Kenyataan Akhbar Istana Selangor yang dikeluarkan KLIK SINI jelas menunjukkan bahawa Sultan Selangor amat murka terhadap Shuhaimi Shafiei, ADUN Seri Muda kerana keceluparan beliau di dalam blog beliau.

Rujuk di bawah :-

Sindiran beliau (Shuhaimi Shafiei) yang menyatakan D.Y.M.M. Sultan Selangor seolah-olah sebagai “beraja di mata, bersultan di hati” adalah amat keterlaluan dan boleh mengelirukan rakyat. Kenyataan beliau yang sedemikian boleh dianggap sebagai cuba memberi amaran kepada D.Y.M.M. Sultan Selangor dan cuba mempengaruhi rakyat untuk membenci Baginda.
Sultan Selangor amat murka terhadap tindakan kurang ajar Shuhaimi Shafiei. Inilah di antara pemimpin-pemimpin Parti Pembangkang yang berlagak pandai tetapi sebenarnya cetek otak beliau. klik sini

Penulis menyarankan kepada Shuhaimi Shafiei supaya menghadap Sultan Selangor dan juga mengeluarkan kenyataan bertulis di dalam blog dan juga media-media lain yang menyatakan tanda kesal dan meminta ampun kepada Sultan Selangor.

Tidak perlulah Shuhaimi Shafiei berlagak sombong dan angkuh pula. Buruk nampaknya !!

Selain daripada itu, kenyataan akhbar itu juga mengatakan :-

Dimaklumkan bahawa pelantikan Setiausaha Kerajaan Selangor tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 sebagaimana yang dinyatakan oleh beliau, kerana Baginda hanya memberikan perkenan dan tidak menjalankan fungsi dan kuasa Baginda di bawah Undang-Undang Tubuh. Perkenan Baginda tidak tertakluk kepada peruntukan Fasal (1) dan (1A) Perkara 55 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 Perkara 55(1)(1A).
Kenyataan akhbar Istana Selangor tersebut secara langsung telah menjawab segala persoalan serta mematahkan segala helah Khalid Ibrahim, Anwar Ibrahim, Zuraida Kamaruddin dan seluruh jentera Pakatan Rakyat. klik sini klik sini

Mereka juga mungkin mahu memperalatkan isu ini di DUN Tenang kelak tetapi nampaknya mereka terpaksa gigit jari!


p/s : Melayu sesama Melayu berlawan melibatkan Sultan Melayu ! Siapa yang untung ??

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...