Dua orang kuat PKR tumbang dalam pemilihan jawatan utama Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC).

Syed Shahir Syed Mohamud (gambar) yang merupakan Ahli Majlis Pimpinan PKR dan Ketua cabang Kelana Jaya parti itu gagal mempertahankan jawatan sebagai Presiden MTUC yang disandangnya selama dua penggal.

Timbalan beliau sebelum inim Mohd Khalid Atan yang mahu kongres tu bebas dari pengaruh politik menang jawatan itu.

Mohd Khalid mendapat 255 undi sementara Syed Shahrir 213 undi.

Sementara itu Ahli Parlimen PKR Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid yang merupakan regu Syed Shahrir tewas dalam pemilihan jawatan Setiausaha Agung MTUC.

Jawatan itu dimenangi oleh, Abdul Halim Mansur.Beliau mendapat 188 undi manakala Abdullah 165.

Seorang lagi calon J Soloman dapat 117 undi.

Syed Shahrir mengetuai MTUC pada tahun 2004 apabila beliau menewaskan Datuk Zainal Rampak.
Jawatan Timbalan Presiden MTUC juga dimenangi oleh regu Mohd Khalid.

Mohd Jaafar Abdul Majid mendapat 170 undi menewaskan dua calon lain P Maniam 157 undi dan Abdul Razak Md Hassan 140 undi.

MTUC mempunyai 500,000 ahli di seluruh negara.

Pemilihan MTUC dijalankan di Bangunan Ladang, Petaling Jaya

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...