Shuhaimi Shafiei hanya menghantarkan officer beliau untuk menjelaskan isu penderhakaan beliau kepada Sultan Selangor? 

Ya, itulah yang dilakukan oleh Shuhaimi Shafiei, ADUN Seri Muda. Tindakan beliau itu seperti menunjukkan bahawa beliau tidak tersinggung atau berasa bersalah padahal isu yang dicipta oleh beliau adalah sangat berat terutamanya di hati rakyat Selangor.
 Beliau menghantar officer beliau untuk berdepan dengan para wartawan, satu tindakan pengecut dan tidak bertanggungjawab!

Tetapi kita juga faham kenapa Azmizam Zaman Huri, officer beliau yang dihantar. Senang sahaja iaitu jika ada kenyataan dan jawapan yang menambah atau menimbulkan kontroversi, Shuhaimi boleh menyalahkan officer beliau. 


Beliau boleh berkata bahawa kenyataan itu adalah kenyataan peribadi officer beliau, sama seperti yang diperkatakan oleh Khalid Ibrahim tentang kenyataan akhbar Istana Selangor. Khalid Ibrahim mendakwa bahawa kenyataan akhbar tesebut bukan datang daripada Sultan Selangor.
Tergelak pun ada muak pun ada apabila Khalid Ibrahim cuba menegakkan benang yang basah. Apakah beliau fikir ada pihak di dalam istana Selangor yang berani sewenang-wenangnya mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi tanpa mendapat perkenan daripada baginda dahulu? 


Azmizam dapat jemputan tiap kali model kereta mewah Mercedes keluar ! Elit..kaya..bagaimana?

Dan memang benar,
 kenyataan Azmizam yang juga Naib Ketua AMK itu ternyata
 menambahrumit lagi status penderhakaan ADUN tersebut!

Apabila ditanya soalan bahawa Sultan Selangor sendiri menyatakan rasa tersinggungnya dengan kenyataan Shuhaimi, officer ADUN Seri Muda seperti memperlekehkan kewibawaan Sultan Selangor untuk berfikir sendiri! 



Azmizam mendakwa
 baginda sebenarnya menerima pandangan daripada penasihat-penasihat baginda yang menyalah anggap isu tersebut!

Persoalannya, jika benarlah Sultan Selangor berbuat demikian, apakah officer ADUN Seri Muda itu menganggap Sultan Selangor tidak berupaya untuk berlaku adil sehinggakan senang terpengaruh dengan penasihat-penasihat baginda? 


Kan kurang cerdik namanya dakwaan officer ADUN Seri Muda itu, sama seperti boss beliau dan juga bossADUN itu iaitu Khalid Ibrahim !


Nampaknya, dari sehari ke sehari, bertambah ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang perlu meminta maaf kepada Sultan Selangor! So, who is next ?


Khalid Ibrahim mendengar janji Khusrin Munawi.. Ok la tu!

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...