1. Perhubungan UMNO Negeri selangor hari ini melantik Dato' Satim Diman bagi menggantikan Dato' Seri Dr. Khir Toyo sebagai Ketua Pembangkang bagi menghadapi Pakatan Rakyat di dalam Dewan Negeri. Perlantikan ini dibuat setelah Khir Toyo baru-baru ini mengambil keputusan untuk meletak jawatan sebagai Ketua Pembangkang bagi memberi tumpuan terhadap kes hartanah yang sedang dihadapinya.


2. Dato' Satim merupakan setiausaha Perhubungan Negeri sebelum ini dan kini digantikan oleh ahli Parlimen Sepang yang juga merupakan bekas Menteri KerjaRaya. Selain dari perubahan ini, tidak ada lagi rombakan yang berlaku membabitkan semua jawatankuasa Perhubungan Umno Selangor.

3. SMB memuji sikap dan tindakan yang diambil oleh Khir Toyo yang mahu memberi tumpuan khusus terhadap kesnya dan berundur buat sementara waktu dari beberapa jawatan dalam politik. Ini menunjukkan komitmen beliau yang tidak mahu mencampur adukkan politik dan hal peribadinya. Ia juga menggambarkan rasa tanggungjawab Khir Toyo yang tidak mahu kedudukan UMNO di Selangor tercalar gara-gara kes yang dihadapinya. Apapun SMB mengucapkan selamat maju jaya kepada Dato' Satim dan berharap agar pembangkang Selangor akan menjadi satu barisan yang berkualiti demi memajukan rakyat dan negeri Selangor.

"Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Serdang, Datuk Satim Diman dinamakan sebagai ketua pembangkang baru bagi menggantikan Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo.

Badan Perhubungan UMNO Selangor membuat perubahan di dalam barisan ahli jawatankuasa pengurusannya dengan Ahli Parlimen Sepang, Datuk Ir. Mohd Zin Mohamed dilantik sebagai Setiausaha.

Umno Selangor memilih Satim, yang sebelum ini merupakan setiausaha badan perhubungan negeri, pada mesyuaratnya malam tadi.

Tempat Satim digantikan oleh bekas Menteri Kerja Raya Datuk Mohd Zin Mohamed.
Rombakan kecil ini dibuat ekoran keputusan Khir melepaskan jawatan tersebut awal bulan lalu.

Perubahan itu tidak melibatkan lain-lain jawatan dan ia berkuat kuasa serta merta." - Politik Harian.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...