PAS meroyan hari ini dalam Harakah bahawa depa tak dapat gunakan pentas masjid untuk berkempen di PRK Kerdau ini .Ini berikutan JAIP akan mengambil alih semua pentadbiran masjid untuk sementara dan dipantai oleh Pegawai Agama Islam Daerah .,
PB menyokong arahan dikeluarkan JAIP ini kerana sudah diketahui umum bahawa setiap PRK , PAS akan cuba menggunakan masjid sebagai pentas politik mereka sehinggakan menimbulkan perpecahan perpaduan dikalangan umat Islam .Arahan JAIP ini adalah untuk mencegah perbuatan oleh pihak tidak bertanggunjawab memperlatkan masjid sebagai tempat menabur fitnah dan membenci sesama Islam .
Baru-baru ini semasa di PRK Tenang, Sultan Johor sendiri murka dengan perbuatan sembahyang dua imam di sebuah masjid.
Sultan Ibrahim bertitah perkara seperti itu harus dihentikan agar tidak timbul fitnah umat Islam di Johor telah berpecah-belah dan tidak bersatu-padu.
“Semua jemaah dalam masjid hendaklah hormati imam yang dilantik oleh saya. Tidak ada perbezaan bangsa, kedudukan atau fahaman politik dalam masjid.“Kedudukan atau fahaman politik tidak harus ada dalam masjid kerana kita menyembah tuhan yang sama iaitu Allah yang Maha Esa,”
Jadi , PB melihat tidak salah JAIP mengeluarkan arahan demikian kepada semua masjid di DUN Kerdau bagi menjaga kesucian rumah ibadat ini . Adakah kita mahu puak2 PAS memperlakukan seperti ini ?
0 Responses so far.
Post a Comment