Kempen pilihanraya PRK Tenang menjadi lebih panas apabila jentera BN mendedahkan dalil-dalil yang diperkatakan sendiri oleh pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat. Isu yang samar-samar dan kurang difahami oleh rakyat bukan Islam terserlah dan efektif apabila risalah-risalah yang disebarkan telah menyebabkan ramai penduduk bukan Islam tersedar daripada lakonan pemimpin-pemimpin pembangkang.

Mereka begitu risau apabila kata-kata yang diucapkan sendiri oleh Nik Aziz Nik Mat "Saya tidak bantah DAP jadi timbalan perdana menteri saya, tetapi hanya jika awak seorang Muslim.” telah berjaya membuka hati penduduk bukan Islam di sini.


Satu lagi risalah lain adalah paparan keratan akhbar Cina yang melaporkan presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai pilihan Pakatan Rakyat jika mereka berkuasa kerana beliau lebih layak daripada ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.



Kenyataan Hadi Awang itu adalah kenyataan beliau sendiri dan perlu diketahui umum. Ianya merupakan nawaitu politik parti-parti politik pembangkang yang sudah kedengaran tetapi kurang difahami dek kemahiran jentera pembangkang mengembar-gemburkan isu-isu lain untuk menutup isu-isu panas yang mereka sendiri katakan.

Realitinya, di PRK Tenang ini, parti pembangkang terperangkap di dalam permainan mereka sendiri!

0 Responses so far.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...