Pada tahun 1997, Karpal Singh pada persidangan Dewan Rakyat menuduh Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai peliwat. Dalam ceramah DAP pada tahun yang sama di Hotel Federal kemudiannya, beliau mendakwa mempunyai bukti bahawa Anwar terlibat dalam aktiviti seks songsang itu.
Hari ini, dia membela Anwar dari tuduhan tersebut pula.
Jadi, adakah Karpal benar-benar percaya yang Anwar bersalah pada waktu itu? Adakah Karpal benar-benar mempunyai bukti mengenai salah laku seks Anwar?
Apakah Karpal menipu di Parlimen? Apakah Karpal menipu dalam ceramah DAP?
Atau apakah Karpal sedang menipu hari ini?
Memandangkan Anwar telah didapati bersalah dalam kes liwat I, dengan ketiga-tiga hakim mengesahkan bahawa mereka percaya Anwar terlibat denganaktiviti homoseksual, maka sahlah juga bahawa Karpal TIDAK berbohong di Parlimen apabila membuat dakwaan Anwar meliwat.
Namun hari ini, Karpal menyatakan bahawa segala tuduhan yang dibuatnya terhadap Anwar ketika itu hanyalah atas dasar kedudukannya sebagai pembangkang di Parlimen.
Dalam erti kata lain, Karpal menyatakan bahawa dia telah menipu di Parlimen hanya untuk mendapatkan sedikit keuntungan politik bagi DAP.
Jika benar, maka ia juga bermakna Karpal juga telah menipu dalam ceramah DAP bahawa dia mempunyai bukti terhadap salah laku Anwar tersebut.
Kesimpulannya Karpal adalah seorang penipu. Hari ini atau pada waktu itu, dalam hal ini atau dalam yang terdahulu, Karpal, seorang pemimpin DAP telah menipu seluruh rakyat Malaysia.
Apakah ia satu kebiasaan, sesuatu yang boleh diterima dalam perlakuan politik Pakatan Rakyat untuk mengemukakan pembohongan yang nyata kepada rakyat demi untuk meraih sokongan?
Jika menipu mengenai fakta dan angka bukan perkara besar dalam PR dan mengira bahawa rakyat menerima penipuan sebagai satu ‘strategipolitik yang bijak’, entah apalagi perkara lain yang dibohongi oleh DAP, PKR dan PAS terhadap rakyat?
‘Berbohong’ adalah satu penyakit. Ia boleh merebak dan membahayakan sesiapa yang berjangkit. Satu pembohongan seringkali membawa kepada pembohongan yang lebih besar sehingga semuanya musnah sama sekali. Anwar adalah pembawa virus penipu ini, begitu juga Raja Petra Kamaruddin (RPK) dan mereka berdua tidak dapat dipulihkan lagi. Kini, kita tahu bahawa Karpal juga telah berjangkit dan tidak dapat dipulihkan.
Apa yang Karpal boleh lakukan untuk terus hidup ialah meneruskan pembohongan. Berjaga-jagalah kerana pembohongan Karpal seterusnya pastinya lebih besar dan memudaratkan.
Perkara terburuk sering bermula dengan satu penipuan ‘sunat’, dan penipuan‘haram’ pastinya membawa kepada sesuatu yang jauh lebih buruk dari yang terburuk.
Mungkin pemimpin PR yang telah disahkan dijangkiti penyakit 'berbohong' perlu dikuarantin untuk memastikan penyakit ini tidak merebak. Semakin banyak pemimpin seperti ini bercakap, semakin merbahayalah mereka bukan sahaja kepada negara, tetapi juga kepada parti mereka sendiri juga.
0 Responses so far.
Post a Comment