c

Raja Petra Kamaruddin (RPK), blogger kaki penghasut nombor satu dan juga si pengecut, baru sahaja menjatuhkan sebutir lagi bom terus ke atas kepala dewa paling agungnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan mendedahkan surat daripada APCO di dalam blognya bagi menjawab tuduhan Anwar dan segala kekecohan mengenaikaitan slogan 1Malaysia dan One Israel.

Jelas, RPK sedang mencuba sedaya upaya untuk pulang dengan ‘selamatnya’. Dia sudah kemaruk untuk kembali tetapi terlalu takut untuk ke penjara.

Menurut sumber-sumber kami, RPK sedang menghampiri keadaan terdesak di mana dia sanggup melakukan apa saja untuk pulang dan tidak dipenjarakan. Apa yang paling ditakutinya ialah sikap, rahsia dan peribadinya kini berisiko untuk didedahkan kepada umum. Tidak mungkin dia digelar pengecut tanpa sebab.

RPK tidak sanggup membaca rahsia kotor hidupnya di dalam blog-blog lain. Dia merasakan yang dia perlu ‘berbaik’ dengan jurublog yang mendedahkan rahsianya agar mereka lebih berlembut dan mungkin didiamkan terus, jika perlu. Tetapi, sebelum itu dia perlu pulang ke Malaysia terlebih dahulu.

RPK berharap dengan menyerang Anwar dengan satu-satunya isu yang mampu dimainkan oleh Anwar iatu APCO, bagi pihak kerajaan, akan merupakan peluang terbaik baginya untuk mendapatkan tiket pulang sebagai manusia bebas.

Jika benar RPK adalah seorang yang bermaruah seperti mana yang disangkanya, satu-satunya cara untuk membuktikannya ialah dengan berhadapan di mahkamah.
Tidak ada ertinya maruah jika melarikan diri dari undang-undang.

Lebih mustahak ialah rakyat Malaysia berhak mengetahui apa yang diketahui oleh RPK mengenai pembunuhan Altantuya yang mahkamah mungkin terlepas pandang. Kita ingin melihat bagaimana dia membuat kesimpulan yang Rosmah terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam kes tersebut.

Kita juga perlu tahu apa yang sebenarnya berlaku di belakang tabir drama Akuan Bersumpah yang tunggang terbalik dengan orang yang terlibat hilang tiba-tiba termasuk dirinya sendiri, dari ‘tempat kejadian’ dalam drama tragi kini.

Kelihatannya RPK adalah satu-satunya individu yang tahu segalanya dari mula sehingga akhir seolah-olah dia berada dalam setiap adegan hidup Altantuya dari hubungan sulitnya, urusan perniagaannya sehinggalah ke akhir hayatnya.Agak meragukan bila RPK mengetahui segala-galanya secara terperinci seolah-olah dia adalah pengarah atau penulis skrip drama ini.

Kebenaran perlu didedahkan, bukti perlu dikemukakan dan pesalah perlu dihukum. Bukankah itu yang konon didokong oleh RPK dalam Malaysia Today?

Dalam artikel terbaru ini juga, RPK telah menghulurkan tangan kepada sahabat blogger di Malaysia menyatakan yang dia tidak sabar ingin bertemu mereka. Kata orang mengenai ‘persahabatan’, “kita boleh menilai seseorang hanya melalui sahabatnya.”

RPK adalah seorang pengecut, pengkhianat, penipu yang menampung hidup dengan cara memusnahkan negara sendiri, berpenyakit jiwa (sumber juga ada menyatakan yang dia juga punya tabiat seks yang pelik) dan juga kaki mabuk yang tidak tahu di manakah kedudukannya di dunia ini. Sesiapa yang menjadi sahabat kepadanya, pasti mempunyai sekurang-kurangnya salah satu sifat di atas untuk benar-benar memahami satu sama lain.

Atas nama maruah, keadilan, ketelusan dan terutamanya, kecekapan yang mana kita telah diperlekehkan, RPK harus pulang dan dilayan seperti seorang pesalah.
Dia harus diheret ke mahkamah seperti mana-mana pelarian undang-undang yang lain. Dia perlu dihukum atas perbuatannya seperti mana pesalah jalanan yang lain.

Dia harus dikejutkan dari mimpinya konon dia seorang wira dan lelaki budiman yang berprinsip. Dia harus dibawa ke alam realiti dan menghadapi kebenaran mengenai dirinya yang kotor, hodoh dan busuk lagi memualkan itu.

RPK tidak pernah berfikir dua kali bila menulis pembohongan di blognya. Dan pastinya dia tidak punya rasa simpati kepada mereka yang telah disasarkan untuk dimusnahkan.Justeru, kita tidak harus bersimpati kepadanya juga; bukan kerana Malaysia membencinya tetapi kerana dia tidak pernah menyayangi Malaysia.

Malaysia adalah neraka di matanya, apakah yang membezakannya kini? Anwar adalah penyelamat baginya walaupun seorang gay, kenapa pula Anwar adalah penipu di matanya kini? Pakatan Rakyat adalah yang paling berkebolehan, cekap, telus dan bersih, kenapa mereka berbeza pula di matanya kini?

RPK tidak boleh memperbodohkan penulis. Bolehkah dia memperbodohkan anda?

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...