HarakahDaily sekali lagi memainkan peranan jahat mereka dengan menyebarkan satu laporan yang berbau pembohongan dan putar belit. Isunya ialah mengenai tindakan Ahli Parlimen Serdang, Teo Nie Ching yang tidak beradab apabila berada didalam perkarangan masjid.

Laporan Haprak Daily tersebut dimulakan dengan :-


KUALA LUMPUR, 31 Dis: Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat Nasrudin Hassan menyokong pendirian Ahli Parlimen DAP Serdang, Teo Nie Ching yang mahu meneruskan amalan melawat masjid biarpun dikritik hebat media Umno BN.
Suratkhabar Utusan Malaysia sekali lagi diburuk-burukkan walau pun ada kebenarannya di dalam melaporkan tindakan tidak beradab Teo Nie Ching itu. Tetapi, sama ada pihak HaprakDaily sedar atau tidak, laporan mereka juga sebenarnya memperakui kebenaran suratkhabar Utusan Malaysia!

Secara tidak langsung, kebenaran isu kebiadapan Teo Nie Ching telah diakui sendiri oleh Nasrudin Hassan, Ketua Pemuda PAS Pusat! Rujuk kenyataan beliau :-


Bagaimanapun menurut Nasrudin lagi, imam dan ahli jawatankuasa masjid yang bakal dilawati oleh Teo nanti mestilah mengambil langkah pro aktif untuk memberi penjelasan dan gambaran yang tepat mengenai Islam kepada beliau.


"Namun begitu suka saya tegaskan bahawa Teo Nie Ching pula wajarlah diberitahu beberapa perkara berkaitan adab dan akhlak atau moral yang perlu dipelihara sewaktu beliau melawat atau mengunjungi masjid.
"Kerana mengunjungi masjid sebagai rumah ibadah dan tempat suci ummat Islam tentunya berbeza dengan lawatan beliau ke pasar atau rumah-rumah kediaman biasa," tambahnya lagi.
Ketua Pemuda PAS itu jelas mahukan supaya Teo Nie Ching perlu diberitahu supaya menghormati adab dan akhlak tatkala mengunjungi masjid.
Mungkin pada awalnya, kita boleh menyalahkan nazir dan jawatnkuasa masjid sahaja kerana tidak menasihati Teo Nie Ching. Tetapi apabila beliau memberontak dan cuba mempersoalkan isu tersebut di dalam blog beliau dengan andaian beliau sendiri tentang Islam, Teo Nie Ching sudah melampaui batas dan bersifat kurang ajar! 

Dan apakah UMNO dan DS Najib Razak ada kena mengena dengan isu kebiadapan Teo Nie Ching? Ianya kerana HarakahDaily, lidah PAS juga melaporkan kebiadapan beliau dan Nasrudin Hassan juga telah mengeluarkan kenyataan yang tidak berpihak kepada Teo Nie Ching!

Kenapa Teo Nie Ching tidak mempersoalkan laporan berita milik parti PAS?
 Tidakkah itu double standarddan pilih kasih namanya?

Penulis menjangka Teo Nie Ching akan mengulang tayang drama beliau menghadap Nik Aziz seperti kes beliau memberi 'tazkirah' di ruang sembahyang utama tidak lama dulu. Beliau akan khsuyuk mendengar Nik Aziz tetapi akan mengulangi lagi kontroversi serta menyakitkan hati umat Islam di negara ini.



Dalam masa yang sama, 
penulis bersetuju dengan pandangan Nasruddin Hassan yang mengatakan pemimpin-pemimpin umat Islam, tidak kira fahaman politik mereka supaya tidak mendedahkan aurat atau menjaga isteri dan anak-anak mereka agar tidak mendedahkan aurat serta menjebakkan diri dalam kancah maksiat dan mungkar.

Terbaru : Kenyataan 
Timbalan Setiausaha Mais Abdul Halem Hapiz Salihin:-

Menurut Abdul Halem Hapiz, tidak salah melakukan aktiviti berfaedah seperti senamrobik di pekarangan masjid tetapi biarlah mematuhi adab seperti memakai pakaian yang sesuai.
Tambah beliau, sepatutnya wakil rakyat itu dinasihatkan memakai pakaian sukan yang lebih sopan seperti berlengan panjang dan menutup kepala serta senamrobik diasingkan antara lelaki dan wanita atau lelaki di hadapan dan wanita di belakang.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...