MERLIMAU: Tan Sri Muhyiddin Yassin mempertikaikan sikap pemimpin pembangkang yang bukan saja tidak rasional apabila enggan mengiktiraf kejayaan dan pembangunan dibawa kerajaan Barisan Nasional (BN), malah sering menabur fitnah dan dakyah semata-mata untuk memancing undi pilihan raya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, pembangkang juga gemar menokok tambah berita semata-mata untuk mendapatkan sokongan pengundi.
Katanya, dalam suasana pilihan raya kecil, pihak pembangkang langsung tidak menyentuh inisiatif kerajaan atau usaha kerajaan melonjakkan pertumbuhan ekonomi, sekali gus menjana pendapatan rakyat berlipat kali ganda. “Jika pembangkang bersikap rasional mereka mesti iktiraf mana yang betul, mana usaha yang baik, mana pencapaian dicatat oleh negara kita dalam pelbagai bidang dan kemajuan dinikmati oleh rakyat, ini harus diakui.
“Bagaimanapun, kita tahulah 'peel' (perangai) pembangkang, baik PAS, Keadilan (Parti Keadilan Rakyat), DAP, apa saja yang kita lakukan tidak betul, malah ditokok tambah, mereka buat pembohongan.
“Mungkin bagi mereka apa gunanya menyebut kejayaan itu kerana ia secara tidak langsung mengiktiraf apa yang dilakukan oleh kerajaan, sebaliknya mereka lebih suka mencanang berita buruk, fitnah dan pembohongan," katanya.
Beliau berkata demikian pada majlis Anugerah Kecemerlangan Pelajar Penilaian Menengah Rendah (PMR) 2010 dan Jamuan Rakyat di Sekolah Menengah Kebangsaan Dang Anum di sini, semalam.
Muhyiddin turut menyampaikan anugerah kepada 34 pelajar cemerlang kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang memperoleh semua A dalam PMR tahun lalu. Turut hadir, isteri Timbalan Perdana Menteri, Puan Sri Norainee Abdul Rahman; Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau, Roslan Ahmad.
Muhyiddin juga menyifatkan fatwa yang dikeluarkan pembangkang setiap kali berlangsung pilihan raya juga boleh membawa kesan kepada akidah umat Islam di negara ini.
Khabarnya banyak pihak terperanjat pendedahan pasal poster calon PAS di Kerdau yang guna data atau logo rasmi kerajaan negeri Pahang selain pamer logo DAP serta PKR sedangkan Hasanuddin Salim calon PAS.
Agenda Daily Melaporkan Perbuatan itu jelas tunjuk PAS bukan saja terdesak tetapi tidak hormati undang-undang kerajaan negeri serta peraturan ditetapkan SPR melarang penggunaan logo parti tidak bertanding atau logo lain sewenang-wenangnya.Peraturan ini sudah dimaklumkan SPR kepada setiap parti yang bertanding.Tetapi biasalah pembangkang- cakap tak serupa bikin.Sebelum ini,mereka selalu salahkan SPR,tidak adil dan telus, ikut telunjuk kerajaan tetapi alih-alih mereka yang selalu langgar peraturan.
calon PAS ini menggunakan crest yang hanya digunakan oleh istana negeri Pahang
Timbalan Pengerusi SPR,Datuk Wan Ahmad Wan Omar sendiri mendedahkan,perbuatan PAS di Kerdau bukan pertama kali malah parti itu juga buat perkara serupa ketika PRK Bagan Pinang,Negeri Sembilan.
"Ini bukan kali pertama, teguran dan peringatan sama pernah diberikan kepada PAS di Bagan Pinang dan kali ini, mereka mengulanginya di Kerdau,” katanya mengulas pendedahan tersebut.
Mungkin ramai tidak tahu,PAS sebenarnya bersendirian mengharung ‘perang’ di Kerdau.Sekutu parti itu, PKR dan DAP ibarat lepas batuk di tangga sahaja kerana mereka tahun PAS bakal kecundang sama ada di Kerdau mahupun PRK DUN Merlimau.Sudah masuk hari ke enam, boleh di kira dengan jari pemimpin kedua-dua parti itu yang datang membantu calon PAS.Mungkin pada hari penamaan calon ramai yang hadir termasuk Lim Kit Siang dan PKR hanya hantar Fauziah Salleh.
