Tepi-tepi.... Zuraida 'Heroin' nak lalu...

Pada mulanya, penulis tidak mahu menyentuh kenyataan Zuraida Kamaruddin, ketua Wanita Keadilan kerana nanti ada pihak NGO wanita seperti Maria Chin Abdullah atau pun Meera Samanther akan melenting kononnya MIM anti-wanita, anti-gender dan sebagainya.

Tetapi isu ini sangat berat dan sepatutnya turut di kecam oleh NGO wanita kerana seorang wanita bernama Zuraida Kamaruddin sudah hilang pertimbangan beliau sebagai seorang wanita. Dan 'Lazer' juga otak Zuraida Kamaruddin, Ketua Wanita Keadilan merangkap Ahli Parlimen yang sepatutnya menjaga kawasan Ampang, Kual Lumpur.


Tetapi malangnya, ke'lazer'an otak si janda PKR itu persis seperti seorang wanita yang tidak sedar diri dan hanya tahu menyalahkan pihak lain. Dan ketidak warasan beliau itu menyebabkan beliau sendiri hilang pertimbangan untuk berfikir secara rasional serta membuat fitnah secara melulu.

Sila rujuk di antara ke'lazer'an si Zuraida Kamaruddin :-
Ketandusan wang negara kerana ‘membiayai’ politik janji PM, 111 juta Permata dan projek RM 500juta Menara Warisan nampaknya telah memaksa kerajaan Umno-BN bertransformasi menjadi Kerajaan Lanun Black Pearl sehingga terpaksa menghantar agen untuk merompak wang rakyat di negeri-negeri pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat pula. Ini jelas membuktikan bahawa perlantikan Khusrin adalah suatu agenda rampasan oleh Kerajaan Lanun Umno-BN.
Penulis faham Zuraida Kamaruddin tidak puas hati dengan perlantikan Khusrin Munawi tetapi adalah tidak profesional dan tidak cerdik apabila beliau mula merepek tentang 'kerajaan lanun black pearl' atau pun 'menghantar agen untuk merompak wang rakyat'!

Tuduhan beliau itu sangat melampau dan tidak secocok dengan taraf beliau sebagai Ketua Wanita PKR. Malah, fitnah dan tuduhan beliau telah menjatuhkan maruah beliau ke tahap orang yang paling hina sekali. 

Realitinyaadalah tidak masuk akal jika Khusrin Munawi berkemampuan 'untuk merompak wang rakyat' di Selangor. Struktur pentadbiran dan kewangan negeri bukan ditadbir dan dikuasai oleh SUK negeri. Terdapat pelbagai lapisan jawatan yang diperlukan untuk 'menyentuh' duit negeri Selangor dan sudah tentu telah dijawati oleh orang-orang Pakatan Rakyat.


Maka, tuduhan agen merompak wang rakyat adalah satu tuduhan yang berat keluar daripada seorang pemimpin wanita yang berkemungkinan ada masaalah 'hormon' sehingga celupar sedemikian rupa.


Zuraida Kamaruddin ni memang lazer dan cepat celupar. Sebelum ini, beliau pernah 'mengamuk' kepada pihak media yang menyentuh cadangan beliau agar jawatan Anwar Ibrahim, ketua umum PKR di rasmikantetapi ditolak mentah-mentah oleh Wan Azizah Wan Ismail.

Ketua Wanita PKR itu juga pernah berkata :-

"Datuk Seri Anwar (Ibrahim) kata wanita cukup diwakili. Cuba lihat di atas pentas ini (menunjuk ke pentas), adakah wanita terlebih di sini? Belum cukup," katanya.
Sungguh menghairankan kerana Ketua Wanita merujuk Ketua Umum PKR sedangkan jawatan Ketua Umum itu tidak mempunyai sebarang kuasa eksekutif di dalam parti. Dan kenapa Zuraida Kamaruddin tidak mahu merujuk Presiden parti PKR, Wan Azizah Wan Ismail?

Selain daripada otak 'lazer', Zuraida Kamarudin juga pernah bertindak pelik dengan meng'hadiah'kan 10 jambangan bunga kepada pihak HKL suatu ketika dulu kerana beliau yakin pihak HKL akan mengeluarkan laporan yang jujur dan benar tentang kes liwat Anwar Ibrahim.

Zuraidan Kamaruddin banyak mengkritik pihak lain kononnya tidak efektif, tiada kredibiliti. Persoalannya, apakah beliau sudah cukup efektif bekerja sebagai wakil rakyat Ampang? Apakah beliau berjaya memajukan Ampang atau pun beliau hanya sekadar menumpang pembangunan yang telah dijalankan oleh Kerajaan BN di Kuala Lumpur?

Penulis menjangkakan parti UMNO/BN tidak akan mengambil sebarang tindakan terhadap tuduhan Zuraida Kamaruddin itu. Mungkin kerana sudah masak dengan perangai beliau yang cepat melenting serta sering menyemburkan kata-kata yang membodohkan diri beliau sendiri!

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...