Tidak sangka pula suratkhabar BULETIN RAKYAT sanggup memulakan tahun baru 2011 dengan satu artikel yang berdasarkan kepada ramalan seorang nujum Cina!

Apakah parti pembangkang begitu terdesak sehingga sanggup menyiarkan ramalan nujum Cina walau pun kita tahu ianya salah dari segi akidah orang Islam?

Di bawah adalah mukasurat depan Buletin Rakyat :-



Artikel tersebut ditulis oleh Subky Latif. Beliau cuba berhujah bahawa sesuatu ramalan itu kadangkalanya berlaku kerana terdapat orang yang berkawan dengan jin dan jin itu boleh membuat ramalan dengan izin Allah swt.

Subky Latif juga menulis,

Jika peramal politik meramalkan Nurul Izzah akan menjadi orang pertama di luar BN menjadi Perdana Menteri, maka ia dibuat mengikut teori kemungkinan.

Dalam politik tiada yang mustahil. Ia boleh berlaku seperti yang diramalkan dan ia juga belum pasti terjadi.
Jika merujuk kepada penilaian yang diutarakan di atas, Shubky Latif sendiri boleh menjadi Perdana Menteri. Apakah salah teori kemungkinan tentang politik yang tiada yang mustahil? Betul tak?

Tetapi penulis tertarik dengan olahan ayat-ayat yang ditulis seperti cuba menimbulkan kemungkinan tentang satu perkara dengan harapan satu ketika di masa depan, jika perkara itu benar-benar berlaku, maka si penulis boleh memberi tahu dunia bahawa beliaulah orangnya yang mengutarakan kemungkinan tersebut!

Kelakar tetapi catchy serta menarik perhatian penulis.

Walaubagaimana pun, Shubky Latif sendiri mematahkan hujah 'teori kemungkinan Nurul Izzah menjadi Perdana Menteri' dengan menulis bahawa mengikut hadis Rasulullah saw, tidak berjaya sesebuah masyarakat dipimpin oleh orang perempuan!

Penulis berharap agar kenyataan itu tidak menyebabkan Maria Chin Abdullah dan Meera Samanther dari NGO Wanita tidak melenting dan menuduh Shubky Latif sebagai anti-gender pula!

Dalam masa yang sama, kita juga mendapat gambaran tentang percaturan politik yang cuba digubah oleh Anwar Ibrahim untuk anak beliau, Nurul Izzah. Tetapi kita perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat hanya 'diikat' bersama oleh satu 'benang halus' iaitu Anwar Ibrahim.

Dek protes undi rakyat pada tahun 2008, parti pembangkang merasa mereka sudah besar dan kuat padahal mereka tidak. Dan selama 2 tahun ini, mereka gagal menjadi parti alternatif yang bukannya bertambah baik tetapi semakin berceramuk, tak tentu arah dan tidak menyakinkan rakyat Malaysia.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...