PAS tiada pilihan lain kecuali buat poster pamer logo DAP dan PKR dengan harapan dapat tarik lebih ramai pengundi.Parti itu juga tiada isu di Kerdau kecuali berkali-kali kata kerajaan Pahang bankrap.Peliknya,kalau benar kerajaan Pahang bankrap, apa perlu PAS letak calon dan mahu pemimpinnya jadi wakil rakyat di negeri itu ???
Kalau benar-benar bankrap,tidak dengar pula dua wakil rakyat PAS di Pahang tidak dapat elaun masing-masing.Sebenarnya,PAS yang bankrap.PAS bankrap idea.PAS bankrap pemimpin.Sebab itu mereka tiada isu di Kerdau dan sebab itu mereka letak calon kitar semula bertanding.
Penggunaan logo kerajaan negeri,pamer logo parti tidak bertanding juga bukti PAS bankrap idea untuk berdepan jentera BN. PAS kini tiada pilihan lain kecuali bersedia meratap kekalahan di Kerdau dan Merlimau selepas tumbang mengejut di Galas dan kecundang di Tenang
Persatuan Anak Felda Kebangsaan (ANAK) yang diketuai oleh Mazlan Aliman mendakwa Felda Plantation yang mengawal 367,710 hektar ladang merupakan organisasi haram. Presidennya, Mazlan Aliman mendakwa, pemilikannya itu bertentangan dengan Akta Penempatan Berkelompok (GSA) 1960 yang didakwa menetapkan pemilikan anya oleh individu dan koperasi sahaja.
Tapi Pakatan Rakyat adakah sebuah pertubuhan Halal?
Mazlan juga menjelaskan, jika pakatan ambilalih oleh DAP dan PAS Felda akan lebih selesa
Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata Buku Jingga yang dilancarkan oleh pembangkang mengandungi beberapa janji jika mereka menang dalam pilihan raya umum akan datang, hanyalah satu umpan politik. Beliau berkata pembangkang mampu membuat pelbagai janji untuk memancing undi rakyat kerana mereka bukan kerajaan yang memerintah negara pada masa ini. "Bila tak ada kuasa memanglah boleh buat janji macam-macam, kalau dia menang pun bukan dia nak jadi kerajaan pusat. Kalau tak jadi kerajaan pusat dia tidak boleh buat apapun, jadi bolehlah janji," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan rasmi ke Universiti Antarabangsa Al-Madinah (MEDIU) di sini, Rabu. Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai tindakan pembangkang menggunakan Buku Jingga dalam kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau dan Kerdau. Buku Jingga yang yang diperkenalkan pada tahun lepas mengandungi tawaran termasuk menaikkan elaun guru, menghapuskan sistem tol dan memansuhkan Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Ronnie Liu kata "Di Kelantan PAS perintah, ada jalan raya ka? (Penonton jawab: Ada) Fasal di kelantan tak ada Umno. Umno kalah di Kelantan. Sampai Kota Bharu, naik kereta lembu. Di Kelantan ada hospital? Tak ada, kalau sakit panggil bomoh.
Apa lah si Ronnie Liu ini merapu tak tentu arah, yang 'bestnya' orang Melayu Pas sanggup buang masa dok melangut dengar Ronnie Liu merapu macam orang mabuk
"Di Kelantan ada balai polis ka? Tak ada, kalau bergaduh panggil tok penghulu,
Hanya orang bodoh sahaja yang suka dengar orang mabuk DAP ni berceramah
isu pembangunan kg baru semakin hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.
seperti biasa pas melalui wakilnya dr lolo melakukan penentangan akan draf pembangunan yang dibentangkan.
mungkin dr lolo mahu mengekalkan mentaliti jumud mainan politik pas. selagi rakyat susah, selagi itu pas boleh mengoptimakan isu demi meraih populariti politik.
pas tidak mahu rakyat cerdik. pas tidak mahu rakyat menerima pembaharuan fizikal dan spiritual.
jika nik ajis mengakui gagal dalam menangani isu kekotoran tandas masjid di kelantan selama 20 tahun , apa pulak level kemajuan yang hendak dibawa oleh dr lolo yang laklok ?
benarkah dr laklok mendapat sokongan luar biasa penduduk kg baru ?
