Kelmarin kita dihidangkan dengan tindakan kebudak-budakkan Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor yang mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia di Selangor.

Terdapat beberapa pihak yang telah membantah tindakan childish Khalid Ibrahim tersebut.

Satu lagi info terbaru yang penulis terima pula melibatkan sayap Kerajaan Khalid Ibrahim iaitu Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS). Ianya melibatkan developers yang membangunkan kawasan perumahan di Selangor.

Penulis difahamkan bahawa terdapat klaus yang mengatakan bahawa PKNS telah melarang pemaju perumahan untuk mengeluarkan iklan melalui media cetak Utusan Malaysia dan sekumpulan dengannya! Apakah benar dakwaan tersebut?

Jika benar, kerajaan negeri Selangor memang tidak profesional dan kebudak-budakkan terutamanya si Menteri Besar Selangor itu sendiri!

Persoalannya,

1. Apakah si Khalid Ibrahim tidak tahu bahawa Utusan Malaysia merupakan suratkhabar berbahasa Melayu yang tertinggi sekali pengedarannya di negara ini dan pembacanya terdiri daripada orang Melayu termasuk mereka yang tinggal di Selangor?


2. Apakah Khalid Ibrahim tidak sedar bahawa tindakan beliau itu sebenarnya telah menyekat hak kaum Melayu untuk membeli rumah di Selangor kerana projek tidak diketahui oleh lebih ramai orang Melayu?

3. Bukankah itu satu penindasan terhadap kaum sendiri namanya, wahai Khalid Ibrahim, MB Selangor?


p/s : Nak bukti surat pekeliling PKNS ? Tak lama lagi, Guan Eng pun buat yang sama kot?

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...