alt

Konvensyen pakatan pembangkang baru-baru ini yang mengemukakan Program 100 Hari

Ia mengandungi sembilan perkara termasuk pengurusan negara, ekonomi dan pendidikan yang akan dilaksanakan dalam tempoh 100 hari jika menang pada pilihan raya umum akan datang.

Antaranya mengarahkan Khazanah Nasional dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menyempurnakan pengambilalihan aset lebuh raya oleh kerajaan

Ia kononnya bertujuan menghapuskan tol serta merombak struktur subsidi bagi mengurangkan subsidi kepada swasta dengan memindahkannya bagi menampung perbelanjaan subsidi rakyat.

Selain itu, pembangkang berjanji menaikkan imbuhan guru sebanyak RM500 sebulan dan melupuskan Felda Plantations bagi membuka ladang yang diuruskannya kepada generasi kedua dan ketiga Felda.

Amboi bukan main sedap lagi janji-janji tersebut, tetapi seperti biasa, ia bukan perkara baru bagi pembangkang

Bab janji ni memang kepakaran yang ada pada mereka, tetapi pada masa yang sama, mereka juga mempunyai kepakaran untuk memungkiri janji yang mereka lafazkan itu.

Saya nak pesan pada puak-puak pembangkang ni, cukup-cukuplah menjadi pemimpin yang munafik.

Kalau nak tahu ciri-ciri munafik senang saja.

" Apabila bercakap dia berbohong, apabila berjanji dia tidak menepati janjinya dan apabila diberi amanah dia mengkhianatinya. (Riwayat Muslim)

Itulah apa yang terjadi di Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang sekarang ini.

Sebelum dapat kuasa, merekalah juara rakyat, bila dah diberi peluang, merekalah pemimpin paling bangsat!

Kalau betul mereka mempunyai segala kepakaran dan idea untuk menguruskan ekonomi, kenapa tidak mulakan di negeri-negeri yang mereka ambil alih itu?

Kenapa mesti nak tunggu menguasai Putrajaya baru nak rancang itu dan ini?

Saya ingin berpesan pada Anwar Ibrahim dan konco-konconya, janganlah jadi seperti orang Yahudi yang memang terkenal dengan pendustaan

Golongan Yahudi ini sememangnya tidak akan beriman buat selamanya, walaupun andaikata Allah membangkitkan semula Rasulullah s.a.w. untuk mengajak mereka kepada kebenaran.

Janganlah kita mudah terpedaya dengan janji-janji manis pembangkang seperti mana golongan Yahudi ini dan para pengikutnya kerana mereka tidak akan mengotakan segala apa yang mereka janjikan.

Ini disebabkan kerana sifat-sifat mazmumah yang telah mereka warisi sejak turun-temurun lamanya.

Betul, menabur janji adalah lumrah dalam politik. Namun, menunaikannya adalah satu kewajipan

Dalam Islam, menjadi pemimpin bukan hanya satu anugerah tetapi juga satu amanah Allah.

Kurniaan ini bukanlah untuk dibangga-banggakan, sebaliknya ia datang dengan satu tanggungjawab yang besar.

Untuk melaksanakan amanah ini dengan jayanya, ia memerlukan sahsiah diri yang baik serta etika kerja yang cemerlang.

Bagi saya, pembangkang tidak layak langsung untuk membuat Janji 100 hari itu

Ini kerana mereka tidak mempunyai ciri-ciri seperti mana yang dinyatakan

Ya mereka boleh buat Janji 100 hari, tapi semua orang tahu, mereka juga boleh berdusta 1000 tahun!

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...