Dalam keterangannya, Fauziah berkata pada 3 Julai 2008, pegawai penyiasat, DSP Jude Blacious Periere datang ke makmalnya untuk menyerahkan dua bungkusan yang mengandungi cakera keras video keselamatan kamera litar tertutup (CCTV) untuk dianalisis.
Peguambela, Sankara Nair seterusnya merujuk catatan rakaman video Khamis lalu yang mengesan kehadiran individu yang dipercayai pengadu, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang menggunakan kereta Fiat Ulysse dengan nombor pendaftaran WPK 5925 masuk ke kawasan kondominum itu pada jam 2.47 petang melalui pintu utama.
Khamis lalu mahkamah dipertonton video CCTV kondominium Desa Damansara bertarikh 26 Februari 2008.
Dalam video itu, mahkamah mengenalpasti kelibat tujuh individu dan kenderaan termasuk Saiful yang keluar masuk kawasan kondominium berkenaan sekitar jam 12 tengahari hingga 4 petang pada tarikh yang sama.
Sankara cuba membuat provokasi dengan mempersoal sikap profesional juru analisa anggota polis berkenaan namun dibantah Peguam Cara II Negara, Datuk Yusof Zainal Abiden.
Mahkamah kemudian memanggil ketua bahagian Audio Video PDRM, ACP Fazil Ahmad ke kandang saksi untuk memberi keterangan.
Fazli pula pada keterangannya berkata beliau dihubungi oleh DSP Jude pada 30 Jun 2008 sekitar jam 1 petang untuk hadir di Kondominium Desa Damansara bagi membantu siasatan.
Katanya, beliau kemudiannya menghubungi syarikat Cyber Security untuk membuat salinan terhadap cakera keras sistem keselamatan CCTV kondominium itu pada hari yang sama dan selesai pada jam 10 malam sebelum merampasnya.
Ketua Jabatan Forensik Digital Cyber Security, Mohd Zabri Aidil Talib (kanan) yang hadir memberi penjelasan sebagai saksi ke-10 berkata, masa yang dicatatkan pada komputer yang disambungkan pada CCTV lif kondo berkenaan tepat tiada lewat walau seminit pun.
0 Responses so far.
Post a Comment