Pembaziran dan penyelewengan wang rakyat oleh kerajaan Khalid Ibrahim semakin ketara dan tidak dapat di kawal apabila penderhaka Suhaimi Shafie akan dibiayai kos guamannya oleh kerajaan negeri. Ini tentunya satu lagi salah laku kewangan, penyelewengan dan rasuah kerajaan pakatan, ujar Pengerusi Gabungan Anti Penyelewengan Selangor (GAPS), Hamidzun Khairuddin.

Kalau seorang penguasa penjenayah derhaka akan dibiayai oleh kerajaan negeri dengan ratusan ribu ringgit, maka rakyat marhaen yang terkena dengan sebarang tuduhan undang-undang dimahkamah juga berhak untuk menerima bantuan kewangan yang sama dari kerajaan negeri.

"Atau sebenarnya kerajaan negeri Selangor hanya berminat untuk mempertahankan pemimpin yang sama kasta dengan mereka sahaja, manakala rakyat berkasta marhaen akan terus teraniaya.

Pentadbiran korup seperti ini sangat dekat dengan sikap dan perangai Hosni Mubarak, pemimpin sombong dan diktator yang sedang digelodak oleh kebangkitan api perjuangan rakyat," ujarnya dalam satu kenyataan kepada media.

Rakyat berpandangan pembiayaan kewangan guaman ini juga adalah satu lagi bukti sahih bagaimana pentadbiran Khalid Ibrahim sebenarnya adalah juga bersubahat menderhaka kepada DYMM Sultan Selangor dengan bersekongkol bersama Shuhaimi adun derhaka Selangor.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...