Pesuruhajaya PAS Selangor Datuk Hasan Ali berkata, beliau percaya isu berhubung pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri (SUK) akan dapat diatasi.

Exco Hal Ehwal Agama Islam itu menjelaskan, tidak wujud masalah apabila Khusrin melaksanakan dasar-dasar yang ditetapkannya. Bercakap dalam satu sidang media di Gombak hari ini, Hasan berkata isu-isu berkenaan dapat diatasi dengan cara rundingan dan komunikasi yang baik.

Tambahnya, beliau akan dapat bekerjasama dengan baik dengan Mohd Khusrin memandangkan beliau telah mempunyai pengalaman seperti itu dalam kerajaan. Katanya lagi, isu yang timbul susulan daripada pelantikan Mohd Khusrin sebagai SUK lebih banyak disebabkan amalan biasa tidak dipatuhi. Jelasnya, ketua setiausaha negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan boleh melantik sesiapa yang diingininya, namun ia hendaklah mengikut amalan biasa.

"Ia mungkin tidak dinyatakan dalam undang-undang, tetapi mengikut amalan biasa, kerajaan negeri mesti dirunding sebelum SUK dilantik," katanya.

Malah, beliau berkata pelantikan ketua setiausaha sesebuah kementerian juga perlu menerima kelulusan menteri terbabit, mengikut amalannya. Hasan turut memberi amaran, kerajaan negeri mungkin akan menghadapi masalah sekiranya melancarkan serangan peribadi ke atas Khusrin. Jelasnya, tindakan itu tidak adil kepada 28,000 penjawat awam di negeri itu.


"Jika mereka berpiket, kita mungkin akan bermasalah," katanya.


Komen PB

Kalau Pesuruhjaya PAS Selangor , Datuk Hasan Ali boleh bekerjasama dengan SUK baru Datuk Khusrin , mengapa Khalid Gagap & konco-konco tidak boleh terima ??

Adakah Khalid mendapat arahan daripada DAP supaya bantah perlantikan Khusrin ini ?

Susah sangat, tendang sahaja Khalid Ibrahim ini dan gantikan dengan Hasan Ali sebaga MB Selangor !

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...