Isu Karpal Singh yang sebelum ini beria-ia mengatakan Anwar Ibrahim terbabit di dalam aktiviti homoseksual, bukan lagi satu perkara yang asing untuk kita. Pelbagai versi yang kita telah baca dan dengar. Tetapi fakta-faktanya konsisten dan tidak berubah.

Yang terbaru ialah kenyataan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong. Rujuk versi beliau pula :-

KUALA LUMPUR 28 Dis. - Selepas sekian lama berdiam diri, Pengerusi DAP, Karpal Singh akhirnya mengaku pernah mendesak supaya bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim disiasat kerana didakwa oleh beberapa pihak terlibat dengan perbuatan liwat.

Apa la si Anuwar ni kelentong aku lagi ni?

Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong berkata, Karpal dalam pengakuan yang disiarkan menerusi laman web www.malaysia-instinct.com pada Selasa lalu menjelaskan, desakan yang dibuatnya pada 1997 adalah atas kedudukannya sebagai wakil rakyat pembangkang di Dewan Rakyat.

"Saya sendiri telah mendedahkan di Dewan Rakyat baru-baru ini bahawa dalam satu ceramah DAP di Hotel Federal di Kuala Lumpur pada 1997, Karpal telah menyatakan bahawa beliau mempunyai bukti Anwar terlibat dalam kegiatan liwat.

"Akhirnya pendedahan saya disahkan sendiri oleh Karpal, jika tidak sudah pasti satu lagi saman fitnah akan difailkan beliau terhadap saya. Surat saman terbang di merata tempat. Ini adalah menakutkan," katanya dalam blog http://weechookeong. wordpress.com hari ini.

Dalam perkembangan lain Choo Keong berkata, beliau masih menunggu penjelasan Ahli Parlimen Bukit Gelugor itu berhubung tindakannya mengubah pendirian untuk terus menyokong Anwar sebagai Ketua Pembangkang.

"Pada 8 Februari 2009, Karpal telah membuat desakan supaya Anwar meletakkan jawatan sebagai ketua pakatan pembangkang.

"Sebulan selepas itu iaitu pada 8 Mac (2009), beliau telah berpusing dengan menyatakan Ahli Parlimen Permatang Pauh boleh kekal sebagai ketua pembangkang kerana mendapat sokongan semua Ahli Parlimen pembangkang," ujarnya - Utusan Malaysia.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...