Siapa kata DAP tak rasis,Allah maha berkuasa apabila terdedahnya betapa kurang ajar,biadap,angkuh,rasis dan samsengnya Yb KOMTAR Ng Wei Aik. Di kenali ramai dengan sikap chauvanist yang banyak menindas kaum melayu dan komuniti peniaga di sekitar Bandar Georgetown.

Petikan dari Utusan

PULAU PINANG 4 Jan. - "Tutup kedai, balik India," itulah ungkapan berunsur perkauman yang didakwa diluahkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Komtar, Ng Wei Aik kepada pengusaha Restoran Nasi Kandar Mohamad Aliyar, Syed Kassali Mohamed Aliyar, semasa operasi penyitaan di premisnya malam kelmarin.

Menurut Syed Kassali, 42, perkataan yang diluahkan Setiausaha DAP itu bukan sahaja menyakitkan hati serta mengguris perasaannya tetapi hati seluruh kaum India Muslim di negara ini.

"Dia boleh nafikan, tetapi semuanya terbukti melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV) yang ada dipasang di restoran ini.

"Bukan itu sahaja, rakaman tindakan kasarnya terhadap saya dan pekerja di sini semuanya ada dalam simpanan kami," katanya di sini hari ini.

Menceritakan semula kejadian itu, Syed Kassali mendakwa, pada malam kejadian, Wei Aik bertindak kasar seperti samseng apabila tanpa memperkenalkan diri terus bertindak meluru masuk ke restorannya dan 'mengepak' tangan seorang pekerjanya.

"Saya tidak mengenalinya. Dia datang meluru dan terus memanggil penguat kuasa Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) untuk merampas barang-barang milik restoran. Dia juga datang menerpa ke arah seorang pekerja saya, menarik rokok dan mengepak tangannya.

"Inikah perangai sebagai seorang wakil rakyat," katanya.-Utusan


Adakah ini yang dikatakan DAP tidak rasis? Adakah ini dikatakan DAP mesra rakyat?Ng Wei Aik adalah produk DAP dan kesayangan Lim Guan Eng,Ketua menteri paling celaka dalam sejarah negeri Pulau Pinang menjadi kepala kepada rasis samseng yang sering menindas,zalim malah mereka hanya mengambil tindakan keatas peniaga bukan cina sahaja.


Mengapa mereka menjadi besar kepala? Inilah puncanya apabila melayu haprak memberi kuasa kepada mereka. Kuasa yang ada digunakan untuk menindas malah menghina orang lain.Ultra kiasu chauvanist ini hanya akan berlembut jika masaalah menimpa peniaga berbangsa cina.


Celaka inilah yang yang menghalau peniaga melayu keluar dari KOMTAR semata mata mahu memberi kontrak kepada kroni DAP mengambil alih ruang niaga di tingkat 3.

Contohnya isu New Lane : klik sini dan sini , DAP sanggup menutup jalan semata mata mahu membela peniaga cina sebaliknya menyusahkan pengguna jalan raya.Malah tindakan tersebut menganaiya pekerja MPPP dan anggota RELA.


Mana melayu haprak khawarij PAS dan PKR? Mana perginya Amir Ghazali? Mana Yusni? Mana Salleh Man?Mana Malik?Mansor? Yusmadi? Semua ini menjadi tunggangan,barua dan suruhan kepada Guan Eng dan Wei Aik.


Adakah mereka ini semua berani menegur atau mempertikaikan tindakan Ng Wei Aik? Percayalah sebagai barua terhormat mereka tidak akan sama sekali berani malah sebaliknya patuh kepada segala suruhan dan arahan oleh tuan besar DAP .


Mahu lagi membela DAP? Melayu Pulau Pinang mahu lagi menjadi penjilat rasis ultra kiasu chauvanist DAP? Jika mahu diperlakukan seperti bangsat ,undilah lagi,kekalkan mereka biar rasis haram jadah tunjuk bagaimana mengajar melayu sebagai paria di negeri sendiri.


AP percaya melayu Pulau Pinang tidak akan sekali kali berani angkat muka apabila tuan tuan besar DAP berada didepan takut nanti tak dapat RM100,DAP hina dan maki hamun pun tak apa yang penting masyuk!


" dengar cerita dalam mesyuarat DAP depa maki hamun melayu khawarij PAS & PKR "

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...