Perbicaraan kes liwat membabitkan Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menyaksikan peguambela meneruskan soal balas terhadap juru analisis audio dan video Makmal Forensik PDRM, ASP Fauziah Che Mat. Dalam keterangannya, Fauziah berkata pada 3 Julai 2008, pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Periere datang ke makmalnya untuk menyerahkan dua bungkusan yang mengandungi cakera keras video keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) untuk dianalisis. Peguambela, Sankara Nair seterusnya merujuk catatan rakaman video Khamis lalu yang mengesan kehadiran individu yang dipercayai pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menggunakan kereta Fiat Ulysse dengan nombor pendaftaran WPK 5925 masuk ke kawasan kondominum itu pada jam 2.47 petang melalui pintu utama. Khamis lalu mahkamah dipertonton video CCTV kondominium Desa Damansara bertarikh 26 Februari 2008. Dalam video itu, mahkamah mengenalpasti kelibat tujuh individu dan kenderaan termasuk Saiful yang keluar masuk kawasan kondominium berkenaan sekitar jam 12 tengahari hingga 4 petang pada tarikh yang sama. Sankara cuba membuat provokasi dengan mempersoal sikap profesional juru analisa anggota polis berkenaan namun dibantah Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof Zainal Abiden. Mahkamah kemudian memanggil ketua bahagian Audio Video PDRM, ACP Fazil Ahmad ke kandang saksi untuk memberi keterangan. Fazli pula pada keterangannya berkata beliau dihubungi oleh DSP Jude pada 30 Jun 2008 sekitar jam 1 petang untuk hadir di Kondominium Desa Damansara bagi membantu siasatan. Katanya, beliau kemudiannya menghubungi syarikat Cyber Security untuk membuat salinan terhadap cakera keras sistem keselamatan CCTV kondominium itu pada hari yang sama dan selesai pada jam 10 malam sebelum merampasnya. Ketua Jabatan Forensik Digital Cyber Security, Mohd Zabri Aidil Talib (kanan) yang hadir memberi penjelasan sebagai saksi ke-10 berkata, masa yang dicatatkan pada komputer yang disambungkan pada CCTV lif kondo berkenaan tepat tiada lewat walau seminit pun.
Datuk Seri Najib Razak berkata, kekalahan pihak pembangkang bukan kerana tekanan Barisan Nasional (BN), sebaliknya disebabkan pelbagai pendekatan dan dakyah yang disebarkan mereka ditolak rakyat. Perdana Menteri berkata, pembangkang seharusnya menerima hakikat itu walaupun sebenarnya mereka lebih awal menjelajah ke seluruh negara untuk mengadakan ceramah, selain menyebarkan pelbagai isu dan menabur janji menerusi blog, emel dan SMS."Jika rakyat tidak sokong mereka dan trend didapati memihak kepada BN, ini bukan disebabkan kita menekan mereka (pembangkang), sebaliknya ini bererti rakyat menolak mereka. "Ia juga bermakna kempen mereka tidak diterima rakyat," katanya pada sidang media pada majlis Mesra Bersama Warga FELDA di Jengka 25 di sini, semalam. Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai dakwaan pembangkang yang memohon pengundi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau memberi undi simpati kepada mereka kerana mendakwa ditindas dan mangsa keadaan berikutan tindakan BN. Mengenai calon PAS, Hassanuddin Salim yang pernah dua kali kalah dalam pilihan raya, Perdana Menteri berkata, BN tidak akan memandang ringan terhadapnya, tetapi akan terus berusaha untuk meraih sokongan yang banyak. "Mereka ada perkiraan, jika letak calon seperti Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (Naib Presiden PAS yang juga Pengarah Jentera Pilihanraya Pembangkang DUN Kerdau), yang pernah dua kali kalah dan jika kalah kali ketiga, tentunya berat untuk mereka mahu letakkan Tuan Ibrahim dalam hierarki kepimpinan mereka pada masa depan," katanya. Ditanya suasana berkempen pada pilihan raya kecil DUN Kerdau, Najib berkata: "Saya nampak mood baik, tetapi kita tidak boleh pandang ringan ancaman mereka yang menentang kita dan pastikan segala usaha yang patut dilakukan serta strategi kita tepat untuk pastikan kemenangan besar kepada BN," katanya. Sementara itu, menjelaskan lawatan beliau ke setiap negeri mulai bulan depan, Najib berkata, ia bagi memenuhi janji yang dibuat ketika Perhimpunan Agung UMNO tahun lalu. Beliau berkata, peringkat awal sudah bermula apabila mengadakan lawatan ke Kedah dan diteruskan ke pilihan raya kecil DUN Tenang, selain ke Belaga di Sarawak baru-baru ini. "Ia adalah siri lawatan ke negeri dan Timbalan Perdana Menteri juga akan melakukan lawatan sama," katanya. Mengenai sama ada ia mempunyai kaitan dengan Pilihan Raya Umum, Najib berkata: "Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa saja," katanya.
