YAB Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menyatakan bahawa gagasan 1 Malaysia berjaya diterapkan oleh kerajaan Malaysia dalam operasi membawa pulang pelajar-pelajar Malaysia dari Kaherah Mesir. Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan tidak pernah sama sekali mengamalkan dasar 'pilih kasih' dalam menjayakan operasi ini. Tidak terlintas langsung nak memilih siapa yang sokong kerajaan atau tidak, yang kita fikirkan bahawa bagaimana hendak membawa pulang semua pelajar Malaysia yang sejumlah 11,000 orang dalam masa yang singkat.

Katanya lagi, "saya juga bersyukur dan rasa terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi terutama kepada Putera Faisal dan jemaah menterinya kerana sudi membenarkan kita menggunakan bukan setakat ruang udara malah menyediakan penginapan semasa pelajar ditempatkan di Jeddah ini tidak pernah berlaku sebelum ini. Kalau diikutkan kerajaan hendak membawa pulang dari Kaherah  terus ke Kuala Lumpur tetapi  jika ini dilakukan kita hanya dapat menyelamat 500 hingga ke 800 sahaja adalah tidak adil membiarkan hampir 10,000 lebih lagi pelajar kita terdedah kepada bahaya yang menanti.

Dalam majlis menyambut kepulangan pelajar Malaysia dari Mesir Datuk Seri Najib mengumumkan semua perbelanjaan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia, inilah komitmen kerajaan kepada pelajar dan keluarga demi meringankan beban yang akan ditanggung oleh keluarga mereka.

Turut hadir semasa menyambut kepulangan pelajar dari Mesir adalah Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor dan Menteri Kabinet dan kebetulan pada pagi ini ada mesyuarat berkenaan ekonomi tetapi Perdana Menteri sanggup menangguhkan mesyuarat itu demi ingin berkongsi kegembiraan bersama keluarga pelajar-pelajar.

Seramai 778 rakyat Malaysia yang sebahagian besarnya merupakan penuntut di Mesir selamat tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini pagi Isnin.

Dua pesawat yang membawa kumpulan tersebut dari Jeddah ke Kuala Lumpur adalah pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH8029 yang membawa seramai 459 penumpang tiba pada pukul 10 pagi dan pesawat AirAsia yang tiba 20 minit kemudian dengan 319 penumpang.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...