Pendirian secara terbuka pemimpin Pas yang sanggup mati untuk mempertahankan Pengerusi DAP, Karpal Singh membuktikan sikap hipokrit parti itu yang kononnya mahu menegakkan prinsip memperjuangkan dasar pembentukan negara Islam.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Senator Datuk Musa Sheikh Fadzir menegaskan, hakikat itu jelas apabila Pas mula sanggup mengetepikan asas perjuangan sejak sekian lama semata- mata untuk mempertahankan Karpal yang sejak awal-awal lagi menentang dasar perjuangan negara Islam Pas.

"Amat sukar untuk dipercayai apabila pemimpin Pas yang selama ini begitu lantang memperjuangkan Islam berikrar sanggup mati untuk mempertahankan Karpal iaitu orang yang secara terang-terangan dan tegas menolak perjuangan Pas.

"Ini gambaran yang jelas bahawa Pas sendiri sebenarnya tidak ikhlas malah tidak berniat pun untuk menubuhkan negara Islam," katanya selepas merasmikan majlis gunting rambut beramai-ramai sempena Program Jom Pi Sekolah 1Malaysia di pekarangan Wisma UMNO di sini hari ini.

Musa yang juga Ketua UMNO Bahagian Bukit Mertajam berkata, Wan Abd. Rahim perlu menginsafi perbuatannya itu kerana ia seolah-olah mengkhianati perjuangan Pas dalam usaha menegakkan perjuangan Islam sejak awal penubuhan parti itu.

"Janganlah kita berpolitik sehingga sanggup nak gadai agama, berpada-padalah. Inilah pengajaran untuk penyokong Pas supaya mereka menilai sendiri bagaimana parti itu sudah menjadi parti yang tidak berprinsip.

"Kalau dia (Wan Abd. Rahim) sanggup mati untuk Karpal, saya lebih rela atau sanggup mati kerana Islam kerana saya sendiri tidak mahu mati kerana parti," tegasnya.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...