PAS meroyan hari ini dalam Harakah bahawa depa tak dapat gunakan pentas masjid untuk berkempen di PRK Kerdau ini .Ini berikutan JAIP akan mengambil alih semua pentadbiran masjid untuk sementara dan dipantai oleh Pegawai Agama Islam Daerah .,
PB menyokong arahan dikeluarkan JAIP ini kerana sudah diketahui umum bahawa setiap PRK , PAS akan cuba menggunakan masjid sebagai pentas politik mereka sehinggakan menimbulkan perpecahan perpaduan dikalangan umat Islam .Arahan JAIP ini adalah untuk mencegah perbuatan oleh pihak tidak bertanggunjawab memperlatkan masjid sebagai tempat menabur fitnah dan membenci sesama Islam .
Baru-baru ini semasa di PRK Tenang, Sultan Johor sendiri murka dengan perbuatan sembahyang dua imam di sebuah masjid.
Sultan Ibrahim bertitah perkara seperti itu harus dihentikan agar tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
“Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.“Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa,”
Jadi , PB melihat tidak salah JAIP mengeluarkan arahan demikian kepada semua masjid di DUN Kerdau bagi menjaga kesucian rumah ibadat ini . Adakah kita mahu puak2 PAS memperlakukan seperti ini ?
109 diberkas termasuk ketua mereka P Uthayakumar paling awal sekitar jam 8 pagi sewaktu beliau hendak keluar dari rumahnya di Pantai Hill Park. Perdana Menteri Datuk seri Najib Tun Razak yang ditanya wartawan mengenainya sewaktu lawatan sehari ke Kerdau di Pahang menyifatkan puak Hindraf cuba cetuskan publisiti buruk dikaca mata antarabangsa terhadap Malaysia menerusi tindak tanduk ini. Kepada penyokong Hindraf jika nak tunjukkan poster gambar Mahatma Ghandi bukan di Malaysia tempatnya, tunjuklah di India atau pergi balik India lah...kita dah muak lakonan puak Hindraf ni
Anwar dikatakan mengamuk sakan apabila dikatakan DNA lelaki 'Y' sama dengan DNAnya. Malam tadi beliau memangggil semua peguam yang mewakilinya iaitu Karpal Singh, Sankaran Nair dan beberapa peguam lagi bagi membincangkan bagaimana mereka nak memutarbelitkan fakta tersebut. Anwar dikatakan berang terhadap peguamnya kerana gagal menyoal balas saksi yang juga pakar DNA. Diberitakan Anwar akan berjumpa dengan pakar DNA dari Australia bagi membincangkan apa yang harus dibuat bagi mematahkan fakta itu. Anwar yakin mereka akan dapat mengenepikan fakta tersebut di akhir perbicaraan nanti. Disini aku nak komen, kemana lagi kau nak lari Anwar satu Malaysia dah tahu kau yang meliwat Saiful walau apapun yang kau cakap rakyat tidak akan percaya kerana fakta yang kau nak sudah terbukti. Hanya orang yang bodoh saja yang percaya kau tak meliwat. Siapa lagi yang kau nak mengadu, Ummi kata Resort Sungai Buluh sudah menunggu.
