Apa lagi yang hendak kita perkatakan dengan Cikgu Mala dan suami, adakah Cikgu Mala merupakan bahan eksperimen Pas di Johor untuk menggugat kedudukan Umno. Pas melihatkan ketrampilan Cikgu Mala mampu menggugat calon BN yang kini sudah bergelar Yang Berhormat. Oleh itu kemana sudahnya Cikgu Mala ketika dia tewas dengan majoriti yang bertambah. Cikgu Mala hanya dibantu oleh pengundi Cina yang tak seberapa. Yang pastinya Cikgu Mala sudah tidak bergelar guru lagi bukan kerana sudah bergelar Yang Berhormat tetapi dia sudah jadi penganggur terhormat

Manakala suaminya pula mengalami sakit kemurungan yang melampau hingga sukar untuk pergi ke sekolah, mana perginya pemimpin Pas yang lain, yang atas pentas lantang mempertahankan dan membela Cikgu Mala, kini siapakah yang akan membela Cikgu Mala dan keluarganya. 

Inilah hasil kerja Pas suka menjahanam periuk nasi orang sebagaimana Nik Aziz juga suka menjahanam kesejahteraan Islam di Malaysia.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...