Dr. Mahathir Mohamad pernah menjelaskan bahawa kaum Cina yang merangkumi 75 peratus penduduk Singapura menguasai 95 peratus ekonomi negara itu. Peratusan tersebut ternyata jauh berbeza jika dibandingkan dengan peratusan kaum-kaum di negara Malaysia yang dilihat sebagai negara berbilang kaum yang tulin.

Maka, Singapura tidak boleh mendabik dada kononnya negara pelbagai kaum sebaliknya adalah negara kaum Cina di mana penduduk minoriti tidak mendapat layanan yang sama. Tidak ada kebebasan bersuara dan tidak ada erti demokratik yang sebenarnya di Singapura.

Malah, Lee Kuan Yew, mantan Presiden Singapura yang menjadi pujaan sesetengah parti politik di negara ini juga mempunyai karakter cunning dan diragui keikhlasannya. Rujuk di bawah :-

But reading Lee Kuan Yew today, or listening to him, one realizes how brazenly he has abandoned the positions which had so convincingly persuaded an earlier, revolutionary generation of Singaporeans, both old-guard colleagues and the population at large, to confirm him in the captainship of party and nation. We had taken him at his powerfully eloquent word. If Lee had then given the mildest hint of the apostate he was to become, he would have received short shrift from the revolutionary following who had put their trust in him- C.V. Devan Nair (1923 - 2005)

Ketidakseimbangan dan penindasan kaum di Singapura dikuatkan lagi berdasarkan beberapa kajian yang dijalankan di Singapura telah mendedahkan konflik perkauman dari segi ketidaksamarataan tahap pelajaran dan ekonomi yang sangat signifikan di Singapura. Pokoknya,konflik etnik di Singapura tidak lari jauh daripada pemahaman kita tentang diskriminasi kaum di negara tersebut.

Di dalam The Economic Marginality Of Ethnic Minorities: An Analysis Of Ethnic Income Inequality In Singapore tulisan William Keng Mun Lee, beliau telah mendedahkan berlakunya diskriminasi kaum dalam perbezaan pendapatan di antara kaum-kaum di Singapura. Beliau menulis :-

Much of the income difference is due to discrimination. The source of this discrimination lies in the segregation of ethnic minorities in lower-paying jobs and occupations across all industries, reflecting Chinese domination in the economic and political spheres.

Di dalam artikel Assimilation As Multiracialism: The Case of Singapore's Malays tulisan Michael D. Barra & Jevon Low, beliau mendedahkan perlakuan assimilasi kaum yang mungkin menyebabkan berlakunya krisis menafikan identiti kaum Melayu di Singapura. Di antara abstrak beliau :-
This paper argues that the Singapore systems of meritocracy and multiracialism have not been concerned primarily with intercommunal tolerance since the 1970s, but are now programmes of assimilation of the racial minorities into a Chinese-dominated society.
Lebih membimbangkan apabila Singapura hari ini dilihat terlalu liberal yang berkemungkinan mewujudkan konflik pluralisme dek modernisasi dan globalisasi. Kebimbangan ini ditulis oleh Suzaina Kadira dalam artikel beliau yang bertajuk Islam, State And Society In Singapore. Di antara abtrak tulisan beliau:-
It (the article) tries to show how the conflation of ethnic and religious identities is a product of historical and political factors. It explores the growing pluralism within Islam as Singaporean Muslims are exposed to processes of modernization, globalization and Islamization. Ultimately, the paper argues that growing heterogeneity is leading to new tensions in the vertical linkages between Islam and the State in Singapore. New contestations for religious authority are producing pressures to de-link ethnic and religious identity in political representation.

Lee Kuan Yew juga meragui warganegara Melayu Singapura :-

"Jika, contohnya, anda masukkan ke dalam seorang pegawai Melayu yang sangat beragama dan yang mempunyai hubungan keluarga di Malaysia yang bertanggung jawab atas unit senjata mesin gun, itu adalah sesuatu yang sangat sulit Kita harus tahu latar belakangnya .... Saya mengatakan hal-hal ini kerana mereka adalah nyata, dan jika saya tidak berfikir itu, dan saya fikir bahkan jika hari ini Perdana Menteri tidak berfikir dengan hati-hati tentang hal ini, kita boleh memiliki sebuah tragedi. " - Lee Kuan Yew, Straits Times, 19 September 1999 tentang Melayu dalam Angkatan Bersenjata Singapura.


Dan jangan kita lupa bahawa Lee Kuan Yew juga bersetuju dengan konsep ISA!! Beliau pernah berkata :-

"Kita harus penjarakan orang, tanpa pengadilan, apakah mereka komunis, apakah mereka chauvinist bahasa, apakah mereka ekstrimis agama. Jika anda tidak melakukan itu, negara akan berada dalam runtuhan." - Lee Kuan Yew, 1986.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...