Nak terkentut, apabila membaca pengakuan Zuraida Kamaruddin Ketua Wanita Keadilan di dalam Borneo Post 3 Januari. Mana tidak nya, pada PRU Sarawak nanti PKR (parti kelentong Rakyat) akan memenangi 40 kerusi DUN. Siap dengan 'declare' lagi.

Zuraida ini berangan-angan ke atau masih lagi mabuk tahun baru. Sedangkan Baru Bian future CM sarawak tidak berani nak declare apa-apa pun.Ni si Zuraida ahli parlimen Ampang yang tidak ada chemistry pasal PRU Sarawak dah buat declaration (sapsapsui ...).

Nak angkat buntut Anwar Al Juburi lah tu..

Jika benarlah apa yang di nujum oleh Zuraida, boleh lah Baru Bian jadi CM Sarawak yang pertama dari bangsa orang Ulu.

Boleh ke DAP nak bagi kerusi di Padungan, Pending, Batu Kawa atau di Tanjung Kidurung untuk PKR. Dapat ke Wong Ho Leng bagi muka dengan PKR untuk bertanding di Sibu?

Rakyat Sarawak sebenarnya tahu mainan politik pembangkang. Apa yang di janjikan sebelum dan selepas pilihan raya adalah hanya sendiwara politik yang dah lapok, ketinggalan zaman.

PKR parti kelentong rakyat...

Kucing Hitam

Orang Sarawak tahu PKR tu apa. Mereka tahu Zuraidah tak tahu apa-apa pasal politik Sarawak. Kalau nak gempak pun, tahulah sedikit pasal politik Sarawak.

Jangan ingat sementang PKR dapat 9 dan DAP dapat 6 dari 12 yang ditandingi dari 71 kerusi pada PRU negeri Sarawak yang lepas pada 2006, ianya akan berkekalan. Memang benar BN sapu 60 dari 62 kerusi pada 2001, tapi game dah berubah.

Orang Sarawak dah menyampah dengan parti-parti politik dari luar. Jangan ingat maksudnya BN. Di Sarawak, BN bukan parti luar. Parti yang bertanding, PBB, SUPP, PDBP dll adalah parti tempatan Sarawak.

Ini ... parti-parti DAP, PKR dan PAS yang dimaksudkan sebagai parti luar. Tengok pandangan mengenai politik Sarawak dilihat dari mata perbezaan kaum Semenanjung.

Tak sedar ke kamu pembangkang datang dari luar negeri Sarawak. Jadi buat apa orang Sarawak nak undi mereka. Macam Zuraida ini, mereka bukan tahu apa yang berlaku di Sarawak.

Kalau pembangkang nak dipilih, mereka ambil pembangkang dari Sarawak macam SNAP, atau pun calun bebas.

Pastinya dengan kemelut dalaman PKR, mereka yang akan bungkus.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...