Saya mengaku saya kafir sekejap sebelum saya diingatkan oleh orang Umno supaya bertaubat, akhirnya saya bertaubat nasuha", itulah kata-kata yang telah dirakamkan semasa ceramah Pas di Kampung Seri Jaya. Bab ini memang Nizar patut dipuji kerana sedar dari melakukan kurafat bersama Nga Kor Meng dan Ngeh Khor Ham. Tetapi itu hanyalah sementara sahaja Nizar kembali berbohong kepada warga tua yang pencen di Kampung Seri Jaya mengatakan Umno mengharamkan tulisan Jawi. Dia juga mengatakan bahawa pihak British telah mengarahkan Umno mengharamkan tulisan Jawi. Lihatlah gambar dibawah siapakah yang cuba mengharamkan tulisan jawi.
Jom kita lihat pulak gambar ini
Di sini Nizar sudah berbohong kepada warga tua yang tidak tahu apa-apa kononya kerajaan BN lah yang mengharamkan tulisan Jawi. Nizar juga berkata haram syarie menyokong Umno. kesian warga tuan Kg. Seri Jaya di hari maulud Nabi Nizar sanggup berbohong kepada mereka. Lihat fakta dibawah:
Akhirnya pada 24 Julai, Chow Kon Yeow (Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang) berkata kerajaan negeri PKR dan DAP di Pulau Pinang bersedia menunaikan janji melabelkan jalan dengan bahasa tambahan, selain bahasa kebangsaan di Pulau Pinang. Nama jalan akan dibuat sebagaimana cadangan Teresa Kok pada 14 Februari 2008 janji bukan tulisan jawi.
Nizar juga mengatakan dia berjumpa dengan dengan Duli Tuanku Sultan Perak sebanyak 2 kali bagi mengadu kepada Tuanku bahawa, "Kerajaan patik telah diganggu oleh umno" katanya kemudian dikatanya "Tuanku murka"kepada warga tua Kg Seri Jaya.
Untuk pengetahuan pembaca sekelian Nizar berjumpa dengan Sultan Perak setelah 3 Adun sudah tidak mempercayai kepadanya yang lebih menyebelahi DAP. Nizar berjumpa dengan Tuanku setelah beratus-ratus ekar kayu balak telah diserah kepada DAP, beratus-ratus ekar tanah kampung Baharu telah diberi geran 999 tahun yang tidak pernah dibuat oleh Menteri Besar lain. Nizar jumpa Tuanku setelah beribu-ribu ekar lagi tanah bakal diserahkan kepada pengusaha haram Cina dari Seri Iskandar hinggalah ke Manjung.
Ini membuktikan dia berbohong kepada penduduk iaitu warga tua Kg. Seri Jaya.
Nizar juga mengatakan Umno menjadi penderhaka kepada Sultan Perak, "geram sungguh aku kepada Umno, Sultan pun dia derhaka" kata seorang warga tua yang teliti mendengar ceramah Nizar . Jom kita lihat siapa yang menjadi penderhaka sebenarnya.
Juak haprak inilah juga yang pernah menyerang dan memecahkan kereta Raja Muda Nazrin ketika konflik negeri Perak.Mereka jugalah berbaring diatas jalan menghalang kenderaan Raja Muda. Dari pemimpin hinggalah kepada penyokong semuanya tidak menghormati institusi raja dan memperlekehkan kesultanan melayu .
Satu lagi pembohongan Nizar kepada warga Tua Kg Seri Jaya.
Ketuanan Melayu, "pergi jahanamlah dengan ketuanan Melayu", kata Nizar "Ketuanan Melayu sudah basi, haprak" disambut tepukan gemuruh oleh orang Melayu Kg Seri Jaya.
Secara teknikal, konsep ketuanan Melayu merujuk kepada satu bentuk hubungan dan keadaan di mana bangsa Melayu itu seharusnya mendominasi segenap aspek kehidupan seperti sosial, politik dan ekonomi di tanah airnya berbanding bangsa lain yang turut menetap atau tinggal di tempat yang sama.
Hubungan ini tidak berbentuk feudalisme di mana melalui hak kelahiran, bangsa Melayu menjadi tuan manakala bangsa lain menjadi hamba atau orang suruhan.
Ringkasnya, ia merujuk kepada satu bentuk manifestasi hubungan simbiosis, walaupun tidak sama rata, tetapi tetap memberikan faedah dua hala.
Dalam konteks Malaysia sebagai sebuah negara, terma ketuanan Melayu - dalam perspektif hubungan pelbagai kaum bermaksud satu keadaan di mana bangsa Melayu merupakan pemegang kuasa dan penerima hak istimewa utama dalam pemerintahan, pentadbiran dan perjalanan Malaysia sebagai sebuah negara yang berbilang kaum.

Akhirnya Nizar mengatakan umno menghalalkan maksiat, mari kita lihat siapa sebenarnya yang menghalal maksiat.
Sebuah negeri yang disebut serambi Mekah diperintah oleh Tuan Guru yang sungguh mulia dihati penyokong Pas telah membiarkan maksiat berleluasa berhampiran dengan pejabat pentadbirannya sila klik di sini untuk mengetahui selanjutnya
Sedarlah wahai Nizar anda berbohong kepada ramai warga tua yang tidak tahu fakta sebenar sekadar sedap dengar Nizar berbohong, maka itulah hasilnya

Hadith dari Ibnu Umar r.a katanya: "Saya dengar nabi SAW bersabda:"Bagi tiap-tiap orang yang khianat (penipu) ada bendera yang dipancangkan tanda khianatnya di hari kiamat kelak." (Bukhari)
Rasulullah SAW menjelaskan sifat-sifat orang munafiq, di antaranya: Apabila ia berkata, ia berbohong, apabila berjanji, ia mungkiri dan apabila diberi amanah, ia khianat. Maka wajar jika Rasulullah SAW menyatakan bahawa berdusta atau berbohong itu termasuk dalam dosa besar.
Dalam sebuah riwayat diceritakan, telah datang kepada Rasulullah SAW, seorang lelaki meminta nasihat. Lelaki itu mengaku bahawa dia tidak dapat meninggalkan satu maksiat yang biasa dilakukannya, iaitu berzina.
Mendengar pengakuan jujur lelaki ini Rasulullah SAW berwasiat kepadanya:"Hanya dengan satu perkara: "Laa Takzib! (Jangan berbohong!)."
Ternyata dengan menjaga untuk tetap melaksanakan nasihat Rasulullah SAW itu, lelaki ini dapat menghindari perbuatan maksiat yang susah ditinggalkannya kerana setiap kali dia ingin melakukan zina, dia akan ingat kepada nasihat baginda itu.
"Bagaimana kalau saya ditanya oleh Rasulullah SAW? Jika saya menjawab:”Tidak, bererti saya telah berbohong. Jika saya mengaku bererti saya wajib dihukum", fikir lelaki tersebut sehingga telah berhenti dari berzina. Pas jangan asyik membohongi rakyat selesaikan pembinaan rumah dibawah
Rumah Oku yang dibina oleh Pas dan PKR |
0 Responses so far.
Post a Comment