SHAH ALAM – “Saya tidak ada musuh tetapi orang yang buat saya macam musuh,”

Itu luahan hati Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Selangor yang baru, Datuk Mohamad Khusrin Munawi (gambar) mengenai kemelut pelantikannya yang tidak direstui kerajaan pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menyedari kontroversi pelantikannya kian hangat, beliau mengambil jalan untuk berdiam diri selepas ini.

“Saya tidak mahu komen lagi (pasal isu pelantikan) sebab ia nanti akan menghangatkan lagi isu itu,” katanya ketika dihubungi di sini semalam.

Beliau juga mengaku tidak hadir mesyuarat mingguan Exco di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di sini semalam tetapi memberikan alasan yang munasabah.

“Saya tidak pergi mesyuarat sebab belum angkat sumpah di hadapan Menteri Besar,” katanya ketika dihubungi pagi semalam.

Persoalannya disini kenapa Cina DAP terlalu takutkan Khusrin? Adakah latarbelakang Khusrin lebih keagamaan membuatkan susah cina DAP nak ‘kautim’. Khalid hanya mengikut sahaja apa kata DAP walaupun dia adalah Menteri Besar. Menteri Besar yang tiada ‘power’ seperti DS Nizar di Perak

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...