Amatlah menghairankan apabila walaupun kes ini kecoh di Malaysia dan Indonesia akhir-akhir ini, web Migrant CareIndonesia langsung tidak berani menyentuh isu ini dalam kenyataan-kenyataan di laman web mereka. Bukti besar bahawa perkara ini cerita adalah palsu yang usang.

Robengah balik ke Jawa Tengah pada bulan Februari 2007. Kesnya mula muncul pada bulan 24 Julai 2007. Ketika itu Migrant Care baru sahaja membuat ulah di Kedutaan Malaysia si Jakarta. Lebih tepat 20 Jun 2007. Menurut blog agen fitnah Ibnu Hasyim:

Country Director Migrant Care, Alex Ong (gambar) dikatakan mengesahkan kejadian itu. "Beliau dirogol pada 19 Februari 2007 di Kuala Lumpur. Kemudiannya dihantar balik ke Indonesia pada 20 Februari 2007," kata Alex.

Menurut laporan Serakahdaily :
Melalui alamat yang diberikan adik mangsa itu, mereka berjaya menemui Robengah yang sedang sibuk mempersiapkan makanan untuk pekerja yang sedang mempersiapkan rumah baru mereka.

Robengah kali ini juga meminta agar ia tidak diperbesarkan namun dia mengesahkan telah diperkosa menjelang pulang ke kampung halamannya. Menurut adiknya, kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendirioleh isteri menteri ini. Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007.

Hari ini, portal berita Indonesia DetikNews menyiarkan berita hasil perjumpaan Kepala Badan Nasional Penempatan dan Perlindungan Tenaga Kerja Indonesia (BNP2TKI) dengan Robegah pada pagi Jumaat 7/1/2011 menjelaskan pengakuan Robengah bahawa dia tidak pernah dirogol atau menghadapi perlecehan seksual di kediaman Rais Yatim :

Jika benar ianya merupakan kejadian 19 Februari 2007 dan berlaku pengusiran pada 20 Februari 2007, mengapa Robengah tidak melapor kepada pihak berkuasa pada 21 Februari 2007? Mengapa 'mangsa aniaya' memerlukan satu tempoh masa yang panjang diperlukan untuk melakukan 'fabrikasi'. Dan mengapa pula Alex Ong berjumpa Robengah kira-kira sebulan selepas NGO nya menyerang Kedutaan Malaysia di Jakarta dengan aksi demonstrasi 50 orang?

ARKIB : 24/06/2007
‘Marah nyamuk kelambu dibakar’’

Oleh: SOPHA SULAIMAN (JAKARTA)


Rabu lalu, kedutaan Malaysia di Jakarta turut menjadi sasaran para penunjuk perasaan. Walaupun bilangan yang mengadakan demonstrasi itu kecil (kira-kira 50 orang termasuk kanak-kanak dan wanita) ia mendapat liputan luas oleh lebih 50 wartawan, jurugambar media tempatan dan asing.
Demonstrasi Rabu lalu dianjurkan oleh Migrant Care, sebuah pertubuhan yang membela pekerja asing di luar negara.Klik untuk bacaan lanjut..
Seperti dijelaskan oleh blog The Unspinner bertajuk Rais difitnah Alex Ong, ahli Kelab Penyokong PAS? , pembabitan Alex Ong dalam perkara ini menimbulkan tanda tanya sama ada ianya bermotifkan politik fitnah-memfitnah.

Alex Ong merupakan pengasas Kelab Penyokong PAS dan menjawat wakil Migrant Care di tanahair inilah yang disebut-sebut sebagai punca demo berbayar menentang Malaysia?

Rupanya bukan PKR sahaja menyerang Malaysia dari Indonesia. PAS pun sama. DAP pula dari mana? Singapura?

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...