Petunjuk Prestasi Utama (KPI) yang dilaksanakan dalam PKR bersifat tidak telus dan penuh kerahsiaan hingga satu peringkat keputusannya boleh berubah mengikut kehendak Penasihatnya,Anwar Ibrahim.
laporan dari BERNAMA menyatakan Ahli Parlimen Wangsa Maju,Wee Choo Keong berkata,sehubungan itu,beliau tidak hairan dengan laporan awal oleh sebuah portal berita yang menyatakan Timbalan Presiden,Azmin Ali serta enam Wakil Rakyat PKR gagal mencapai KPI sewenang-wenangnya,dinafikan oleh parti berkenaan.sebagai parti milik peribadi Anwar dan konco-konconya boleh melakukan apa sahaja bagi tujuan mengaburi mata rakyat walaupun Penasihat PKR itu sering melaung-laungkan kepentingan mengamalkan ketelusan dan akauntabiliti.
“Bila kerajaan adakan KPI, PKR juga mahu adakan KPI. Kerajaan laksanakan KPI secara terbuka bagi semua rakyat tahu tetapi PKR lain.KPI mereka dibuat secara rahsia, tersembunyi dan tidak telus. Mereka hanya buat untuk politik, untuk mengaburi mata rakyat.Kata mereka KPI ini hanya untuk pengetahuan pucuk pimpinan. Kalau mereka benar-benar telus umumkan laporan awal mengenai KPI yang dibuat oleh PKR yang mana Azmin telah didapati gagal mencapai KPI ditetapkan,’’ katanya di pejabat konsensus bebas di sini hari ini.
Beliau mengulas penafian oleh PKR mengenai adanya KPI terhadap Azmin dan enam lagi pemimpin parti itu seperti mana disiarkan oleh sebuah portal berita semalam.Sebelum itu, portal yang sama menyiarkan berita mengenai laporan sebuah jawatankuasa khas mengenai kegagalan Azmin serta enam Ahli Parlimen PKR berkenaan mencapai KPI yang telah ditetapkan.Jawatankuasa khas tersebut diketuai oleh Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Nik Mahmood Nik Hassan.
Mengulas lanjut Choo Keong percaya dalam apa jua keadaan sekalipun,PKR tidak akan sesekali mendedahkan laporan KPI itu kepada rakyat.Dalam perkembangan sama, beliau mencabar PKR menetapkan KPI tertentu terhadap Anwar bagi menentukan sejauh mana keberkesanannya sebagai seorang pemimpin.
“Selain KPI sebagai pemimpin, Anwar juga harus menjalani proses KPI sebagai Penasihat Ekonomi Selangor. Kita mahu tanya apa pencapaian ekonomi Selangor setakat ini.Berapa bilion pelaburan yang dibawa ke Selangor. Perkara-perkara ini perlu dijadikan ukuran sejauh mana Anwar sebagai pemimpin dan Penasihat Kerajaan Selangor,’’ katanya lagi.
KPI juga katanya, perlu dilakukan terhadap sistem pemilihan parti itu pada tahun lalu kerana ramai di kalangan ahli serta pemimpin parti mendakwa perjalanannya tidak mengikut peraturan.Dalam pada itu, beliau menyelar tindakan PKR menetapkan KPI kepada semua bekas wakil rakyat PKR termasuk dirinya.
Kami tidak ada kena-mengena lagi dengan PKR. Kami wakil rakyat Bebas.Oleh itu jangan libatkan kami dalam urusan PKR sama ada secara langsung atau tidak langsung,’’ katanya.
KEPADA ANWAR BERANI KER TERIMA CABARAN WEE CHOO KEONG ???
