Ng Wei Aik masih panas dengan isu 'tutup kedai balik India' beliau. Selain daripada isu ini, Ng Wei Aik pernah menghangatkan Dewan Undangan Negeri tidak berapa lama dulu dengan menggelar pihak yang berdemonstrasi pada 2 November 2010 sebagai 'monyet' yang diikat.

Tanpa beliau sedari, mereka yang terlibat di dalam demonstrasi itu juga terdiri daripada ahli-ahli PAS! Ahli PAS pun 'monyet' yang diikat!


Mengenai isu 'balik India', penulis sempat menelefon Mohamed Kassali, pengusaha Kedai Nasi Kandar Mohamed Aliyar yang diterjah oleh ADUN Komtar tersebut. Secara ringkasnya, beliau memberi tahu bahawa Ng Wei Aik memang telah bertindak kasar di malam itu dan menyebut ayat 'tutup kedai balik India'.

Beliau juga mempunyai saksi yang mendengar Ng Wei Aik berkata demikian. Laporan polis telah dibuat. Begitu juga laporan yang dibuat oleh saksi di malam kejadian tersebut. Persatuan NGO KIMMA turut membantu pengusaha keadi tersebut.

Apabila ditanya lebih lanjut, Mohamed Kassali mengatakan bahawa isu beliau sekarang terletak di tangan pihak polis dan menyerahkan segalanya untuk siasatan dan keputusan pihak polis. Difahamkan juga bahawa Ng Wei Aik telah bersama-sama para wartawan termasuk RTM yang dikatakan telah merakam insiden yang berlaku di Kedai Nasi Kandar tersebut.

Selain daripada itu, terdapat berita bahawa Ng Wei Aik telah mengadakan kempen mengutip tandatangan dan mengedar risalah kononnya untuk menuntut keadilan kepada mendiang Teoh Beng Hock. Wei Aik telah berada di Lebih Campbell, pasar Chowrasta dan Lebuh Carnarvon.

Kesemua kawasan ini adalah kawasan pengundi tegar DAP,Ng Wei Aik mengedarkan risalah bertajuk "Keadilan Untuk Beng Hock" sambil mengutip tandatangan kononnya untuk mengesa kerajaan tubuhkan suruhanjaya diraja.

Tindakan Ng Wei Aik itu seperti menunjukkan bahawa beliau tidak tahu perkembangan terbaru isu Teoh Beng Hock atau pun beliau memang sengaja mendungukan diri!

Realitinya, kerajaan telah mengambil inisiatif untuk menubuhkan Suruhanjaya Di Raja untuk menyiasat kes Teoh Beng Hock itu.

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...