Pembangkang mahu Kerajaan Malaysia memperbaharui sistem perundangan negara dengan menghapuskan Akta Hasutan yang kononnya peninggalan penjajah kerana ternyata tidak memberikan keadilan kepada mereka.

Salah seorang peguam yang dilantik mewakili Adun Seri Muda, Shuhaimi Shafiei, berkata, sudah sampai masanya Akta Hasutan dihapuskan supaya senang pembangkang menghasut rakyat untuk membenci Raja-Raja Melayu.

Shuhaimi didakwa di bawah Akta Hasutan mengikut Seksyen 4 (1) berikutan siaran pandangan peribadinya di blog beliau pada 31 Disember lepas.

Shuhaimi menulis tentang pelantikan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Selangor, Datuk Khusrin Munawi dan dalam masa yang sama menjemput rakyat supaya membenci Sultan Selangor yang tidak menyebelahi mereka.

Hakim Latifah Mohd Tahar berkata, jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman denda tidak melebihi RM5,000, atu penjara sehingga tiga tahun bagi kesalahan pertama namun membenarkan Shuhaimi diikatjamin sebanyak RM8,000 dengan seorang penjamin.

Kerajaan DAP Selangor melantik melantik tujuh peguam terdiri daripada Latheefa Koya, Yusmadi Yusoff, N Surendran, Amer Hamzah, Fahri Azzat dan Nizam Bashir diketuai peguam hak asasi manusia terkenal, Edmund Bon.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohamad Hanafiah Zakaria dan Ishak Mohd Yusof dan mahkamah menetapkan kes itu akan disebut semula 28 Mac depan.

Ramai pimpinan Pakatan Rakyat Selangor hadir termasuk Ahli Parlimen Kota Raja, Dr Mariah Mahmud, Timbalan Presiden Keadilan, Azmin Ali, Exco Dr Haji Yaakob Sapari, Dr Xavier Jayakumar, Ahli Parlimen Kapar, Manickavsagam dan Bos pakatan Selangor , Teresa Kok serta Adun Subang Jaya, Hannah Yeoh.

Kenapa kerajaan Selangor tidak mengambil 20 orang peguam, apa nak kisah duit rakyat Selangor banyak, hentam saja selagi boleh sebelum Pakatan Rakyat di Selango jatuh lebih baik habiskan duit rakyat Selangor.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...