Krisis SUK Negeri Selangor menjadi semakin rumit apabila Khalid Ibrahim sudah mulai menggunakan satu pendekatan baru untuk mencabar.

Rujuk di bawah :-

Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.

Menteri Besar merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.
Yang kelakarnya ialah dimanakah rasionalnya Khalid Ibrahim mencabar 'UMNO' sedangkan perbincangan belum pun dijalankan?

Malah, tarikh sidang khas pun belum ditetapkan lagi. Dan perincian mengenai pindaan perlembagaan dan tarikhnya pun belum lagi dipersembahkan kepada Sultan Selangor untuk mendapat perkenan baginda.

Tahu-tahu sahaja Khalid Ibrahim sudah menyembur kata-kata 'mencabar'! Apa halnya tu Khalid Ibrahim? Dah marah sangat sampai hilang pertimbangan kerasionalan fikiran? Cauvinis DAP dah setuju ke?

Ironinya, pendekatan 'mencabar' di Selangor sebenarnya juga digunakan di sebuah lagi negeri Kerajaan Pakatan Rakyat iaitu Pulau Pinang! Seperti yang kita tahu, Lim Guan Eng amat berminat untuk menjadi yang pertama.


Maka, apabila Lim Guan Eng mahu menjadikan Pulau Pinang negeri hijau pertama di Malaysia dengan mengisytiharkan inisiatif “Tanpa Beg Plastik Percuma Setiap Hari” (Percuma?), beliau 'mencabar' BN dan Gerakan Pulau Pinang supaya menyokong 'inisiatif' beliau.

Beliau 'berasa hairan' BN dan Gerakan tidak menyokong 'inisiatif murni' beliau. Ironinya lagi, seperti Khlaid Ibrahim di Selangor, Guan Eng mencabar BN dan Gerakan tetapi difahamkan bahawa parti-parti tersebut tidak dibawa untuk berunding dan ditanya pandangan mereka.

Tahu-tahu sahaja Lim Guan Eng mencabar BN dan Gerakan!

Alahai...apa nak jadi dengan pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat ?

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...