Kelancaran Ummi berceramah berdasarkan fakta-fakta yang tepat membuatkan dakwaan Ummi Hafilda Ali terhadap Anwar Ibrahim, Samsidar Taharin dan Azmin Ali adalah benar walaupun penyokong tegar Anwar menafikannya. Sehingga kini ketiga-tiga mereka masih membisu tanpa sebarang kenyataan hanya sesekali terdengar dakwaan sinis dari Anwar Ummi adalah nyamuk baginya. Tetapi harus diingat dalam masa yang sama betapa takutnya Anwar terhadap dakwaan Ummi yang penuh fakta tanpa sedikit pun kekeliruan. Beberapa blogger nyamuk pakatan rakyat membuat tafsiran bagi pihak Anwar menyatakan Ummi sudah tidak diterima keluarga adalah bohong belaka. Apa pun yang paling menarik perhatian kenyataan Ummi adalah Allah tetap akan memberikan kemenangan besar buat yang benar dan yang teraniaya, sesungguhnya ALLAH MAHA MENGETAHUI, ALLAH MAHA MENDENGAR.Tiada jihab diantara langit dan bumi terhadap doa-doa orang yg teraniaya. Allah Yang Maha kuasa, Maha Pengasih, dan Maha Penyayang, telah berfirman dalam al-Qur'an bahwa Dia dekat dengan manusia dan akan mengabulkan permohonan orang-orang yang berdoa kepada-Nya.
"Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka sesungguhnya Aku dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi-Ku, dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran." (Q.s. al-Baqarah: 186).
Allah memiliki kekuasaan dan pengetahuan yang tiada batas. Dialah Pemilik segala sesuatu di seluruh alam semesta. Setiap makhluk, setiap benda, dari orang-orang yang tampaknya paling kuat hingga orang-orang yang sangat kaya, dari binatang-binatang yang sangat besar hingga yang sangat kecil yang mendiami bumi, semuanya milik Allah dan semuanya berada dalam kehendak-Nya dan pegaturan-Nya yang mutlak. Walau sepandai mana pun Anwar mengelak dengan menggunakan agen peguam handalnya seperti Karpal Singh dan Sankara Nair tidak mampu melebihi dari kekuasaan Allah.
Apa pun diminta adik Saiful sentiasa berdoa banyak-banyak kepada Allah kerana tiada hijab antara Allah dan doa orang yang teraniaya.
HINDRAF kini sudah kurang ajar dan mencarut.tak habis-habis lagi berkenaan buku interlok,mereka telah mengeluarkan satu video yang cukup memeranjatkan anda semua.nak tahu apakah video itu ????
bila saya ingin cuba menghuraikan berkenaan video dia atas,rakan saya blogger sayaFLYING KICK telah mengeluarkan isu yang sama.sila baca artikel di bawah ini.marilah kita bersatu untuk mempertabatkan Bangsa Melayu dan hancurkan misi HINDRAF untuk berkumpul di KLCC pada 27 februari ini
HINDRAFtidak sepatutnya dilayan sebagai sebuah kumpulan pembangkang kecil-kecilan lagi. Kecenderungan HINDRAF untuk mewujudkan ketegangan kaum dan melancarkan serangan ke atas orang Melayu serta masyarakat Malaysia yang mereka anggap sebagai musuh, bukan lagi satu perkara tersembunyi.
Terbaru,perhimpunan dan perarakan pada 27 Februari ini yang kononnya untuk mendesak kerajaan mengharamkan INTERLOK kerana didakwa menghina,ternyata satu alasan yang sangat cetek untuk menghalalkan perbuatan mereka.Apa yang mereka inginkan ialah, penghapusan orang Melayu sepenuhnya dan mereka diberikan kebebasan yang tiada hadnya.
Kumpulan ini seharusnya dilayan seperti pengganas komunis yang bermaharalela membunuh sesiapa sahaja yang tidak bersetuju dengan perjuangan mereka seperti pada zaman darurat dahulu. Tindakan lebih keras juga perlu diambil terhadap kumpulan ini seperti perlucutan hak kewarganegaraan dan kerakyatan mereka selain menghalau mereka terus dari Malaysia.
