Nampaknya wayang opera yang dilakonkan oleh DAP, PAS dan Pakatan Rakyat di Selangor semakin terserlah!

Rujuk di bawah :-


Awal minggu lalu dilaporkan bahawa MPSJ telah memutuskan untuk mengambil tindakan membatalkan lesen perniagaan premis yang melanggar enakmen itu, tetapi Exco Kerajaan Negeri Selangor Ronnie Liu kemudian mengarahkan agar keputusan itu ditarik balik.
Ekoran keputusan itu, kerajaan negeri Selangor berbelah bahagi dalam isu tersebut memandangkan Exco Kerajaan Negeri, Datuk Dr Hasan Ali yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor tidak bersetuju dengan arahan Liu.
Hasan bertanggungjawab ke atas soal agama Islam manakala Liu pula pentadbiran pihak berkuasa tempatan.
Bagaimanapun Liu mempertahankan bahawa keseluruhan Exco Kerajaan Negeri telah bersetuju untuk menarik balik keputusan MPSJ sementara kajian susulan dikendalikan.
Yang memualkan ialah kenyataan Lim Kit Siang yang cuba berdolak-dalih dengan tindakan Ronnie Liu! Persoalannya, jika benar isu tersebut hanya berkaitan dengan pihak mana yang patut diberi kuasa untuk menguatkuasakan enakmen tersebut,
1. Kenapakah Ronnie Liu tidak berbincang dulu dengan Hassan Ali, Exco Selangor yang dipertanggungjawabkan menjaga hal ehwal Islam?
2. Kenapa Ronnie Liu bertindak sendiri seolah-olah menganggap Hassan Ali, yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor, tidak signifikan dan tidak perlu dirujuk?

Dan kini, Lim Kit Siang cuba menegakkan benang yang basah padahal konflik kuasa di antara DAP dan PAS Selangor begitu nyata dan diketahui umum!
Ironinya, seperti yang diketahui bahawa Lim Kit Siang tidak akan menyokong konsep Islam parti PAS, beliau telah mendahului keputusan Exco Agama Islam Selangor dengan mengatakan bahawa enakmen tidak diperlukan di dalam isu ini! Rujuk di bawah :-

Ketika ditanya sama ada beliau bersetuju dengan enakmen itu dan masyarakat Islam harus dilarang daripada bekerja di premis-premis terbabit, Lim enggan mengulas lanjut.
“Saya rasa biarkan perkara ini sebagaimana yang ada sekarang. Seperti saya kata (tadi), pertikaiannya bukan mengenai enakmen, tetapi pihak berkuasa yang boleh menguatkuasakannya,” kata beliau. seterusnya
Nah..Lim Kit Siang sendiri mengatakan bahawa 'pihak berkuasa yang boleh menguatkuasakannya' tetapi apabila MPSJ mengarahkan pekerja Islam tidak dibenarkan terlibat di dalam arak di premis-premis hiburan, si Ronnie Liu pula yang melenting dan marah!

So...mana satu yang betul ni ? Kelam kabut sungguh Pakatan Rakyat ini! Isu di atas pun sudah berbeza pendapat dan tayang kuasa, belum lagi isu-isu negara jika mereka memerintah. Tetapi rakyat Malaysia sudah dapat menilai kepimpinan Pakatan Rakyat yang hanya pandai berlakon sahaja tetapi bergaduh sesama sendiri di dalam selimut katil mereka!

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...