Aktivis politik PKR tapi tak ngaku diri politikal, serta PENAGIH DADAH TEGAR, Hishamuddin Rais suruh PAS batalkan hasrat untuk tanding di Tenang.

Blog Gelombang Rakyat melaporkan kekalahan yang bakal dihadapi PAS akan melemahkan semangat PAS.

Katanya, PAS kena menerima realiti bahawa DUN Tenang bukanlah tempat untuk PAS. Malahan hasrat Pakatan untuk menawan Johor harus dilupakan kerana negeri ini adalah kubu kuat UMNO. DItambah lagi dengan perjuangan Pakatan yang dilihat sebagai berterbangan di langit atau di awang-awangan.

Hishamuddin memperakui janji-janji yang tidak masuk akal Pakatan akhirnya akan menjerut leher sendiri. Teriakan 'Reformasi' dan laungan 'Takbir' tidak lagi sahutan keramat dengan situasi politik pada hari ini. Masyarakat masih keliru dengan perjuangan yang hendak disampaikan Pakatan walaupun telah bergabung hampir 3 tahun.

Kepada pekerja PAS, PKR dan DAP, kami beri amaran supaya jangan bawak tabiat dan perangai buruk mereka setiap kali pilihanraya. PAS dan PKR sering menggunakan tipudaya, keganasan dan pembohongan semasa kempen. DAP dengan drama dan wayang untuk menguruhara dan mensensasikan keadaan.

Tenang sudah sedia dengan semua tipu helah PAS yang mana pernah berlakun menggunakan sos tomato untuk buat-buat pekerja PAS ditetak dengan parang.

Mereka bersedia dengan tipudaya yang pernah dilakukan menuduh YB Kamalanathan menipu sijil ijazah, membuat surat palsu dari Perkasa, dan buat superimpose Kamala masuk masjid.

Tak lupa kami bagaimana di Permatang Pasir PAS bermain isu peribadi terhadap calun UMNO.

PAS selalu membawa entourage gerai-gerai haram mereka untuk menyekat lalulintas dan menarik perhatian terhadap kempen mereka.

Taktik ini tidak akan dapat diguna di tenang kerana gerai ini semua akan dirampas oleh Majlis Daerah jika mereka cuba lakukan. Kumpulan ronda akan menunggu untuk melaporkan sebaik mereka sampai. Mereka akan disusahkan dan mahal belanja untuk mendapatkan balik.

Taktik PAS untuk melangar peraturan kempen untuk tidak boleh berkempen sebelum penamaan calun akan dikuatkuasakan. Laporan akan dibuat jika PAS melanggar peraturan tersebut.

Banyak lagi cabaran bakal dihadapi. Bersedia berhadapan dengan pelbagai kejutan. Bagi blogger2 seperjuangan, sepanjang menghala ke 20hb, serang habis-habisan PAS dan DAP! PKR tu buang masa saja ...

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...