Dulu mimpi nak jadi Perdana Menteri. Bila berkuasa sebagai Timbalan Perdana Menteri, dia lakukan macam-macam.
Itulah Anwar Ibrahim! Saya setuju sangat dengan apa yang dikatakan oleh Cybercop melalui Kelab Penyokong
Maya UMNO (www.kpmu.net) pada 19 September 2007 melalui bahawa “ANWAR DIKTATOR BERMIMPI JADI KETUA MENTERI...”



Menurut penulis berkenaan:

Nampak sangat Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim jenis yang gila kuasa dan tidak sedar diri. Walaupun sudah acap kali dia mengkianati rakan dalam Angkatan Perpaduan Umah (APU) namun, beliau masih lagi boleh berlakon dan dengan selamba cuba mengangkat dirinya sebagai ketua kepada pakatan itu.

Dalam usahanya untuk bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Anwar tanpa berselindung telah mempergunakan sepenuhnya rakan-rakannya seperti DAP dan Pas dalam usahanya untuk merialisasikan cita-citanya itu.
Kelancangan dan kebiadapan Anwar itu lebih ketara lagi apabila tanpa segan silu dan berselindung beliau telah melantik dirinya bagi mengepalai jentera parti pembangkang dalam merangka strategi untuk menawan Pulau Pinang.

Beliau juga buat-buat lupa dan sanggup membelakangkan DAP yang dikatakan turut bernafsu untuk memonopoli kerusi di negeri tersebut demi untuk memenuhi impiannya untuk bergelar Ketua Menteri di negeri kelahirannya itu.

Sebelum ini Anwar telah memperbodohkan Pas dengan memperbudak-budakkan pemimpin tertinggi Pas termasuklah Haji Hadi Awang dalam beberapa program anjuran mereka bersama, semata-mata untuk mengejar impiannya bergelar Perdana Menteri.

Tetapi, setelah beliau menyedari hakikat itu tidak mungkin tercapai, dia kini mula menconggak mimpi untuk bergelar Ketua Menteri Pulau Pinang pula. Dan, yang menjadi mangsa utamanya kini ialah DAP yang turut mengimpikan tujuh kerusi parlimen dan 22 kerusi dewan Undangan Negeri.

Jika dilihat daripada agenda Anwar, beliau seolah-olah cuba menolak hajat DAP itu bulat-bulat. Kerana Anwar sedar, jika dibiarkan, ianya akan menyekat impian dan hasratnya untuk menjadi orang nombor satu di Pulau Pinang.

Sikap bongkak Anwar itu lebih ketara apabila menerusi beberapa laporan media dengan angkuh menyatakan beliau begitu yakin dapat kalahkan Pak Lah dan seterusnya akan dapat menawan Pulau Pinang andainya pilihanraya umum diadakan selepas April ini.

Ini kerana, Anwar yakin dia akan mendapat sokongan yang padu dari parti-parti pembangkang, NGO, individu berpengaruh, bekas pemimpin-pemimpin UMNO yang marah dengan Pak Lah serta sokongan daripada rakyat Pulau Pinang.

Apa yang dapat disimpulkan ialah usaha Anwar ini tidak ubah sebagai untuk membuat come back yang gempaq tapi orang Malaysia, khususnya di Pulau Pinang pun tahu, dia tidak kemana-mana kerana banyak kerenah dilakukan Anwar ketika menjadi TPM. Dengan memulakan karier sebagai KetuaMenteri kononnya dia akan melangkah ke Persekutuan dan melalui sokongan konco-konco lamanya dalam UMNO, dia akan berusaha dapatkan kuasa. Itulah Anwar yang porak-perandakan negara pada 1997 dan 1998 dan selepas 10tahun mahu kembali ke kancah politik secara murahan.


Rata-rata mereka dalam UMNO dan pembangkang bimbang Anwar akan melaksanakan sistem diktator seandainya berjaya mengenggam Pulau Pinang. Kerana, pada mereka itulah sebenarnya sikap Anwar selama ini dan ini pernah diakui sendiri oleh bekas orang kanannya iaitu Ezam Mohd Nor.

Sumber : Guano Demo

Kecoh tul mamat nieee.....asyik Politik" KING" je

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...