Ramai yang tertanya-tanya dengan perletakan jawatan Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar sebagai Pengerusi Syarikat Kedah Sato Sdn Bhd, syarikat GLC kerajaan PAS Kedah. Penulis pun musykil terutamanya apabila Mahfuz Omar tidak menerangkan dengan terperinci tindakan drastik beliau itu dan membiarkan kita tercari-cari jawapannya!


Khabaran yang kita dengar ialah Mahfuz tidak bersetuju dengan penganugerahan projek kepada pihak yang tidak mengambil bahagian dalam tender dan tidak mengikut peraturan. Persoalannya, kenapakah Mahfuz Omar sebagai Pengerusi syarikat tersebut tidak mempunyai kuasa eksekutif untuk menidakkan penganugerahan tersebut?

Jawapan yang hampir kepada persoalan di atas ialah terdapat pihak lain yang lebih berkuasa serta dapatover ride kuasa eksekutif Mahfuz Omar. Siapakah mereka?

Mereka adalah pihak-pihak tertinggi di dalam syarikat Bina Darulaman Berhad (BDB), syarikat induk yang mempunyai beberapa anak syarikat termasuk syarikat Kedah Sato S/B yang dipengerusikan oleh Mahfuz Omar!

Penulis tidak menuduh tetapi mahukan kepastian kerana artikel di bawah ini menghubungkaitkan kontroversi Mahfuz Omar dengan syarikat BDB. Rujuk di bawah :-


Diberitakan suhu panas yang memuncak disebabkan berlakunya pertembungan diantara Pengarah Urusan Kumpulan BDB, Dato’ Jahubar Sathik dengan Pengerusi Kedah Sato, YB Dato’ Haji Mahfuz Omar berhubung isu pelantikan IJM sebagai ‘Total Sub-Contractor’ kepada Kedah Sato untuk kerja-kerja membina dan menyiapkan kampus baru KUIN di Kuala Ketil.

(nota: Kerajaan Negeri Kedah telah melantik Kedah Sato Sdn. Bhd. secara terus melalui konsep ‘Design n Build’, Kerajaan Negeri turut mengenalpasti dan menjamin pembiayaan kewangan dari institusi-institusi kewangan.)



Dato’ Jahubar Sathik berkeras untuk terus melantik IJM tanpa melalui proses tender atau sebut harga. YB Dato’ Mahfuz dikatakan tidak bersetuju sekiranya pelantikan IJM tidak melalui proses tersebut.

Beliau juga mahu diletakkan syarat agar kontraktor tempatan turut diberi peluang untuk terlibat dengan kerja-kerja pembinaan yang bersesuaian oleh ’Total Sub-Contractor’ yang bakal dilantik.

Perkembangan terbaru ini amat memeritkan untuk ditelan oleh Dato’ Jahubar Sathik n The Gang ( Din KoKo dan YB Din Anak Bukit ), manakan tidak perancangan yang telah disusun-atur berbulan-bulan lamanya dan sudah terlalu banyak yang dibelanjakan, tiba-tiba menghadapi halangan dan tentangan keras di saat akhir.

Banyak kepentingan akan tergadai. ” Bangkai yang cuba disembunyikan, terhidu jua akhirnya.”

Langkah terakhir yang mampu dilakukan ialah dengan memukul canang yang menyatakan bahawa YB Dato’ Mahfuz Omar menentang pelantikan IJM kerana didalangi oleh beberapa kontraktor Cina di belakangnya.

SMS sedang berlegar-legar dari inbox ke inbox. Din KoKo perlu berkeras mematahkan tentangan dan halangan demi membuktikan kesetiaan dan menyelamatkan kepentingan yang bakal tergadai. - 
Helang Kedah
p/s :- So, YB Mahfuz Omar. Betulkah YB frust dan letak jawatan kerana tak dapat habuan dari kontraktor-kontraktor Cina di Kedah?

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...