Apa yang mereka inginkan ialah berulangnya kembali Peristiwa Berdarah Babri yang menyaksikan puluhan ribu umat Islam India dibunuh sebelum masjid purba zaman Moghul dimusnahkan dengan alasan paling bingai, di tapak masjid itulah seorang dewa mereka telah dilahirkan. Tanpa sebarang bukti untuk menyokong dakwaan terbabit melainkan sebuah mimpi seorang pemuda, Masjid Babri yang berusia ratusan tahun diratakan, dan puluhan ribu umat Islam dibunuh secara kejam, termasuklah dibakar hidup-hidup di dalam gerabak keretapi.
Dalang utama kejadian tersebut adalah Bharatiya Jannata atau BJP yang menggunakan lambang hampir sama dengan HINDRAF malah menggunakan warna oren sebagai identiti mereka yang kononnya warna yang digalakkan dalam Hindu... yang menjadi masalahnya, sejak bila pula Hindu ada warna? Dan sejak bila pula Hindu merupakan sebuah agama yang berakidah satu kerana perkataan Hindu itu sendiri hanya wujud pada awal abad ke-18 menerusi lidah Inggeris yang tidak tahu apa agama sebenar penduduk di benua India selain Islam yang mereka lihat menyembah pelbagai berhala dan objek.
Sudah selayaknya,kumpulan tersebut bukan sahaja dibanteras, sebaliknya dikenakan hukuman yang berat. Kalau kumpulan-kumpulan sesat di dalam Islam boleh dikenakan tindakan keras sedangkan mereka tidak bersifat subversif, mengapa HINDRAF sekadar ditangani dengan penuh sopan santun walhal mereka kian menunjukkan belang subversif mereka yang tersendiri,terutama apabila khabar angin wujudnya pertalian Tamil Eelam Sri Lanka dengan kumpulan terbabit.
SILA LIHAT DI BAWAH.SAYA NAK BERITAHU ANDA SEMUA SUPAYA KITA INGAT KEMBALI APA YANG TERJADI
4 MELAYU YANG DI BUNUH OLEH LAWYER HINDRAF
POSTER DI ATAS JELAS MENUNJUKKAN HINDRAF CUBA MEMBUNUH UMNO DAN MELAYU.MASIHKAH ANDA INGAT LAGI PERKARA YANG SAMA BERLAKU PADA 4 MELAYU DI BANTING YANG DI BUNUH DENGAN KEJAM OLEH LAWYER HIDRAF ??? SILA LIHAT MUKA DI BAWAH
Khalid Gagap mengesahkan beliau akan merombak pentadbiran negeri tetapi enggan memberikan butiran mengenai bila ia akan dilakukan.Khalid juga mengakui beliau telah mengadakan pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan Dewan Undangan Negeri berhubung perkara tersebut bulan lalu.
“Kami akan lakukan,kemudian kami akan membuat pengumuman,” katanya.Khalid berkata pertemuan dengan penyokong-penyokong kerajaan itu diadakan untuk membincangkan cara memantapkan pentadbiran kerajaan negeri.
“Keputusan belum dicapai.Kami hanya boleh melakukannya sebaik sahaja semua selesai, macam (isu pelantikan) setiausaha kerajaan negeri,” kata Khalid kepada pemberita semalam
menurut laporan BERNAMA Menteri Besar Selangor berhadapan dengan tekanan agar menggugurkan pemimpin kontroversial DAP Ronnie Liu daripada jawatannya sebagai Exco Kerajaan Negeri.mereka tidak gembira dengan cara Ronnie Liu mengendalikan portfolio perumahan dan kerajaan tempatan, termasuk pengumuman dan kenyataan didakwa memperlekehkan dasar-dasar kerajaan negeri.
Khalid sebelum ini menjanjikan akan melihat perkara tersebut tetapi ini kali pertama beliau membayangkan rombakan barisan Exco Kerajaan Negeri.Ronnie Liu,yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Pandamaran berhadapan dengan siri kontroversi sejak tahun lalu termasuk keputusan berkaitan larangan penggunaan logo 1 Malaysia pada permis bisnes dan isu juga pengeluaran surat sokongan politik.Barisan Exco Kerajaan Negeri tidak mengalami perubahan sejak dibentuk Mac 2008.