c

Orang nak bertanding, dia nak bertanding.  Orang bersedia berkhidmat tanpa halangan tetapi dia baru berkempen pun dah penuh dengan halangan.

Nak bersalam dengan lelaki tak boleh, nak meredah banjir tak boleh dan nak berenggang dengan suami pun tak boleh.  Ke hulu ke hilir si Normala Sudirman mengheret suaminya berkempen.

Tidak pasti sama ada suaminya yang cemburu atau Normala yang manja dan mengada-ngada ingin suami sentiasa bersama atau PAS yang menyuruh mereka berbuat begitu konon untuk menonjolkan imej wanita solehah yang sentiasa ditemani suami bimbang menjadi bahan fitnah.

Maklumlah, PAS memang suka memfitnah jadi mereka gusar kalau-kalau orang lain juga suka memfitnah seperti mereka.

Kemuncak kisah Normala tak boleh berenggang dengan suami ini ialah apabila suami sanggup menipu untuk mendapatkan cuti sakit semata-mata untuk  menemaninya berkempen.     Bukan tiga hari tetapi 21 hari sepanjang bulan ini sahaja!

Untung sisuami bekerja dengan kerajaan iaitu sebagai guru.   Kalau pekerja swasta harus sudah dibuang kerja kerana menipu.   Mana tidaknya, walaupun kononnya sakit, seluruh negara melihat bagaimana dia mengiringi isterinya ke sana sini.

Alasan yang tertulis di sijil cuti sakit pula ialah kemurungan.  Kemurungan adalah satu penyakit yang berkaitan dengan jiwa.  Jika benar suami Normala mengalami kemurungan, ini adalah petanda awal bahawa Normala tidak mungkin akan dapat memberi khidmat dengan baik kepada rakyat Tenang nanti kerana terpaksa menjaga suaminya.

Ini kerana kemurungan dikenalpasti sebagai penyakit yang mampu membawa kepada tragedi tidak diingini seperti bunuh diri atau bertukar menjadi ganas.   Akhir-akhir ini kita sering mendengar tragedi ngeri berlaku semata-mata kerana masyarakat dan ahli keluarga gagal mengenalpasti atau mengubati masalah kemurungan di peringkat awal.

Jika kemurungan suami Normala adalah berpunca dari cemburu yang keterlaluan maka kita bimbang andainya Normala ditakdirkan menang dan perlu ke sana ke mari menghadiri majlis atau menangani masalah rakyat seorang diri, suaminya tidak dapat menerima dan akan bertindak melakukan sesuatu yang diluar dugaan pula nanti.

Justeru, Normala harus tampil menjelaskan bagaimana dan kenapa suaminya mendapat cuti sakit.  Jika benar suaminya mengalami masalah jiwa, maka dia harus memikirkan dengan serius untuk menarik diri dari bertanding.

Tetapi jika ini tidak benar, maka suaminya dan juga doktor yang terlibat wajib dikenakan tindakan oleh pihak-pihak yang berkenaan.

Walaubagaimanapun, mungkin juga cemburu suaminya itu berasas kerana sejarah perkahwinan mereka juga adalah bermula dari kecurangan Normala terhadap suami pertama.  Dia tahu Normala adalah seorang isteri yang mampu dan sanggup berlaku curang.  Perkahwinan mereka berdua adalah buktinya.

Suami Normala juga tahu bagaimana Normala sedia memberi lebih dari sekadar cinta andainya tersangkut dengan lelaki lain pula.  Dan dia sendiri menjadi saksinya.

Gara-gara ingin berpolitik melalui parti yang suka mengaibkan orang lain, maka kini Normala terpaksa menerima hakikat bila aibnya pula dibuka.  Tak fasal-fasal kisah hitam silam 13 tahun dahulu ketika di maktab perguruan kini timbul kembali.

Barulah kita faham kenapa si suami tidak berani melepaskan isteri sendirian.  Apatah lagi ramai di kalangan Ustaz-ustaz PAS sendiri terdiri dari tukang kebas isteri orang.

Melihat dari sikap suami isteri ini, kita tidak dapat membayangkan bagaimanakah agaknya Normala hendak berkhidmat kepada rakyat nanti?   Tidak mungkin setiap kali ada mesyuarat atau lawatan maka suaminya perlu mengambil cuti sakit?  Tidak mungkin juga segala masalah rakyat hanya boleh ditangani selepas suaminya pulang dari kerja?

Dan, kenapa PAS tak letak suami Normala saja sebagai calon?  Tentu hilang segala sakit jiwanya.

Tanggungjawab kerja bukanlah soal remeh apatah lagi sebagai guru yang sepatutnya memberi contoh terbaik kepada murid-muridnya.   Dan bagi Normala pula adalah lebih lagi iaitu sebagai ‘bakal’ wakil kepada rakyat yang sepatutnya menonjolkan sifat amanah dan tanggungjawab.

Semua ini hanya menguatkan lagi persepsi ramai bahawa PAS adalah parti hipokrit terulung dan guru-guru yang berpaksikan ajaran PAS kebanyakannya malas, sombong dan tidak amanah.

Menjadi guru saja sudah tidak layak, bagaimana untuk menjadi wakil rakyat?

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...