Nampaknya segala ribut petir dan kecelaruan yang disebabkan oleh isu perlantikan SUK negeri Selangor yang baru, mungkin sudah sampai ke penghujungnya. Segalanya disebabkan oleh satu kenyataan akhbar dari Istana Selangor yang sangat jelas menerangkan satu persatu tentang kemusykilan yang timbul. KLIK SINI


Dan Khalid Ibrahim, Menteri Besar Selangor, sudah tentu terasa pedasnya apabila kenyataan awal beliau disanggah dan diperbetulkan oleh Istana Selangor. Di antara kenyataan Istana Selangor yang menjawap keterangan awal Khalid Ibrahim :-

Mengulas mengenai kenyataan akhbar Y.A.B. Dato’ Menteri Besar pada 3 Januari 2011yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor telah berpandangan bahawa Baginda tidak mempunyai kuasa untuk menerima atau menolak calon-calon yang dicadangkan oleh SPAadalah kurang tepat.

Apa yang sebenarnya berlaku, nama-nama calon untuk jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri telah disembahkan kepada Baginda oleh Jabatan Perkhidmatan Awam yang menjalankan kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan selaras dengan kedudukan Baginda sebagai Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri Selangor.

Baginda memberi perkenan kepada salah satu calon yang dicadangkan.

Selepas itu, calon tersebut telah dipersetujui oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Persekutuan melalui surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Perkhidmatan Awam dan melantik mengikut peruntukan Fasal (1) dan 2(a) Perkara 52 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959. Perkara ini telah menjadi amalan (convention) di Negeri Selangor.
Dan mengenai ura-ura yang mengatakan bahawa Khalid Ibrahim akan mengadakan sidang tergempar DUN Selangor, di bawah adalah jawapan dari Istana Selangor :-
Mengenai cadangan pindaan Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 yang dikatakan akan dibuat oleh Kerajaan Negeri bagi mengembalikan kuasa pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor, Baginda menitahkan supaya cadangan pindaan tersebut dipersembahkan untuk mendapat perkenan Baginda terlebih dahulu.
Seperti yang penulis katakan, kenyataan dari Istana Selangor begitu jelas, komprehensif dan menjawap segala helah dan kemusykilan yang timbul dek isu melantikkan Khusrin Munawi.


Persoalannya sekarang, apakah Khalid Ibrahim dan penasihat-penasihat beliau seperti Anwar Ibrahim akan akur dengan titah Sulatan Selangor atau sengaja mahu memanjangkan lagi isu tersebut?

Kita tunggu dan lihat.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...