Melalui PAS, Islam tunduk kepada kafir
Hassan Ali kowtim isu tangkapan arak di Shah Alam tahun lalu. Kemenangan kepada Islam atau apa? Sampai bila PAS mahu tunduk pada Ronnie?

Dulu PAS terpekik terlolong mengatakan UMNO dan Barisan Nasional tidak Islamik, malah ada yang sampai kata UMNO ni anti Islam, sebab tak mau buat hukum hudud dan sebagainya. Itu dulu semasa PAS jadi pembangkang di Selangor. Sekarang ni PAS sebahagian dari kerajaan negeri, apa yang dia dah buat?
Tahun lepas isu tangkapan arak di Shah Alam, mula-mula Dato Hassan Ali siap gertak akan letak jawatan kalau arak dijual di Shah Alam. Tapi last-last kowtim, dan arak pon dipulangkan dan dijual di Shah Alam. PAS tewas kat situ.
Sekarang ini, timbul pula isu larangan oleh PBT kepada orang Islam bekerja di premis jualan arak, dan dibantah oleh Ronnie Liu. Setakat ini Hassan Ali dan PAS langsung tak kata apa. Khalid Ibrahim sebagai orang Islam yang memimpin negeri pula kata larangan tak perlu. 

Menurut Berita Harian, Ustaz Ronnie Liu dengan selamba berkata:

Exco perumahan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu mengesahkan arahan sudah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan, untuk menarik semula syarat itu kerana kerajaan negeri tidak menyedarinya sambil mendakwa beliau tidak dirujuk. 

Dengan sinis beliau menyatakan tindakan MPSJ akan menimbulkan rasa tidak senang kalangan orang ramai, khususnya masyarakat bukan Melayu dan tidak praktikal kerana orang Islam akan kehilangan pekerjaan. 
Ronnie langsung tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam tetapi mengutamakan kepentingan ahli perniagaan bukan Islam yang menjual minuman keras. Malah undang-undang yang berkuatkuasa seperti termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah langsung tidak dihiraukan. 

PAS pula kata apa?Ada terpekik terlolong sampai buat demonstrasi bantah hal ini?
Ada yang baring atas jalan tak? Ada yang sampai himpun di masjid negara tak? Ada yang hantar memorandum pada Agong tak?

Isunya adalah, PAS adalah sebahagian dari kerajaan Negeri Selangor, kenapa tak bantah? Kenapa tak lawan balik? OK sekarang ni tau lah ADUN PAS memang paling sikit dalam kerajaan Pakatan Haram, tapi macamana plak dengan ADUN Islam dari PKR? Penakut ke?

Takkan dalam hal ini PAS nak salahkan UMNO? PAS yang tak buat apa-apa, UMNO jugak salah? Jangan jadi bodohla PAS, kegagalan PAS menangani isu ini sebenarnya dah menjelaskan kedudukan PAS di dalam kerajaan Negeri Selangor. PAS ni tak lebih sebagai tukang sorak, tukang bising2 untuk jatuhkan UMNO, tukang buat demo dan tukang buat solat hajat ramai-ramai dan ceramah. Yang untung akhirnya DAP dan PKR, khasnya kafir-kafir dalam tu. Umat Islam dapat apa? Islam sendiri dapat apa di bumi Selangor? 

Jadi benarkah PAS itu perjuangkan dan ingin menegakkan syiar Islam di Malaysia? Atau hanya menggunakan Islam untuk menjatuhkan UMNO untuk berkuasa? Fikir-fikirkanlah..

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...