Rabu, peguam Karpal Singh dan Gobind Singh Deo tarik diri daripada menyertai prosiding Suruhanjaya Di Raja yang sedang menyiasat punca kematian Teoh.
Alasan kedua-dua beranak itu serta keluarga mendiang berbuat demikian kerana permohonan mereka supaya Tan Sri James Fong digugurkan sebagai Pengerusi suruhanjaya itu tidak berjaya.
Pada Khamis, Kerajaan negeri Selangor serta peguamnya turut menarik diri.
Alasannya pula kononnya pendirian tidak konsisten Peguam Negara yang menyediakan kakitangannya sebagai pegawai pengendali sedangkan pada masa yang sama membuat permohonan semakan terhadap keputusan terbuka inkues awal bulan lalu.
Pening juga melihat sesetengan pihak cuba mengaut kepentingan politik daripada Teoh yang meninggal dunia selepas ditemui ditemui mati pada 16 Julai 2009 di koridor tingkat lima Plaza Masalam selepas memberi kenyataan di pejabat SPRM Selangor yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.
Sebelum ini, inkues mencari punca kematian setiausaha politik anggota exco Selangor, Ean Yong Hian Wah, itu juga samar-samar sehingga memaksa kerajaan menubuhkan suruhajaya berkenaan.
Semua orang tahu sejak awal lagi pembangkang khususnya cukup suka dengan idea penubuhan Suruhanjaya DiRaja bagi menyiasat kes-kes tertentu yang didedahkan mereka kononnya untuk menegakkan keadilan.
Malangnya, apabila kerajaan bersetuju menubuhkan suruhanjaya dalam kes Teoh, ada pula yang sengaja tarik diri dan tidak mahu terbabit padahal mereka juga sebelum ini beria-ia mahukan suruhanjaya berkenaan.
Nampak sangat kes Teoh sudah hampir sampai ke penghujungnya apabila suruhanjaya itu kelak akan mengemukakan keputusan prosiding mencari punca kematian Teh kepada kerajaan.
Barangkali Karpal, Gobind dan kerajaan Selangor sudah tahu mereka tidak dapat apa-apa keuntungan lagi daripada kes tersebut.
Ibarat 'menghabiskan boreh' saja, lebih baik tarikh diri awal-awal daripada malu dan kecewa dengan keputusan suruhanjaya itu nanti.
Inilah yang rakyat masih belum sedar betapa banyak isu sengaja dipolitikkan pembangkang dan pihak tertentu termasuk mengaitkan orang yang sudah mati.
Paling kasihan keluarga mendiang Teoh kerana mereka akhirnya jadi mangsa keadaan.
Memang kes kematian Teoh dalam keadaan misteri perlukan jawapan tetapi mereka tidak wajar membiarkan diri mereka dijadikan mainan politik semata-mata.
Kerajaan juga mahukan keadilan tetapi perlu ikut lunas undang-undang.
Lagipun kerajaan Malaysia sudah melayan keluarga mendiang dengan adil termasuk meluluskan permohonan berhubung penggunaan nama Teoh bagi anak yang dilahirkan tunang mendiang, Sioh Cher Wai pada 22 Februari tahun lalu.
Lepas ini tidak tahu apa lagi nak dikatakan puak-puak ini setelah selesai prosiding suruhanjaya nanti.
Yang pasti, mereka tentu tidak menerima bulat-bulat apa diputuskan suruhanjaya tersebut.
0 Responses so far.
Post a Comment