Para hadirin termasuk wartawan dan jurugambar yang hadir di majlis angkat sumpah taat setia Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baharu Datuk Khusrin Munawi di Istana Bukit Kayangan,Shah Alam pagi Khamis terkejut seketika. 

Ini apabila melihat kelibat Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim muncul. Hadir bersama beliau ialah beberapa orang Exco Kerajaan Negeri. 

Sebelum ini beliau ada kata tidak akan hadir majlis itu. Namun Rabu, apabila ditanya oleh wartawan beliau berteka teki kata tunggu esok. 

Dalam dewan majlis, Khalid duduk selang seorang sebaris dengan Khusrin di barisan depan. 

Beliau kelihatan bersalam dengan Khusrin. 

Apapun kemudiannya kenyataan media beliau diedarkan kepada wartawan. 

Dalam kenyataan itu Khalid kata beliau hadir sebagai hormat Sultan tetapi kerajaan negeri tetap dengan pendirian tidak setuju Khusrin dilantik sebagai SUK. 

Sultan Selangor jarang bertitah di majlis angkat sumpah. Namun kali ini baginda berucap. 

Khalid 'kena sebiji' apabila baginda menyuarakan rasa kesal kerana banyak titah baginda telah dimanupulasi hingga kelirukan rakyat. 

Baginda juga tegaskan bahawa pelantikan Khusrin sebagai SUK adalah mengikut prosedur undang-undang tubuh negeri Selangor dan perlembagaan Persekutuan. 

Sultan juga tidak mahu pelantikan ini dipolitikan dan disensasikan.- Berita lanjut akan menyusul 

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...