Guan Eng pada minggu lepas telah menafikan risalah My Balik Pulau adalah daripada kerajaan negeri DAP PP tetapi sebenarnya itu semua hanyalah satu pembohongan . Bukan main berlagak dan angkuh apek dari Melaka ini memperlekehkan YB Farid Saad yang juga anak jati Balik Pulau dengan menuduh beliau bersikap rasis dan melakukan fitnah terhadap kerajaan negeri . Siap lagi mengata YB Farid ini yang meludah ke langit dan perlu minta maaf secara terbuka.
Kelmarin YB Farid Saad telah mengeluarkan kenyataan medianya mengenai isu dan tidak akan memohon maaf terhadap Guan Eng . KLIK DI SINI
Guan Eng cakap risalah ini dikeluarkan kerajaan Persekutuan kerana berpandukan logo rasmi Pejabat Kementerian Pelancongan P.Pinang . Tetapi dikhabarkan pihak terbabit menafikan menaja risalah berkenaan . Malah mereka juga kesal risalah ini menggunakan logo rasmi itu tanpa kebenaran .
Di sini PB akan bongkarkan siapa disebalik tabir Art ED @ Persatuan Pendidikan Seni PP ini iaitu penerbit risalah ini ? Sebelum itu kita kenal dahulu penyelidik bangang yang kurang ajar ini dan gambarnya pun sudah tersebar di laman facebook . KLIK DI SINI
Namanya Janet Pillay iaitu pensyarah Pusat Seni USM. Pelik kan orang seni yang aktif teater & drama tetapi buat penyelidikan tentang sejarah Balik Pulau . hahaha .. Patut la haprak punya kajian sehinggakan ia berbaur perkauman & menghina bangsa Melayu je. Ini..dia punya profilehttp://web.usm.my/art/html /fcl_janet.htm
macam inikah gaya seorang intelektual & pendidik ?
boleh tengok sendiri nama orang yang bikin itu .tak tahu la orang DAP ini
kenal tak Jannet Pillai . Kalau kenal pun depa akan cakap tak kenal
Apa itu Arts Ed ini ? Apa keja depa buat ? Siapa yang fund depa duit disebalik tabirnya ? Senang saja terus saja masuk ke laman web mereka ini .KLIK DI SINI
Inilah kerja depa dok buat selain bikin risalah My Balik Pulau . Nampak hebat betul lawan web ini malah setanding dengan laman web jabatan kerajaan .Mesti la banyak peruntukan disalurkan !
Tengok kepada apa yang tertera dalam bulatan merah itu . Itu lah Secretariat Socio Economic @ Environmental Reseacrh Institute ( SERI ) . Nampak jelas Arts Ed ini mempunyai kaitan kuat dengan SERI ini . Tak mustahil sumber peruntukan risalah ini adalah daripada mereka
" We are lead by an Executive Committeee under the Secretariat Socio Economic @ Environmental Reseacrh Institute ( SERI ) Penang . "
Apa itu SERI , Penang ? Adakah ia mempunyai kaitan dengan kerajaan negeri ditadbir DAP ? Jawapannya adalah YA ! Boleh lihat sendiri gambar di bawah ini ...
Siapa yang jadi Board Of Director SERI ? Kebanyakkannya adalah pemimpin Pakatan ..
Persoalannya di sini , mengapa Guan Eng berbohong dengan media dan menafikan langsung pembabitan kerajaan negeri ? Sepatutnya kalau Guan Eng cakap tidak tahu langsung mengenai risalah ini serta mengamalkan pemerintahan cekap & telus , beliau hendaklah siasat terlebih dahulu risalah berbaur perkauman ini bukannya menuduh terus orang Balik Pulau seperti YB Farid yang membangkitkan tentang penyebaran risalah ini .
Selain itu , melalui maklumat2 di atas kita dapat lihat dengan jelas sekali kaitan antara Arts Ed iaitu penerbit risalah ini dengan SERI Penang iaitu sebuah Think Thank Kerajaan Negeri PP .
Sekarang siapa sebenarnya yang meludah ke langit ?? Akhirnya ludah itu semua terpalit semula ke mukanya . Tuduhan Guan Eng yang menuduh risalah ini dari kerajaan persekutuan hanya berdasarkan logo rasmi tidak boleh diterima pakai . Jadi, kita tunggu la pulak apa pulak cakap SERI Penang ?
0 Responses so far.
Post a Comment