Laporan-laporan berita di atas adalah bukti bahawa Karpal Singh menentang perjuangan parti PAS untuk mendirikan sebuah negara Islam acuan parti itu. Jangan kita nafikan perkara yang nyata dan terang seperti di atas.

Dan yang menjadi tandatanya ialah sikap kepimpinan parti PAS yang melompat kegembiraan apabila Karpal Singh berkata sesuatu tentang menerima agama Islam. Tetapi hakikatnya, beliau menerima agama Islam sebagai agama rasmi negara ini. Itu sahaja! 

Dan selama ini pun, sebagai seorang warganegara Malaysia, beliau sudah mengaku bahawa agama Islam adalah agama rasmi negara ini. Maka, tiada yang memeranjatkan atau baru apabila Karpal Singh mengulangi pendirian beliau itu.

Tidak ada lebih atau pun kurang. Itu sahaja yang dinyatakan oleh Karpal Singh. Karpal Singh tidak mengatakan bahawa beliau menyokong perjuangan parti PAS untuk mendirikan sebuah negara Islam. Tidak pernah langsung. Malah yang terkeluar ialah ayat "over my dead body". Begitu juga Lim Kit Siang dan kroni beliau, Lim Guan Eng.

Dan sehingga ke hari ini, Karpal Singh tidak pernah menarik balik kenyataan beliau mengenai isu negara Islam dan 'over my dead body'. Tidak pernah langsung!

Tetapi apabila seorang pemimpin PAS yang bernama Wan Abdul Rahim Wan Abdullah, Ahli Parlimen (PAS) Kota Bharu dengan lantangnya sanggup mempertaruhkan nyawa beliau demi 'over my dead body' Karpal Singh, pemimpin PAS itu sungguh melampaui batas dan tidak waras kerana sudah tidak dapat membezakan di antara yang benar atau pun palsu.

Penulis sendiri merasa geli gelaman apabila Cikgu Rahim berhujah sedemikian rupa. Apatah lagi ahli-ahli dan penyokong-penyokong PAS yang sangat masak dengan sandiwara parti DAP.

Rujuk video di bawah :-



Di manakah kewarasan pemimpin-pemimpin parti PAS ?

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...