakan.

Realitinya, di PRK Tenang ini, parti pembangkang terperangkap di dalam permainan mereka sendiri!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...