Khabarnya banyak pihak terperanjat pendedahan pasal poster calon PAS di Kerdau yang guna data atau logo rasmi kerajaan negeri Pahang selain pamer logo DAP serta PKR sedangkan Hasanuddin Salim calon PAS.


Agenda Daily Melaporkan Perbuatan itu jelas tunjuk PAS bukan saja terdesak tetapi tidak hormati undang-undang kerajaan negeri serta peraturan ditetapkan SPR melarang penggunaan logo parti tidak bertanding atau logo lain sewenang-wenangnya.Peraturan ini sudah dimaklumkan SPR kepada setiap parti yang bertanding.Tetapi biasalah pembangkang- cakap tak serupa bikin.Sebelum ini,mereka selalu salahkan SPR,tidak adil dan telus, ikut telunjuk kerajaan tetapi alih-alih mereka yang selalu langgar peraturan.


calon PAS ini menggunakan crest yang hanya digunakan oleh istana negeri Pahang 


Timbalan Pengerusi SPR,Datuk Wan Ahmad Wan Omar sendiri mendedahkan,perbuatan PAS di Kerdau bukan pertama kali malah parti itu juga buat perkara serupa ketika PRK Bagan Pinang,Negeri Sembilan.

"Ini bukan kali pertama, teguran dan peringatan sama pernah diberikan kepada PAS di Bagan Pinang dan kali ini, mereka mengulanginya di Kerdau,” katanya mengulas pendedahan tersebut.

Mungkin ramai tidak tahu,PAS sebenarnya bersendirian mengharung ‘perang’ di Kerdau.Sekutu parti itu, PKR dan DAP ibarat lepas batuk di tangga sahaja kerana mereka tahun PAS bakal kecundang sama ada di Kerdau mahupun PRK DUN Merlimau.Sudah masuk hari ke enam, boleh di kira dengan jari pemimpin kedua-dua parti itu yang datang membantu calon PAS.Mungkin pada hari penamaan calon ramai yang hadir termasuk Lim Kit Siang dan PKR hanya hantar Fauziah Salleh.

PAS tiada pilihan lain kecuali buat poster pamer logo DAP dan PKR dengan harapan dapat tarik lebih ramai pengundi.Parti itu juga tiada isu di Kerdau kecuali berkali-kali kata kerajaan Pahang bankrap.Peliknya,kalau benar kerajaan Pahang bankrap, apa perlu PAS letak calon dan mahu pemimpinnya jadi wakil rakyat di negeri itu ???

Kalau benar-benar bankrap,tidak dengar pula dua wakil rakyat PAS di Pahang tidak dapat elaun masing-masing.Sebenarnya,PAS yang bankrap.PAS bankrap idea.PAS bankrap pemimpin.Sebab itu mereka tiada isu di Kerdau dan sebab itu mereka letak calon kitar semula bertanding.

Penggunaan logo kerajaan negeri,pamer logo parti tidak bertanding juga bukti PAS bankrap idea untuk berdepan jentera BN. PAS kini tiada pilihan lain kecuali bersedia meratap kekalahan di Kerdau dan Merlimau selepas tumbang mengejut di Galas dan kecundang di Tenang

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...