Pindaan Undang-undang negeri Selangor yang akan dibawa kesidang tergempar Dewan Undangan Negeri Selangor adalah perancangan balik tabir DAP. Segala idea itu datang dari akal DAP. Pas hanya jadi pak turut sahaja. Antara PKR dengan Pas tidak jauh bezanya. Mereka tidak sedar ada agenda tersembunyi orang lain.

Kalid hanyalah boneka kepada DAP. Kepimpinan PKR tidak mampu berfikir sejauh itu. Mereka dikalangan yang bebal perundangan pentadbiran awam diMalaysia. Sudah pasti mereka tidak dapat merangka undang-undang-undang pindaan itu. Lihat sahaja apa yang ditulis oleh Suhaimi Shafiei tafsirannya sangat jauh melencung dan salah.

Sudah pasti dalam seminggu dua ini pakar-pakar undang-undang DAP akan berkerja keras menyiapkan deraf pindaan itu. Mereka akan pastikan bahawa kelibat kerajaan pusat tidak melintas langsung dalam pindaan itu, yang melibatkan penjawat penting dinegeri berkenaan.

Pegawai undang-undang negeri sudah tentu dirujuk dalam pindaan memperkukuhkan kerajaan boneka tersebut. Harus diingat bahawa jangan sampai pindaan itu merugikan masa hadapan orang melayu dan hak yang terkandung dalam semangat asal. Biarkan kalid terjun dengan labu-labunya.

Sebarang yang ada niat tidak baik terhadap peribumi akan pasti tewas diakhirnya nanti. Sesuatu itu bergantung kepada niat . Niat itu boleh kita bincangkan setelah kertas itu dibentang dan diluluskan nanti.

Sama-samalah kita tunggu dan lihat. 

Mata Angin

Baca juga Melayu Pembangkang Dikuda DAP derhaka Sultan di MyKMU sini

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...