Bahang PK Tenang belum panas lagi tetapi Pakatan Rakyat sudah mula menunjukkan pergeseran dan ketidaksefahaman di antara satu sama lain.

Apabila Sinar Harian menanyakan Dzulkefly Ahmad, Timbalan Pesuruhjaya PAS Johor tentang desas desus yang mengatakan PKR tidak diperlukan untuk kempen di kawasan Melayu, bibawah adalah jawapan beliau :-


“Pas berasakan mereka mempunyai kelebihan terhadap orang Melayu, manakala bagi DAP dan PKR pula mempunyai kelebihan untuk masyarakat Cina dan India. Jadi mereka boleh fokuskan terhadap pengkhususan masing-masing,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.
Kenyataan Dzulkefly membawa pelbagai interpretasi dan persepsi. Isu cauvinis perkauman melampau yang dikaitkan dengan DAP mungkin akan menyebabkan pengundi Melayu di Tenang berasa tidak selesa dan marah.

Pemimpin-pemimpin DAP tidak dapat menyakinkan pengundi Melayu malah kehadiran mereka semasa berkempen di kawasan Melayu mungkin akan menyebabkan lebih ramai lagi pengundi pro-pembangkang menukar pendirian mereka dan memangkah pihak lawan.


Isu-isu terbaru yang dimulakan oleh pemimpin-pemimpin DAP seperti Ng Wei Aik dengan 'tutup kedai balik India' atau pun Ronnie Liu dengan 'isu arak', sudah tentu tidak disenangi oleh kaum Melayu di Tenang.

Dalam masa yang sama, penolakkan PKR sebagai jentera pilihanraya di kawasan Melayu perlu dilakukan memandangkan bahawa pemimpin-pemimpin PKR mempunyai isu besar yang bakal memalukan Pakatan Rakyat di Tenang. 

Isu Shuhaimi Shafiei yang 'menderhaka' kepada Sultan Selangor atau pun Khalid Ibrahim yang 'engkar' dengan perkenan baginda melantik SU Negeri baru adalah di antara beberapa isu kontroversi yang menyusahkan jentera PAS di Tenang. 

Yang peliknya, sejak bila pula parti PKR hanya ada kelebihan untuk masyarakat Cina dan India sahaja? Sejak bila parti Anwar Ibrahim itu tiada kelebihan untuk masyarakat Melayu?


Apa-apa pun, PAS sudah menolak PKR dan DAP jauh-jauh di Tenang. Tetapi penulis tidak terkejut dalam sehari dua ini akan keluar pula kenyataan pemimpin-pemimpin PAS yang menafikan kenyataan Dzulkefly Ahmad untuk menjaga hati rakan sekatil politik mereka.

Mereka mungkin berkata, "Itu adalah pandangan peribadi Dzulkefly sahaja. Tidak melambangkan pendirian parti"


Soalan cepu emas, apakah tugas Anwar Ibrahim pula di PK Tenang? 

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...