Siapa kata pembangkang adil? Siapa kata pembangkang akan bawa pembaharuan kepada politik Malaysia jika ditakdirkan memerintah negara? Buktinya pembangkang mengharamkan penggunaan logo 1Malaysia pada banner dan papan tanda seluruh negeri Selangor tapi tidak pula mengharamkan Kafe Rocket United yang terletak bersamanya logo DAP – sebuah parti politik. Kafe ini terletak di SS2 Petaling Jaya.

Alasan utama pengharaman menurut peraturan kecil kerajaan tempatan Selangor ialah kerana 1Malaysia berunsurkan politik. Kita dah bincang, tiada apa yang politik mengenai 1Malaysia, sementara itu Kafe Rocket United ini terang-terang berunsurkan politik.

Tapi kenapa tidak diambil tindakan?

Ini macam mana cerita? Selama ini pembangkang tuduh kerajaan BN tidak adil dan bagi peluang sama rata kepada pembangkang, nah, sekarang depa sendiri menunjukkan sikap berpilih dalam melaksana peraturan dibawah kerajaan yang diperintah mereka.

Padanlah LKS tak berkenan dengan pengharaman logo 1Malaysia pada papan tanda perniagaan di Selangor atas alasan politik, rupanya DAP ada terbabit sama melalui Rocket Cafenya. Nampak sangatlah penguatkuasaan berpilih ya.

Jadi macam mana yang dikatakan pembaharuan dan kelainannya tu? Dulu pun pembangkang tuduh kerajaan BN tidak adil apabila tidak menyalurkan peruntukkan pembangunan kepada ADUN dan MP mereka, hari ini di Selangor dan negeri lain yang diperintah pakatan haram ini, adakah mereka salur peruntukkan kepada ADUN dan MP BN?

Kontraktor dinegeri-negeri tersebut sekarang semua dikalangan kroni mereka juga, takdepun mereka bagi projek kepada syarikat yang diketahui punya kaitan dengan UMNO. Apakah maksudnya tu?

Maksudnya sebelum apa yang mereka tuduh kepada kerajaan BN itu belum tentu benar, mereka sendiri sudah menunjukkan akan berlaku tidak adil kepada pihak-pihak yang tidak menyokong mereka nanti. Kalau tidak mengata orang lain tahanla jugak, ini mengata sungguh, kronilah, itulah, inilah tapi rupanya dia lagi teruk.

Ini yang kita mintak rakyat seluruh negara timbang dan kaji bagaimana sebenarnya pembangkang ni. Kalau Anwarlah Perdana Menteri, maksudnya tidak akan ada apa yang berubah malah lebih teruk lagi.

Pembangkang nampaknya tidak abis-abis telan air liur sendiri sejak dapat rahmat menang banyak hasil kebencian rakyat terhadap kepimpinan Tun Dol dalam PRU 2008 lepas.

Ini semua untuk kita sebagai rakyat menilai sokongan yang mana dah ‘terbagi’ kepada pembangkang dulu supaya tidak diulang dalam pilihanraya akan datang.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...