Isu Teo Nie Ching yang berpakaian sendat dan tidak menutup aurat juga telah ditegur oleh Nik Aziz Nik Mat.

Di antara laporan tersebut :-

Nik Abdul Aziz berkata, sepatutnya pihak yang bersama Nie Ching dalam program itu terutamanya ahli jawatankuasa masjid memaklumkan tentang etika pakaian yang sewajarnya.

Katanya, ia adalah sebahagian daripada pelaksanaan amar makruf dan nahi munkar iaitu menyuruh perkara baik dan menegah perkara yang dilarang Allah dan merupakan tanggungjawab semua pihak yang tidak seharusnya dilepaskan kepada golongan bergelar pemimpin sahaja.

Sebenarnya isu Teo Nie Ching hanya kecil sahaja dan berpunca daripada pihak masjid yang tidak menegur Teo Nie Ching. Tetapi apabila beliau cuba mempolitikkan isu ini dengan menuduh UMNO dan DS Najib Razak serta tindakan Utusan Malaysia melaporkan isu tersebut, tiba-tiba isu ini menjadi panas dan tertempelak kembali ke muka Teo Nie Ching.


Realitinya, tidak ada pihak yang mempertikaikan orang bukan Islam yang hendak masuk ke dalam perkarangan mahu pun ke dalam masjid. Tidak kira sama ada UMNO atau pun PAS, tidak ada pihak yang melarang orang bukan Islam masuk ke dalam masjid.

Cuma yang diperingatkan ialah supaya orang bukan Islam dan juga orang Islam supaya menutup aurat serta berpakaian tertib. Itu sahaja.

Kerajaan yang dipimpin oleh UMNO/BN selama ini pun tidak menegah mana-mana pihak untuk memasuki masjid. Jika tidak, mana mungkin pelancong-pelancong boleh masuk ke dalam Masjid Negara atau pun Masjid Putra Jaya dan masjid-masjid lain di dalam negara ini.

Realitinya, Teo Nie Ching telah mensensasikan isu beliau dan cuba memburuk-burukkan UMNO, Najib Razak dan Utusan Malaysia. Tindakan beliau sangat biadap dan tidak kena pada tempatnya.

Isu Teo Nie Ching tentu mengingatkan kita tentang kebiadapan Teresa Kok DAP yang mencemar kemuliaan Masjid Negara. Dan sehingga ke hari ini, tindakan biadap beliau itu tidak ditegur oleh pemimpin-pemimpin Islam di dalam Pakatan Rakyat! Sungguh mengecewakan !

Dan sehingga ke hari ini, darah kita tersirap marah apabila melihat gelagat Teresa Kok di dalam video di bawah :-

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...