Di sini disertakan artikel penulis yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia yang menyebabkan Lim Guan Eng melenting dan kemudian menuduh penulis pula yang menyebarkan fitnah terhadap beliau.

Respons Guan Eng begitu standard. Beliau cepat menuduh pihak lain membuat fitnah untuk menutup kesalahan beliau sendiri.


Seperkara lagi, portal pro-pembangkang telah spin isu ini seolah-olah Guan Eng adalah mangsa fitnah. Situasinya akan memihak kepada Guan Eng apabila olahan berita portal ditulis sekerat-kerat dan tidak menceritakan perkara yang sebenarnya.

Malah blog bapa Lim Guan Eng pun telah menyiarkan laporan berita yang sekerat-kerat itu. Apakah itu adil namanya?

Baca artikel 'kontroversi' di bawah yang menyebabkan Guan Eng terasa dan melenting :-


MUNGKIN Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tidak tahu atau tidak faham dengan peribahasa Cina iaitu Cónglái bu xie le yi feng xìn, ér ni shì shengqì (never write a letter while you are angry). Kerana itu Guan Eng telah dikecam hebat dek kenyataan beliau semasa konvensyen pembangkang baru-baru ini.



(Perhatian : Kenyataan penulis adalah berdasarkan kepada kenyataan Guan Eng yang berkata tentang 'siapa yang bukan Malaysia sebenarnya? Who are not the real Malaysian?'.

Dan Guan Eng dengan jelasnya telah mengatakan :- Kebanyakan mereka pendokong dan peminat Utusan Malaysia dan BN yang hanya peralatkan isu 3R (race religion rajah). KLIK SINI )

Apakah pembaca 200,000 naskah sehari Utusan Malaysia boleh diperlekehkan sabagai bukan rakyat Malaysia seperti tuduhan Lim Guan Eng?

Inilah persoalan asas yang perlu direnungi oleh kita bersama apabila Lim Guan Eng menyatakan perkara tersebut semasa Konvensyen Pakatan Rakyat ke-2 di Kepala Batas baru-baru ini.

Kita tentu marah kerana Lim Guan Eng nampaknya telah membesarkan skop kebencian beliau yang kini bukan sahaja melibatkan parti BN dan UMNO tetapi rakyat Malaysia secara
keseluruhannya.

Dan sudah tentu kita tidak dapat lari dari memikirkan bahawa Lim Guan Eng semakin benci dengan kaum Melayu kerana orang Melayu yang membaca Utusan Malaysia!


Adalah tidak adil apabila seorang cauvinis mempersoalkan kerakyatan seseorang warganegara hanya kerana membeli Utusan Malaysia. Ianya ternyata menyerlahkan lagi kebaculan dan keangkuhan Lim Guan Eng yang semakin tidak sedar diri tentang kepincangan dan ketidakupayaan beliau menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang selama ini.


Realitinya, Lim Guan Eng adalah seorang diktator yang tidak mahu menerima sebarang kritikan walau pun kritikan itu bertujuan untuk memperbetulkan sikap beliau yang rasis dan berat sebelah.


Malah, tuduhan Lim Guan Eng yang mempertikaikan kerakyatan mana-mana pihak yang 'meraikan' tragedi 13 Mei juga merupakan satu tuduhan yang melulu dan tidak berasas.




Hakikatnya, tidak ada satu pihak pun yang mahu 'meraikan' tragedi 13 Mei tetapi pihak-pihak ini mahu jadikan tarikh tersebut sebagai satu peringatan tentang betapa rapuhnya keamanan di antara kaum-kaum di negara ini jika sensitiviti di antara kaum-kaum tidak dijaga dengan nyawa dan raga.


Adalah tidak salah malah patut digalakkan apabila ada pihak yang sentiasa prihatin dan saling ingat-mengingati sesama kita, rakyat Malaysia. Kelantangan Lim Guan Eng mempersoalkan isu 'meraikan' tragedi 13 Mei tentunya mendatangkan persoalan, kenapa Lim Guan Eng melenting?

Apakah kerana beliau tidak mahu rakyat lebih berminat untuk mengetahui sebab-sebab berlakunya tragedi tersebut atau tidak mahu rakyat tahu tentang penglibatan aktif parti DAP yang mencetuskan tragedi 13 Mei?


Jika Lim Guan Eng berfikiran rasional, beliau sepatutnya bersikap positif tentang tragedi tersebut kerana ianya telah lama berlaku dan kita boleh berubah demi kesejanteraan rakyat Malaysia.

DAP boleh berubah sama seperti sekarang di mana parti tersebut sudah bersekongkol dengan parti PAS walau pun parti tersebut tidak akan mungkin akan bersetuju dengan perjuangan 'islamik' parti PAS.



Seperkara lagi, Lim Guan Eng ternyata tersalah langkah apabila menimbulkan isu 3R (race, religion dan royal) yang dikononnya diperlatkan oleh BN dan UMNO. Tuduhan melulu beliau itu jelas menunjukkan seorang pemimpin DAP yang tidak pernah menghargai pencapaian dan kemakmuran yang telah dikecapi oleh negara Malaysia selama ini.

Apakah Guan Eng buta mata dan hati sehingga tidak nampak pencapaian ekonomi dan pendidikan bangsa beliau sendiri di negara ini?


Jika benar parti UMNO hanya mementingkan bangsa Melayu sahaja, tidak mungkin bangsa-bangsa lain yang menerajui ekonomi negara selain daripada bangsa Melayu. Tetapi tidak. Dan selama ini, tidak pula timbul cetusan dan perbandingan di antara kaum-kaum yang deskruktif dan sehebat ini tetapi ianya semakin menyerlah dan mendatangkan keresahan kita semua.

Ini semua adalah hasil daripada modus operandi parti DAP sendiri dan diberi lampu hijau oleh Anwar Ibrahim.
Parti DAP dan Pakatan Rakyat yang berulang kali mengaitkan UMNO dengan 'ultra-Melayu' di setiap ceramah, perjumpaan dan sidang akhbar jelas menunjukkan ulangan kepada modus operandi parti pembangkang sebelum ini yang melabelkan UMNO/BN sebagai parti rasuah.

Modus operandi sebelum ini mungkin hampir berjaya menimbulkan persepsi negatif terhadap parti UMNO dan BN tetapi kali ini, Lim Guan Eng telah tersilap langkah. Hari ini beliau bukan sahaja berdepan dengan UMNO dan BN sahaja tetapi rakyat Malaysia terutamnya kaum Melayu.


Hari ini beliau bukan sahaja berdepan dengan UMNO dan BN sahaja tetapi rakyat Malaysia terutamanya kaum Melayu. Tetapi bak perpatah Melayu, terlajak perahu boleh diundur terlajak kata buruk padahnya!

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...