Jika DUN Tenang tidak hujan, statistik pilihanraya di sini tentu berbeza dan bertambah sengit. Jika merujuk kepada kawasan-kawasan yang majoritinya kaum Cina seperti Labis, Bandar Labis Tengah dan Bandar Labis Timor, peratusan yang mengundi sangat rendah (Labis 53.0%, Labis Tengah 30.0%, Labis Timor 51.4%) jika dibandingkan dengan dengan peti-peti undi yang lain.

Beberapa andaian yang boleh dikemukakan. 1. Hujan 2. Kaum Cina boikot.

Jika tidak hujan, peratusan yang turun mengundi tentu lebih tinggi di kawasan-kawasan orang Cina ini. Dan jika merujuk kepada politik kaum Cina, parti BN kalah dek kaum Cina!

Apakah jawapan Chua Soi Lek selepas ini? Dan apakah strategi parti BN selepas ini apabila terbukti bahawa majoriti kaum Cina sudah menjauhi parti BN?

Alasan mereka mudah dan logik. Harga barang naik, minyak naik, semuanya naik! Pemimpin-pemimpin DAP seperti Lim Guan Eng dan Teo 'aerobik' Nie Chin mengapi-apikan isu tersebut di dalam kempen mereka di sini. Apakah itu alasan mereka sebenarnya atau ada yang lain?

Realitnya, BN tidak bertindak populis seperti parti pembangkang. Memang benar kita perlu berdasarkan kepada fakta dan kenyataan tetapi apakah sehingga tahap menggugat kekuasaan politik di negara ini?

Pembangkang menjanjikan bulan dan bintang tetapi apakah rakyat peduli tentang detail bagaimana bulan dan bintang itu bolah didapati?


BN perlu berbuat sesuatu. MCA mesti digerakkan dari tidur mereka. Mereka mesti buat sesuatu yang ajaib atau pun miracle. Bertindak populis tetapi logik!

Dan hati-hati kepada klinik-klinik di sekitar Labis dan Segamat. Ada orang yang akan mencari MC sehari dua ini!

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...